Tuesday, October 05, 2021

Tarik hand brek.. malu pulak nak dilantik jadi KM. Ini sebenarnya?

 

Komen rakyat dalam blog ini..

8 comments:

1 Anonymous said...

Deris yang mula tetiba Deris yang yang tarik hand brek... Memalu.pulak nak dilantik jadi Ketua Memteri..

Pada Deris ini peluang terakhir kau jadi YB... dan pada 'BELIAU' ada masa beberapa bulan saja ada title YB...

lepas tu suma boleh melingkup...

Rakyat fed up.. UMNO bagi peluang muhasabah diri dia orang masih tak nak berubah... perasan UMNO masih kuat dan gagoh..!!

Time out Deris...!!

zack said...

Idris ni pengkhianat je, muka pun tak ada tokoh org berwibawa pun, mcmnana dulu boleh jadi km aku pun heran,politik wang agaknya.. Apa ke bodoh nk serah pd PH yg musuh politik umno, mmg dah bodoh bangang org mcm ini diharap jgn undo lgi, negeri bahkan negara dijual jika berkuasa,betul jgk kata org muka huduh kebanyakkan hati dan perangai pun huduh..

zack said...

(jgn undi)

4 Anonymous said...

Deris yang mula tetiba Deris yang yang tarik hand brek... Memalu.pulak nak dilantik jadi Ketua Memteri..

Pada Deris ini peluang terakhir kau jadi YB... dan pada 'BELIAU' ada masa beberapa bulan saja ada title YB...

lepas tu suma boleh melingkup...

Rakyat fed up.. UMNO bagi peluang muhasabah diri dia orang masih tak nak berubah... perasan UMNO masih kuat dan gagoh..!!

Time out Deris...!!

5 Anonymous said...

POLITIK MELAKA UMNO JATUHKAN UMNO KIKIKI..
PRU 14 KALAH SESAMA SENDIRI MASIH GADOH SOKMO
BODOH UMNO NI MASIH TAK BOLEH DI AJAR LAGI
PADAN LAH MUKO NEXT PRU 15 KASI PELINGKUP SEMUO
LANTAK KAU LAH UMNO...

6 Anonymous said...

TAK SESUAI PRN DI MELAKA, BERI LALUAN IDRIS JADI KETUA MENTERI

Kenapa tetiba blog Budin barua Anwar Ibrahim tidak terkinja kinja seperti walaun PKR yang lain bila kerajaan Melaka tumbang..!?

Secara prinsipnya kerajaan negeri Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali sudah pun tumbang berikutan penarikan sokongan 4 Adunnya hari ini.

Adun yang mengumumkan menarik sokongan itu adalah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Selain mengumumkan menarik sokongan terhadap Sulaiman, mereka juga turut meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Berikutan jumlah Adun di Melaka adalah berjumlah 28 dan kerajaan pimpinan Sulaiman sebelum ini terbentuk melalui sokongan 17 Adun, penarikan sokongan 4 Adun ini bermakna mereka yang bersama kerajaan hanya tinggal 13.

Mudah bacaan kenapa blog Budin barua Anwar Ibrahim beri laluan pada Deris Aron..!! Tak sokong PRN di adakan..!?

Mudah dibaca kalau PRN di Melaka duadakan sekarang Pakatan Harapan akan bungkus dan lingkup lagi teruk..!!

Mari kita test market PRN di Melaka..! PH pasti masuk ke longkang...

Bring it on...!!

Q sera sera..!!

7 Anonymous said...

Bring it on.. broo

Bring it on..!!

PRN Melaka just Test market to all..


8 comment:

Anonymous said...

Si Deris tu dah kalah bertanding di Bah UMNO yg dia kuasai selama ini.

Lepas tu Si Deris dolu dia penah jadi KM Melako... Perasan bagus perasan power masih ada dalam diri nya... sedangkan reality UMNO sudah ditendang masuk longkang masa PRU 14

Apo yg ado lagi klu jawatan Ketuo Bah dah tak ado... ibarat gigi tajam gusi berlubang.. nak gigit tapi gusi sakit...

Yg dah terang lagi bersuluh ramai dah berambos dari UMNO, so yg berambos tu bio depa berambos trus..

Yg kuciwa kalah pemilihan dan tak ada Jawatan dlm Parti ingat kan dah insaf dan sedar diri dan sudah bermuhasabah diri... tapi masih ada rasa perasan bagus perasan UMNO masih powerful....

Rakyat Tak faham apa yang si Deris ni fikirkan UMNO jatuhkan UMNO di Melako...

Mungkin si Deris ni takut bayang bayang sendiri atau dah kena gelembung2 dan geli geli dengan puak Pakatan Harapan jadi KM..

tetiba si Deris pulak macam tarik diri nak jadi KM... apa punya bangang lahh game dia nih..!!

... walaahualam..

'Tak perlu PRN, pemimpin PH juga boleh ketuai Melaka' - Idris Haron

 

Datuk Seri Idris Haron

MASJID TANAH: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang mengetuai Melaka, selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, hilang majoriti susulan langkah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik balik sokongan kepada kepemimpinannya semalam.

ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, yang turut menarik sokongan kepada kepemimpinan Sulaiman, menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu diadakan, kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan dalam tempoh setahun setengah saja lagi.

Justeru itu, katanya, secara peribadi beliau menolak cadangan UMNO yang mahukan PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri.

"Jika PRN ingin diadakan, ia membabitkan banyak perkara yang harus kita pertimbangkan kerana kita masih dalam pandemik COVID-19 dan ia menyebabkan risiko lebih tinggi. Ia juga membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi.

"Selain itu, PRU-15 sudah dekat, lebih kurang setahun setengah saja lagi dan kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini berulang di tempat kita yang menyaksikan jumlah pesakit COVID-19 naik mendadak," katanya kepada BH, hari ini.

Bagaimanapun, Idris menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau memilih Ketua Menteri yang baharu dalam kalangan pemimpin PH.

Beliau menegaskan, jika pemimpin PH dipilih menjadi Ketua Menteri, beliau yakin Melaka akan tetap dimajukan, bukannya diundurkan 20 tahun.

"Kalau PH bentuk kerajaan, takkanlah kita hendak jadikan Melaka mundur, sudah tentulah kita majukan negeri kita ini," katanya.

Idris juga enggan mengulas mengenai parti mana yang akan disertai beliau bersama tiga lagi ADUN yang terbabit dalam langkah menarik sokongan semalam.

Semalam, selain Idris, yang turut mengumumkan menarik sokongan terhadap Sulaiman ialah ADUN Pantai Kundor dari BN, Datuk Nor Azman Hassan; Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Berikutan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dilaporkan akan mencadangkan kepada Mohd Ali supaya membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan.

Ab Rauf berkata, UMNO Melaka sedia menghadapi PRN dan BN komited mempertahankan kerajaan negeri.

Turut mencadangkan agar PRN diadakan ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum penarikan sokongan keempat-empat ADUN terbabit, UMNO memiliki 14 kerusi manakala BERSATU (2) dan Bebas (1). PH mempunyai 11 kerusi.

Bagaimanapun, dengan penarikan sokongan empat ADUN terbabit, UMNO sekarang hanya mempunyai 12 kerusi manakala BERSATU (1).

Jika keempat-empat ADUN terbabit sah menyertai PH, maka PH mempunyai 15 kerusi, iaitu empat melebihi UMNO dan BERSATU. (BH)

Hotel terkemuka Langkawi diserang Covic-19, 59 positif..

 

Sebuah hotel terkemuka Langkawi ditutup sementara

ALOR SETAR: Sebuah hotel terkemuka di Langkawi terpaksa ditutup selepas 59 kakitangannya dan ahli keluarga mereka disahkan positif COVID-19 sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata sehingga kini seramai 249 individu sudah disaring dengan 59 didapati positif manakala 192 individu lagi negatif dan tiga orang lagi masih menunggu keputusan.

"Pada Jumaat lalu, jabatan itu melaporkan wujud Kluster Dah Teluk Nibung di Langkawi dan penularan kes itu dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

"Sehingga hari ini, kluster berkenaan membabitkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Othman berkata, siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja.

Katanya, berikutan itu, pihak pengurusan hotel terbabit bersetuju menutup operasi secara sukarela.

"Semua kontak rapat sudah dikenal pasti dan menjalani ujian saringan COVID-19 serta diberi arahan Perintah Pemantauan Rumah (HSO) selama 10 hari.

"Bagaimanapun, setakat ini penularan jangkitan adalah terkawal," katanya.

Perhatian:

'Saya kecewa dengan keadaan ini' - Sulaiman

 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali (dua dari kanan) ketika sidang media kemelut politik mengenai empat ADUN Kerajaan hilang kepercayaan pada Ketua Menteri Melaka di Villa D'Aqua, Masjid Tanah. - NSTP/Syafeeq Ahmad

MASJID TANAH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kecewa dengan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beralih arah menyokong Pakatan Harapan (PH) menjatuhkan kerajaan negeri.

Beliau berkata, ini kerana tindakan terbabit memusnahkan usaha yang dilakukan secara bersama sebelum ini dalam membendung penularan wabak COVIC-19 serta memulihkan ekonomi negeri.

"Sudah pasti (kecewa), dalam keadaan yang agak sukar ketika ini, masing-masing berusaha memulihkan ekonomi dan kesihatan, mereka juga lakukan kerja yang sama, akhirnya mereka runtuhkan semula.

"Kita baru beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tujuan kita nak bekerjasama bagi memulihkan ekonomi dan kesihatan, (tetapi) mereka sendiri yang merobeknya," katanya pada sidang media di Kampung Pulau, di sini hari ini.

Sementara itu, Sulaiman berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinannya akan menjalankan tugas seperti biasa sehingga ke satu masa yang ditentukan kelak.

"Setakat ini kita buat kerja seperti biasa demi kepentingan rakyat," katanya.

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat-kuasa hari ini.

Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris, Noor Effandi dan Norhizam Hassan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.

Idris yang juga ADUN Sungai Udang berkata, penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang 'flip-flop' serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.(BH)

Monday, October 04, 2021

Melaka tumbang, 4 ADUN k'jaan tarik sokongan

 

Kerajaan Melaka tumbang, empat ADUN kerajaan tarik sokongan

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat-kuasa hari ini.

Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris, Noor Effandi dan Norhizam Hassan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi tadi.

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel, di sini, Idris yang mewakili keempat-empat ADUN itu berkata, mereka menghantar surat menarik sokongan itu kepada pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Idris yang juga ADUN Sungai Udang berkata, penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang `flip-flop' serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.

"Banyak keputusan kerajaan negeri yang tidak terlaksana (meskipun) sudah diputuskan. Seolah-olah ada dua singa atas satu gunung', jadi menimbulkan keresahan kami dan menyedarkan kami untuk mengubah keadaan yang ada sekarang ini.

"Setakat ini, saya menyatakan, empat orang kami ini bersama dengan 11 ADUN Pakatan Harapan (PH) memang tidak percaya dan tidak menyokong kepemimpinan kerajaan negeri, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti sokongan.

"Saya melihat kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Kalau semua tindakan kerajaan negeri tidak tepat dan tidak objektif dalam membela nasib rakyat terutama dalam suasana COVID-19 yang begitu mengekang, ditambah pula suasana ekonomi yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan, inilah tindakan kita.

"Insya-Allah, kita akan ada satu gagasan yang akan memberikan peluang lebih dalam soal kemajuan dan kebajikan rakyat," katanya.

Kerajaan Melaka yang diterajui BN dibentuk pada Mac tahun lalu selepas PH tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan PN.

Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 ADUN, dengan 14 daripadanya diwakili UMNO, diikuti dua daripada BERSATU dan satu Bebas, manakala pembangkang pula 11 kerusi.

Idris, yang juga EXCO Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri, sebelum ini menafikan terbabit dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri dan menegaskan tiada sebarang masalah dengan kepemimpinan Ketua Menteri.

Dari kiri: Datuk Norhizam Hassan Baktee, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Nor Azman Hassan. - NSTP/Syafeeq Ahmad

"No such thing (tiada perkara sebegitu). Saya tidak faham mengapa saya dikaitkan (dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri), (namun) saya rasa mungkin ada gerakan seperti itu daripada pihak lain tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya," katanya.

Idris sebelum ini dikaitkan dengan empat ADUN kerajaan yang akan menyokong Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri baharu bersama PH, malah mereka turut didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong PH.

Empat ADUN umum hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Foto fail NSTP

Benarkah? .. melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.

 

Gerakan Pengundi Sedar - DAP tabur duit SIKIT pada masjid dan mereka laungkan "DAP sayang Islam". DAP pam duit

Komen rakyat dalam blog ini..

4 comments:

Anonymous said...

Enemy at the gate Part 4: Singapore need more young braveheart likes Amos Yee. Singapore Frees Amos Yee, 16, Blogger Who Criticized Lee Kuan Yew.

Lawyer Comments on Blogger’s Release
Alfred Dodwell, a lawyer for the Singaporean blogger Amos Yee, spoke on Monday as Mr. Yee was released after four weeks in detention for criticizing Lee Kuan Yew on YouTube.

Amos Yee’s lawyer Alfred Dodwell, saying: “Yes well, it’s been a long and arduous journey, loads of obstacles, loads of hurdles, but we’ve come but we’ve come where we are today and we are happy and delighted that he is a free man today.

We can’t say that we are happy with what has happened, with him having spent 53 days almost in remand, but now that’s behind us so it’s no use for me going back into those issues. What’s before us is the appeal, so we’ll deal with the appeal.”

Lawyer Comments on Blogger’s Release
Alfred Dodwell, a lawyer for the Singaporean blogger Amos Yee, spoke on Monday as Mr. Yee was released after four weeks in detention for criticizing Lee Kuan Yew on YouTube.CreditCredit..

A teenage blogger who was convicted of two charges after criticizing Lee Kuan Yew, the founding father of modern Singapore, was released on Monday after a court sentenced him to four weeks’ detention, which he had already served.

The blogger, Amos Yee, 16, brought international attention to Singapore’s tight restrictions on speech after he posted an eight-minute video celebrating Mr. Lee’s death in March.

Singapore need more citizen especially young and teenage in Singapore like young and braveheart like Amos Yee to combat the ultra nepotisme and croniysme of Lee Kwan Yew controlled power in Singapore.

#SaluteToAmos

Anonymous said...

Sikap PH semasa Tun Mahathir semasa berkuasa 22 bulan disamping sedekah Pulau Batu Putih, Kerajaan PH juga sudah menjual Berpuluh Bilion Aset Khazanah Nasional Rugikan Negara.

29 Sept 2021 – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata pada Mac 2016 Khazanah Nasional di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan semasa beliau pengerusinya, Khazanah telah melabur US$170 juta (RM650 juta – nilai ketika itu) semasa syarikat SEA Ltd berharga US$3.5 bilion atau kepentingan sekitar lima peratus dalam syarikat yang memilik Shopee dan online game Garena Free Fire.

Namun katanya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah jual berpuluh-puluh bilion ringgit aset Khazanah dibina kerajaan BN dahulu termasuk kesemua pegangan SEA Ltd dengan harga RM612 juta pada bulan November 2019 (pautan).


“Sejak itu, harga saham SEA Ltd telah naik berpuluh ganda dan syarikat itu dinilai dengan jumlah US$175 bilion. (Harga-harga saham lain dijual Khazanah pada tahun 2019 juga naik berganda-ganda tapi tak naik sebesar SEA Ltd)

“Jika tidak dijual sepenuhnya pada tahun 2019, pegangan kepentingan 5% Khazanah dalam SEA Ltd akan bernilai US$8.75 bilion atau RM36 bilion hari ini – jauh berbeza dengan harga RM612 juta dijual kerajaan dahulu pada tahun 2019.

“Amatlah sayang sekali kerugian ini akibat sikap mereka yang gemar menjual aset-aset negara,”

Tak cukup jual assets Khazanah Tun Mahathir sedekah pula Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew.

avanza5990 said...

melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
melayu songlap duti rakyat DIHALALKAN. dap songlap duti terowong DIHARAMKAN.
KERAjaan islam pertama di dunia yang MENGHALALKAN DUIT RASUAH utk kroni melayu. rasuah bukan dalam undang2 hudud. mak cik kiah sampai mampos percaya kpd ibni rasuah yang ikhlas membantu rakyat kg.

Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan

 

Vilks menghasilkan karikatur menghina Nabi Muhammad pada tahun 2007. – AFP

STOCKHOLM, SWEDEN – Kartunis Sweden, Lars Vilks yang pernah mencetuskan kontroversi kerana melukis karikatur Nabi Muhammad dilaporkan maut dalam satu nahas jalan raya, lapor Badan Penyiaran British (BBC) hari ini.

Vilks, 75, ketika kejadian dikatakan sedang menaiki sebuah kenderaan polis sebelum bertembung dengan sebuah lori berhampiran bandar Markaryd di bahagian selatan Sweden.

Dua anggota polis turut dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu selain pemandu lori cedera.

Polis masih belum mendedahkan identiti mangsa-mangsa lain yang terlibat namun, pasangan Vilks mengesahkan kematiannya menerusi akhbar Dagens Nyheter.

Menurut kenyataan  polis, setakat ini masih belum dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Siasatan awal bagaimanapun mendapati ia tidak melibatkan pihak lain.

Vilks selama ini hidup di bawah perlindungan polis selepas sering menerima ugutan bunuh akibat karikatur yang dihasilkannya.

Karikatur yang diterbitkan pada tahun 2007 itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Ia turut menyebabkan bekas Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt terpaksa menemui duta dari 22 buah negara Islam sebagai usaha untuk meredakan keadaan. – Agensi

Perhatian:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails