Monday, March 25, 2024

PADU, terbukti X padu -Fadhli Shaari &.barua Israel.

 

Rakyat semakin terbukti tidak percayakan PADU

KUALA LUMPUR: Ketidakyakinan rakyat terhadap sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibuktikan dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak terkini mengeluarkan arahan kepada agensi-agensinya, untuk tidak mengeluarkan sistem tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata, masalah tersebut ditambahkan lagi dengan statistik terkini PADU yang mana hanya sekitar 5 juta daripada 30 juta orang mendaftar tersebut.

“Ini yang berlaku sedangkan tarikh akhir mengisi maklumat PADU adalah 31 Mac ini yang mana Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang efektif telah beberapa kali bangkitkan isu tersebut,” katanya.

Menurut beliau, antara perkara yang disentuh oleh PN mengenai isu tersebut adalah berkaitan butiran dan perincian yang perlu diisi dalam sistem tersebut yang tidak diberikan justifikasi yang jelas oleh pihak kerajaan itu sendiri.

“Antaranya ialah seperti butiran hutang yang ditanggung oleh setiap agensi dan agensi kerajaan atau kementerian mana yang akan menguruskan data raya yang bernilai ini?

“Apabila membangkitkan pengurusan data majoriti rakyat Malaysia, kerajaan perlu membuat penerangan yang jelas dan tuntas kepada rakyat berkenaan agensi mana yang akan menguruskan sebagai bukti akauntabiliti pihak kerajaan dalam menguruskan amanah ini.

“Malangnya cara pengurusan kerajaan terhadap persoalan rakyat juga cukup mengecewakan dan tidak profesional,” tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan keperluan dan tujuan pengisian maklumat sistem PADU itu sendiri yang tidak dijawab dengan profesional oleh pihak kerajaan.

Kata beliau, kerajaan seharusnya menyatakan dengan tersusun dan jelas mengenai mekanisme dan kaedah pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekirahnya PADU perlu diisi sebagai syarat bersasar untuk pelaksanaan subsidi bersasar.

“Kami menekankan kepada pihak kerajaan Madani agar menyemak semula proses pelaksanaan PADU termasuklah libat urus dan perbincangan dengan semua pihak pemegang taruh yang mana perkara tersebur perlu dilaksanakan secara tersusun.

“Ini bertujuan supaya tidak kelihatan terlalu gopoh mengejar sesuatu yang tidak pasti memandangkan situasi yang melanda kerajaan sekarang iaitu ketidakyakinan rakyat terhadap sistem PADU adalah berpunca daripada kegagalan Kementerian Ekonomi dalam menyusun atur pelan pembangunan PADU dan rasionalisasi subsidi secara strategik,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/3/2024 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PADU, terbukti X padu -Fadhli Shaari

Lagi, komen mengenai Israel, masih mahu jadi barua Israel? 

(Gambar fail) Saujana pemandangan Lembah Jordan dengan tentera Israel dilihat melakukan kawalan. - FOTO AFP

ANKARA: Kesatuan Eropah (EU) hari ini menyelar tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut blok itu dalam satu kenyataan, EU tegas mengecam pengumuman Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, bahawa lebih 800 hektar tanah di wilayah Palestin yang diduduki, telah diisytiharkan sebagai tanah Israel, lapor Agensi Anadolu.

EU berkata, ia adalah rampasan terbesar sejak Perjanjian Oslo ditandatangani antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan Israel pada 1994.

"Penempatan haram merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

"Pada mesyuarat Majlis Eropah, minggu ini, pemimpin EU mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk memperluas penempatan haram di seluruh Tebing Barat yang diduduki, serta meminta Israel membatalkan keputusan itu," katanya

Sementara itu, Presiden Palestin turut mengutuk keputusan Kerajaan Israel untuk merampas tanah di Lembah Jordan.

Pertubuhan hak asasi manusia Palestin serta Israel menekankan, berlaku peningkatan ketara dalam aktiviti penempatan haram di Tebing Barat sejak pembentukan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu pada akhir 2022.

Menurut Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penjajahan, dianggarkan lebih 720,000 warga Israel tinggal di penempatan haram di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA BERKAITAN

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

4 comments:

Anonymous said...

yang padu dapat jawatan tapi boleh ponteng..

Anonymous said...

PADU BOGELKAN PDRM"

PTD7 KL ditgkap SPRM dan setakat ni wang tunai RM2.5 juta ringgit dijumpai di safehouse dia di The Robertson (condo mewah di KL).

Harta lebih RM4 juta ringgit dijumpai.

http://tukartiub.blogspot.com/2024/03/polis-kena-tangkap-oleh-sprm.html?m=1

Kalau PTD7 KL ada duit dan harta bnyk ni bayangkan berapa OCCI dan KP KL ada?

Bayangkan berapa Pengarah JSJ Sohai ada?
Kah kah kah siapa ini adakah orang-orang kita?

Tahniah PADU bogelkan PDRM... Kah kah kah

Jgn Maree haahh...Tanya jerww

Kah kah kah

Anonymous said...

Pemoda UMNo nih botol boto ado tolo gred A++ . Pemimpin UMNo yg laen suma tolo dah dimandul oleh DAP@LeeKwanYew.. sumo tolo tembolang buek umpan ngail ikan baung lam kolam taik... kah kah kah

Menurut Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Dr. Muhammad Akmal Saleh, banner yang turut memaparkan wajah Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh itu dipasang tanpa permit sah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu secara sinis berkata, KK Mart yang diselubungi kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah telah memasang banner yang ‘salah’.

“Kita minta dia naik banner minta maaf tapi banner lain dia naikkan.Naikkan banner tanpa permit dari PBT dan kebenaran YAB Ketua Menteri untuk meletakkan gambar beliau pula tu.

“Maka kita minta PBT jalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Dr. Muhammad Akmal.

Den ulangggg...

Mantap mantull tolo pemoda UMNo kli nih...kah kah kah...

Anonymous said...

Lepas Sarawak maka Sabah pulak tak nak bogel guna formula Rafizi..

Yang pandai orang Sarawak dan Sabah sebab tak nak berbogel pakai formula Rafizi. Yang bangang bongok ialah walaun semenanjung yang terkinja kinja nak formula Rafizi.

Penjawat awam dalam rela paksa kena bogelkan sebab arahan kerajaan Papangang rela atau tidak rela kena daftar PADU akhirnya...!!

PADU gagal kerana sistem kerja gagal dan komunikasi yang gagal. Komunikasi kegagalan yang paling besoo sekali ialah adakah warga asing boleh dapat barang bersubsidi jugak ke..!? Kalau warga asing dapat subsidi tanpa isi PADU warga tempatan pulak kena daftar PADU baru dapat subsidi... Sampai sekarang Menteri Formula sunyi bisu lansung tidak menjawab soalan ini..!!

Kanina cibai bangang punya formula macam ni..

“Dulu Rafizi suka menghasut, BN itu barang naik. Najib itu 1MDB, 1MDB itu Najib. Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia.

“Rafizi dikaitkan dengan ‘Raja formula’ gagal. Formula dia semua tidak menjadi. PADU itu Rafizi, Rafizi itu PADU. PADU dilihat gagal.

“Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu PADU kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada PADU. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang Menteri Sarawak.

“PADU gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah ‘delivery system’ kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar kacir.

Peluang terbaik untuk lingkupkan, kasi troll habis habisan pada Menteri Formula dan walaun PKR dan walaun Ketua Mahasiswa PAN yang menyalak dalam tik tok...!!

Bangang tidak membantu sama sekali kesusahan rakyat jelata... Banganggg..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails