Friday, December 08, 2023

Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..

 

Kapal pemusnah tentera Amerika Syarikat, Carney mengeluarkan kenyataan mendakwa tiga buah kapal komersial diserang pejuang Houthi Yaman di Laut Merah. (FOTO: AFP)

Demi Palestin: Houthi Yaman serang lagi kapal Israel

SANA’A, Yaman:  Tiga kapal komersial diserang di perairan antarabangsa di selatan Laut Merah, ketika kumpulan pejuang Houthi Yaman menegaskan serangan dron dan peluru berpandu ke atas dua kapal Israel di kawasan itu.

Tentera Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Ahad (3 Dis) berkata, kapal pemusnahnya, carney menjawab panggilan kecemasan dan memberikan bantuan berikutan pelancaran peluru berpandu dan dron dari wilayah yang dikuasai Houthi.

Sementara, Pergerakan Houthi Yaman berkata, tentera lautnya telah menyerang dua kapal Israel, Unity Explorer dan Number 9, dengan dron bersenjata dan peluru berpandu tentera lautnya. 

Jurucakap tentera kumpulan itu berkata, kedua-dua kapal itu menjadi sasaran selepas mereka menolak amaran, tanpa mengulas lanjut, lapor AFP.

Dalam satu kenyataan, jurucakap itu berkata serangan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada tuntutan rakyat Yaman dan seruan daripada negara-negara Islam untuk berdiri bersama  memperjuang nasib rakyat Palestin yang kini dibunuh secara beramai-ramai di Gaza oleh serangan tentera Israel.

Tentera AS pula mendakwa, Carney telah menembak jatuh tiga dron kerana ia membantu kapal komersial yang melalui Laut Merah, namun tidak jelas sama ada kapal perang itu menjadi sasaran.

Ia berkata serangan itu adalah ancaman kepada perdagangan antarabangsa.

“Kami juga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa serangan ini, semasa dilancarkan oleh Houthi di Yaman, telah disokong sepenuhnya oleh Iran,” kata kenyataan itu.

“Amerika Syarikat akan mempertimbangkan semua tindak balas yang sesuai dengan penyelarasan penuh dengan sekutu dan rakan antarabangsanya,” tambah kenyataan itu.

Jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari pula mendakwa bahawa kedua-dua kapal itu tidak mempunyai kaitan dengan Israel.

“Satu kapal telah rosak teruk dan ia nampaknya akan karam;  dan sebuah lagi kapal mengalami kerosakan kecil ringan,” kata Hagari kepada pemberita di Tel Aviv.

Insiden yang dilaporkan berikutan siri serangan di perairan Timur Tengah sejak perang meletus antara Israel dan kumpulan pejuang  Palestin Hamas pada 7 Okt.

Sebuah kapal kargo berkaitan Israel telah dirampas pada Nov oleh Houthi, yang mengawal sebahagian besar pantai Laut Merah Yaman, dan sebelum ini telah menembak peluru berpandu balistik dan dron bersenjata ke Israel dan berikrar untuk menyasarkan lebih banyak kapal Israel demi perjuangan menyokong Palestin.  HARAKAHDAILY 4/12/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..

Lihat komen ini..

(i) Di M'sia, Parti Islam kemuka usul isu Palestin

Senator Hussin Ismail

Di KL, Senator Hussin Ismail, hari ini mengemukakan usul di Dewan Negara untuk mendesak kerajaan menyatakan solidariti tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan perlu menyatakan kecaman terhadap tindakan Israel yang terus menerus mengamalkan dasar aparteid, penjajahan dan pembunuhan beramai-ramai insan tidak bersalah.

Menurutnya, usul itu dibuat kerana kerana konflik tersebut membabitkan kepentingan negara memandangkan Palestin mempunyai hubungan diplomatik Malaysia.

“Maka adalah penting bagi Malaysia secara konsisten bersuara menentang kezaliman dan membawa keadilan sebagai usaha dimainkan oleh Malaysia dalam komuniti antarabangsa.

“Usul ini berkehendak disegerakan kerana keangkuhan rejim zionis yang enggan meneruskan gencatan senjata dan terus menggila hingga meragut 15,500 nyawa,” katanya.

Usul yang dikemukakan melalui Perkara 17(1) itu turut melibatkan kepentingan orang ramai kerana tindakan mengebom penempatan awam termasuk sekolah, hospital, kem pelarian dan sebagainya.

Konflik itu, katanya menyebabkan Israel memutuskan bekalan elektrik, air dan menyekat bekalan bantuan makanan kepada orang awam yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Menurutnya, jika situasi tegang itu berterusan, ia pasti akan menjejaskan kestabilan dan keamanan dunia, manakala rakyat yang tidak bersalah dibunuh saban hari.

“Justeru saya mendesak kerajaan Malaysia agar terus berperanan di peringkat antarabangsa untuk memberi tekanan terhadap kuasa besar dunia agar segera menamatkan konflik tersebut.

“Besar harapan saya agar perkara ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Yang Dipertua Dewan Negara serta keizinan majlis mesyuarat demi kepentingan rakyat, usul saya,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya menerima satu pemberitahuan di bawah usul Perkara 17 (1) semalam.

Beliau berkata usul yang dibangkitkan perlu mendapatkan persetujuan dan pertimbangan seramai 70 senator selain menentukan usul tersebut menepati tiga syarat ditetapkan Dewan Negara.

Pertama, katanya perkara itu bersifat tertentu, kedua bersifat bagi kepentingan orang ramai dan terakhir iaitu hendaklah disegerakan dan setelah penelitian dibuat, usul itu memenuhi syarat.

“Jadi saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan mengikut perkara 17(3), usul ini akan dibahaskan pada petang ini, Rabu dalam persidangan dewan bermula jam 4.30 petang hingga 5.30 petang.

“Saya membenarkan pihak pencadang membahaskan usul ini selama 10 minit,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/12/2023

(ii) Ini cara puak munafik menentang Islam diikuti Israel dan PH.

Lanjutnya, sila rujuk terus 'Cara golongan munafiq menentang Islam diikuti Israel dan Pakatan Harapan' oleh ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS  6 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 6/12/2023.

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

1 comment:

Anonymous said...

Victor Yong yg sokong hubungan diplomatic dng Isreal ditahan polis

Percaya lah minggu depan dia akan bebas lepas ... Kau orang Jangan buat buat takajut pulak...!!

DAP akan bantah dan Bantu Victor Yong abis abisan...

Anak papa hamba abdi Barua DAP boleh buat haper...elekkk!!

Korang tunggu jer ...

#Bangangdantrusbangang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails