Friday, December 08, 2023

Jerat buat UMNO, tapi cuba bunuh Melayu/Islam..

 


Persempadanan semula terpilih, jerat buat Umno Taktik terbaharu Pakatan Harapan?

AKU terkejut bila DAP cadang dalam Parlimen supaya Kerajaan Madani melantik Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi SPR. Umum tahu kecenderungan Datuk S. Ambiga adalah kepada Pakatan Harapan (PH). 

Untuk pengetahuan kau orang ini adalah solusi PH kepada masalah sokongan pengundi Melayu yang sekarang sudah mencecah 75 peratus menyokong PN. 

Kalau tiada tindakan dibuat segera dan sekiranya kerajaan ni sampai ke PRU16, Umno dijangka akan kehilangan 20 daripada 26 kerusi yang mereka ada sekarang. Senang cerita Umno akan terkubur tanpa batu nisan. 

Jadi solusi kepada masalah ini adalah PH akan buat persempadanan semula terpilih (selected re-delineation). Dengan 5 orang Ahli Parlimen PN yang menyokong Kerajaan Madani, maka Kerajaan Madani dah ada 2/3 sokongan dan boleh mulakan proses ini untuk mencairkan sokongan pengundi Melayu kepada PN. 

Apa itu persempadanan semula terpilih? Parti pemerintah akan memilih kerusi yang akan memberikan kekuatan tambahan kepada mereka sahaja untuk dipecahkan. Kerusi majoriti Melayu milik PN akan dikekalkan sahaja. 

Untuk pengetahuan kau orang, pecahan kekuatan di Parlimen mengikut gabungan sekarang adalah seperti berikut:

PH: 81 (36.49 peratus).
BN: 30 (13.51 peratus).
GPS + GRS: 29 (13.06 peratus).
PN: 70 (31.53 peratus).

Kerusi Parlimen yang mempunyai lebih 120,000 pengundi untuk parti dalam Kerajaan Madani pula adalah seperti berikut:

PH – 29.
BN – 1.

Bayangkan dengan melaksanakan agenda persempadanan semula terpilih hanya di kerusi yang dimenangi oleh PH dan BN sahaja, maka mereka boleh menambah kerusi seperti berikut.

PH – 29 + 30 (Parlimen Bangi dipecahkan kepada 3 kerusi).
BN – 1 +1.

Maka jumlah kerusi baru adalah 31 buah kerusi menjadikan jumlah kerusi Parlimen adalah 253. 

Mengambil kiraan mudah, dan faktor gerrymandering  yang boleh dilaksanakan oleh PH iaitu pengundi Melayu dipecahkan ke dalam kerusi bukan-Melayu, maka kerusi tambahan tadi akan turut dimenangi oleh PH dan BN. 

Jadi kerusi tambahan dan peratus kekuatan parti dalam Kerajaan Madani selepas persempadanan semula terpilih ini adalah seperti berikut:

PH: 110 (43.48 peratus).
BN: 31 (12.25 peratus).
GPS + GRS: 29 (11.46 peratus).
PN: 70 (27.67 peratus).

Apa kesannya?

PH sudah memiliki kekuatan sebanyak 110 kerusi atau 43.48 peratus dalam Parlimen. PH hanya memerlukan 17 sahaja kerusi tambahan daripada GPS dan GRS dan boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. 

Ketika itu, PH sudah tidak memerlukan BN dalam kerajaan. Itulah agenda DAP yang tidak disedari oleh pemimpin BN, untuk PH memerintah bersendirian. 

Kerusi tambahan yang akan dibentuk melalui proses persempadanan semula terpilih ini nanti dianggarkan adalah sebanyak 25 buah kerusi majoriti bukan Melayu dan hanya 6 kerusi majoriti Melayu. 

Maka Kerajaan yang dibentuk di peringkat persekutuan akan menjadi kerajaan yang didominasi bukan Melayu Islam. 

Aku bukan nak menimbulkan keresahan mana-mana pihak, tapi semua rakyat Melayu Islam perlu ada rasa bimbang dengan agenda halus ini. 

Lebih-lebih lagi apabila Lim Kit Siang ada membuat hantaran Facebook bercakap mengenai Malaysia mempunyai Perdana Menteri bukan Islam. Ini juga adalah sebahagian dari Agenda Malaysian Malaysia DAP. 

Keberadaan Umno dalam Kerajaan Madani dan bersama DAP juga sudah mendapat isyarat penolakan yang sangat jelas dari akar umbi Umno dan pengundi Melayu Islam. 

Malah ia sangat merugikan Umno itu sendiri. Bak kata pepatah, ‘untung secupak rugi segantang’, ‘penny wise, pound foolish’. 

Aku harap pemimpin melayu Umno akan membuka mata dan melihat realiti. Jangan mabuk kuasa yang sementara tetapi menggadaikan kekuatan politik Melayu Islam. 

Bangkitlah dari lena wahai Umno! 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Penganalisis Politik Malaysia – HARAKAHDAILY 6/12/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100064826199773/posts/pfbid02RfNXz4ba2f9heioFka7dzGd6cYsX2JPzdZJnbe7VeH2r1hGoNpqEEBZBHe2wRmPul/?mibextid=CDWPTG

  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jerat buat UMNO, tapi cuba bunuh Melayu/Islam.. 

Lihat komen ini.. 


(i) Al-hamdulillah, ini komen USTAZ SALIM MAHMOOD AL HAFIZ Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah. -HARAKAHDAILY 6/12/2023 

Beliau menjawab mengenai PRK Kemaman. Walaupun dulu Kemaman kubu kuat Umno sebagaimana dakwaan Zahid, kini PAS menang dengan majoriti yang semakin bertambah. 

Sama juga di Kedah yang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu. Dalam tempoh setahun ini juga menyaksikan undi PH-BN beralih kepada PAS dan PN. Walaupun PH-BN bergabung sekalipun, undi kepada mereka tidak bertambah. Tiada nilai tambah.


(ii) Menurut ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2023, antara lain menyebutkan:

a. Masih ada pimpinan Umno yang rasional dan teguh mahu perjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.  Kita yakin dan percaya bukan sahaja Isham malah ramai di kalangan pimpinan dan ahli serta penyokong Umno lebih selesa duduk di bawah payung perjuangan ummah bersama parti-parti Melayu Islam lain sebagaimana dahulu.

Iaitu semasa Muafakat Nasional, dari bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan rakan-rakan lain dalam Kerajaan Campuran PH-BN hari ini.

b. Kit Siang dalam mengucap tahniah kepada Dr Samsuri (Dr Sam) cuba menyucuk jarum halus mengadu domba, cuba melagakan antara Dr Sam dengan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH).

(Ternyata kecewa beliau dengan keputusan Kemaman)
Kononnya beliau mendakwa Dr Sam lebih moderat dan berfikiran terbuka sesuai memimpin PAS. Saya yakin Kit Siang sebenarnya bimbang dengan kemenangan di Kemaman, satu isyarat umat Melayu Islam iaitu penduduk majoriti dalam negara lebih selesa bersama PAS berbanding BN-PH. 

Beliau juga bimbang apabila pimpinan profesional PAS mula masuk ke arus perdana politik negara sekali gus menggerhanai rakan-rakan Melayunya yang tempang dan pincang dalam BN-PH.

Beliau tahu sesungguhnya tidak ada pemimpin PAS yang liberal atau moderat. Semuanya fundamentalis belaka iaitu berpegang teguh pada prinsip dan dasar perjuangan PAS.

Tetapi menjadi fundamentalis itu telah melahirkan pimpinan yang bersih, berwibawa, adil dan berjiwa rakyat. Jadi Kit Siang bimbang apa sebenarnya? Bimbang lahir pimpinan Melayu Islam yang baik.. 
Atau apa?

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails