Wednesday, December 06, 2023

Ke mana mood rakyat M'sia kini? Islam.

Kemenangan Dr Sam adalah mood rakyat Malaysia December 4, 2023

SEPERTI aku jangka Dr. Sam (Dr Samsuri) menang Pilihan Raya Kemaman. Paling ketara, sokongan kepada calon PN berjaya dikekalkan manakala undi PH+BN menurun. 

Ketika PRU-15 kalau dicampur undi PH+BN adalah sebanyak 46,875, tapi ketika PRK Kemaman undi BN menurun sebanyak 27,778. PH+BN hilang 19,097 undi. 

Kenapa PH+BN hilang undi sangat banyak? Ada beberapa faktor sebenarnya. 

Faktor pertama adalah vote transferability dari PH ke BN masih tidak berlaku. 8,340 pengundi PH pada PRU15 tidak pulang untuk memberikan undi kepada calon BN. 

Penyokong PH masih beranggapan BN merupakan sebuah parti yang menumpang Kerajaan PH. Mereka tidak merasakan keperluan untuk membantu calon BN menang dalam pilihan raya. 

Faktor kedua adalah tindakan Anwar Ibrahim yang menyekat hak royalti rakyat Terengganu. Sehingga hari ini masih berbaki RM1 bilion royalti yang masih belum dibayar. Anwar Ibrahim pula ketika kempen pilihan raya dengan penuh sombong menyatakan Kerajaan Pusat tidak akan salurkan royalti menerusi Kerajaan Negeri.

Faktor ketiga adalah kegagalan Anwar Ibrahim untuk tunaikan janji pilihan raya kepada rakyat. Harga barang semakin hari semakin meningkat, kos sara hidup juga meningkat, Ringgit terus menjunam, paling tak boleh terima bahan keperluan asas pun susah nak dapat di pasaran. Bayangkan rakyat kena beratur untuk beli beras. Mudah cerita, rakyat melihat kerajaan ini gagal.

Faktor keempat, adalah tindakan Lim Kit Siang yang sehari sebelum hari mengundi, telah membuat satu hantaran dalam Facebook yang mahu bukan-Islam menjadi Perdana Menteri. 

Ini merupakan tindakan jelas mencabar kedudukan orang Melayu dalam negara kita. Pengundi Parlimen Kemaman yang majoritinya adalah pengundi Melayu Islam sudah tentu tidak dapat menerima tindakan ini. 

Terima kasih Lim Kit Siang kerana membantu calon PAS di Kemaman. 

Faktor kelima adalah prestasi Ahli Parlimen dan ADUN sesi lepas yang bekerja keras memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Kemaman. Ustaz Alias, YB Hanafiah dan Cikgu Razak, memberikan khidmat bakti tanpa mengira latar belakang rakyat. Pantang ada rakyat susah, merekalah orang pertama yang akan turun. 

Faktor keenam adalah ketokohan Dr. Sam yang sememangnya diakui oleh para pengundi. Kejayaan Dr. Sam mentadbir Negeri Terengganu dengan baik telah memikat hati para pengundi. Idea menghantar Dr. Sam ke Parlimen supaya dapat membantu menyelamatkan Malaysia dari Kerajaan Madani yang gagal juga dipersetujui oleh pengundi Kemaman.

Melihat mood rakyat pada hari ini, aku yakin rakyat dah tak sabar nak bawa turun Kerajaan Madani ini. Dengan kehadiran Dr. Sam ke Parlimen, bertambah mantap barisan Ahli Parlimen yang boleh mengisi kedudukan dalam kerajaan baru nanti. Setuju tak?

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Penganalisis Politik Malaysia – HARAKAHDAILY 4/12/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ke mana mood  rakyat M'sia kini? Islam. 

Lihat komen ini..

(i) Setpol PMX salah fakta! Memalukan. Apa salah faktanya? 

(Ringkasnya, sila lihat pandangan WAN MUHAMMAD ARIF WAN BAZLI FARIZ, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) 4 Disember 2023. Tulisan bertajuk 'Setpol PMX salah fakta!' -HARAKAHDAILY   4/12/2023.)

(ii) Masalah 'judi' pula, bagaimana mood rakyat sebenarnya? PAS konsisten haramkan demi Islam, tetapi bagaimana k'jaan DAP madani?

PMX cakap ‘Masa kamu perintah 3 tahun judi dari 8 naik jadi 22’?

Mai lihat fakta..

Fakta pertama, PAS konsisten membantah. 

Pada 2 Januari 2021, Dewan Pemuda PAS telah mengeluarkan kenyataan bantahan kepada langkah kerajaan mahu menambah kekerapan cabutan undi daripada 8 kali kepada 22 kali bagi tahun 2021.

PAS memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan (Umno) bersama Kementerian Kewangan untuk berbincang.

Pada 20 September 2021, Tengku Zafrul mengesahkan kebenaran kerajaan untuk menaikkan kadar cabutan judi kepada 22 kali.

Pada 22 September 2021, Dewan Pemuda PAS sekali lagi tegas menyatakan bantahan.

Pada 28 September 2021, YB Ustaz Fadhli memberi amaran agar kebenaran ditarik balik sebelum berlaku tentangan yang lebih hebat ketika membahas RMK-12 dalam Dewan Rakyat.

PAS membuktikan PAS membangkang apa yang tidak baik buat negara bukan hanya ketika menjadi pembangkang, juga ketika berada dalam blok kerajaan. PAS tidak hipokrit.

Fakta kedua, PAS menutup premis judi.

Bagi PAS, mengurangkan cabutan judi tidak akan membuatkan judi itu menjadi halal.

PAS mengambil langkah yang lebih berani dan dengan terus menutup premis jadi apabila berjaya mentadbir negeri.

Bermula dengan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Pada 16 November 2021, Lim Kit Siang menyeru pengundi di Melaka menolak PN, PAS dan BN kerana PAS mengharamkan perjudian di Kedah.

Fakta ketiga, kutipan cukai judi tertinggi berlaku pada zaman PH.

Berdasarkan Hansard Parlimen bertarikh 2 November 2021, statistik menunjukkan jumlah kutipan cukai daripada sektor perjudian adalah yang tertinggi pada tahun 2019 (PH).

Sejak 2010,
Kutipan cukai tertinggi pada 2019 : RM3.43 bilion.Kutipan cukai terendah pada 2020 : RM1.72 bilion.
Kutipan cukai 2021 (sehingga September) : RM0.56 bilion.

Fakta keempat, PMX gagal buktikan tuduhan PN dapat dana judi.

Sebulan pertama menjadi Perdana Menteri, PMX berhalusinasi dengan membayangkan PN mendapat dana pilihan raya daripada syarikat judi.

Pada 25 Mei 2023, Menteri Undang-undang menjawab soalan lisan daripada YB Ustaz Fadhli Shaari bahawa SPRM gagal mengesahkan dakwaan itu dan tiada siasatan dibuka.

Logikkah ada syarikat judi yang mahu membiayai parti yang telah mengharamkan aktiviti mereka? Hanya PMX yang tahu.

Sekian.

MOHAMAD SUHAIMI ABD AZIZ 
PAS Wilayah Persekutuan3 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 3/12/2023

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails