Saturday, March 30, 2024

Kemarau, inisiatif bina telaga tiub. & K/Perpaduan teruk..

 Hidayatidayu Razali

Kelantan ambil inisiatif bina telaga tiubhadapi kemarau [METROTV] 

Kota Bharu: Bagi menghadapi musim kemarau, kerajaan Kelantan akan mengambil inisiatif membina telaga tiub bagi menyalurkan air kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, telaga tiub berkenaan sebagai persediaan musim kemarau pada masa ini.

"Kita bincang dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Exco untuk gerakkan sistem telaga tiub. Kita akan cari pihak-pihak contohnya badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia (Muslim Care).

"Pertubuhan ini banyak membantu seperti di Sudan, Afghanistan dan sebagainya. Kita akan bincang dengannya bagaimana untuk membantu (bina telaga tiub) seperti tempat yang kritikal akibat musim kemarau ini.

"Bagaimanapun, kita sebenarnya sentiasa memantau bekalan air di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Karnival Bio Kelantan 23 di sini, hari ini.

Ahmad berkata, musim kemarau yang berlaku pada masa ini adalah satu fenomena dan beliau meminta semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

"Kita kena jaga betul-betul dengan tidak melakukan pembakaran terbuka. Selain itu, kita menasihatkan semua pihak termasuk petani supaya menentukan jadual (bertani) sama ada waktu pagi atau petang, tengah hari kita tidak galakkan kerana mungkin akan menimbulkan penyakit lain seperti strok haba," katanya.

Disiarkan pada: Mei 11, 2023 @ 3:46pm

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Kelantan agak terkedepan di negara ini, bina telaga tiub. & K/Perpaduan teruk..


Komen lagi, 'Royalti: Kerajaan Perpaduan lebih teruk dari Kerajaan PH

KERAJAAN Negeri Terengganu sebelum Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 29 November 1999 sentiasa menerima bayaran Royalti Petroleum setiap tahun sejak 1978.

Ini selaras dengan pewartaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian 1975 antara Kerajaan Negeri Terengganu dan PETRONAS. 

Mengenai perjanjian ini, pada 12 November 1975, Tun Abdul Razak Hussein menjelaskan di Dewan Rakyat, “Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”

Walau bagaimanapun, apabila PAS diberikan mandat untuk mentadbir Kerajaan Negeri Terengganu dalam PRU10, dengan tidak semena-mena Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 26 Jun 2000 mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu tidak lagi berhak untuk mendapat bayaran Royalti Petroleum.

(Mengapa? Selanjutnya sila ikuti 'Royalti: Kerajaan Perpaduan lebih teruk dari Kerajaan PH') oleh MOHD EIKHWAN M ALI, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Dasar, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) – HARAKAHDAILY 29/3/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails