Friday, March 29, 2024

Hari ini, 2 Al-hamdulillah! & padi dalam pasu

 

Sultan Sharafuddin berkenan merasmikan Masjid Kota Kemuning, hari ini. - FOTO BERNAMA

I. Sultan Selangor lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza sebagai inisiatif kerajaan negeri bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu membangunkan semula Gaza.

Sultan Sharafuddin sekali gus berkenan menerima sumbangan dana RM1.2 juta daripada umat Islam di Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) RM200,000, dan sumbangan peribadi Menteri Besar Selangor sebanyak RM50,000 untuk disalurkan ke tabung itu.

"Beta menyeru rakyat dan semua pihak di Selangor untuk sama-sama membantu meringankan penderitaan dan keperitan penduduk Gaza dengan memberi sumbangan agar kita dapat membangunkan kembali prasarana yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza.

"Beta sudah menitahkan pengumpulan dan penyaluran sumbangan ini dibuat serta diselaraskan menerusi Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) melalui akaun Maybank Islamic Berhad (562106718620) agar pengurusan serta pengelolaan dana ini dapat dibuat secara tersusun, bertanggungjawab, telus dan lancar.

"Beta mendoakan semoga Allah SWT memberi ganjaran amal soleh atas infak yang disumbangkan oleh rakyat Selangor untuk membantu umat Islam di Gaza," titah baginda, menurut satu kenyataan.

Baginda berkenan melancarkan tabung itu pada Majlis Perasmian Masjid & Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1445H Dan Sambutan Nuzul Al-Quran serta Pelancaran Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, di Masjid Kota Kemuning, di sini, hari ini.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut kenyataan itu lagi, Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza akan membabitkan tiga projek di atas tanah wakaf di Gaza yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.

Projek terbabit ialah pembinaan satu blok Apartmen Darul Ehsan (RM3.0 juta), Masjid Darul Ehsan (RM4.0 juta) dan Menara Tangki Air Darul Ehsan (RM1.7 juta).

Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan merasmi dan menamakan Masjid Kota Kemuning yang mampu menampung hingga 4,000 jemaah pada satu-satu masa.

Jumlah keseluruhan kos pembinaan masjid di atas tanah seluas 2.0234 hektar itu ialah sebanyak RM18 juta.

Pada majlis sama, baginda juga berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM238,000 kepada 476 penerima dari daerah Klang membabitkan 136 asnaf fakir, 225 asnaf miskin dan 115 saudara baharu.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama rakyat. 

BERITA BERKAITAN

(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Hari ini, 2 Al-hamdulillah! & padi dalam pasu  


II. Sami Buddha Sri Lanka dipenjara kerana hina orang Islam.

Anggota polis mengiringi sami Buddha Galagodaatte Gnanasara ke penjara di mahkamah tinggi Colombo. - Foto AFP

COLOMBO: Mahkamah Sri Lanka hari ini menjatuhkan hukuman kerja buruh selama empat tahun kepada seorang sami Buddha yang berpengaruh kerana menimbulkan kebencian pengikutnya terhadap penduduk minoriti Islam di pulau itu.

Mahkamah Tinggi Colombo mendapati Galagodaatte Gnanasara bersalah menghina orang Islam dengan membuat kenyataan yang meremehkan Islam pada sidang akhbar 2016.

"Sami itu dijatuhi hukuman kerja keras selama empat tahun dan denda 100,000 rupee (RM1,561) dan dia dihantar ke penjara untuk mula menjalani hukumannya." kata seorang pegawai mahkamah.

Gnanasara dituduh menghasut keganasan terhadap umat Islam di negara majoriti agama Buddha itu, di mana kira-kira 10 peratus daripada 22 juta orang menganut agama Islam.

(Lanjut sila lihat BH hari ini)


III. Al-hamdulillah, video tambahan  'TANAM PADI DALAM PASU' rungkai masalah ekonomi negara. Sila cuba..


Video

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails