Tuesday, January 16, 2024

S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?



S'pura kutuk serangan ganas Hamas ke atas Israel, 'tidak ada sebab yang boleh mewajarkan' kekejaman itu: Shanmugam

Pasukan keselamatan berkumpul di hadapan balai polis Israel di Sderot selepas ia musnah semasa peretempuran dengan para militan Hamas pada 8 Okt 2023. (Gambar: AFP/Ronaldo Schemidt)

SINGAPURA: "Tidak ada sebarang sebab yang boleh mewajarkan" kekejaman yang dilakukan Hamas menerusi serangan ganasnya, tegas Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam pada Khamis (12 Okt).

"Sememangnya kita boleh mempunyai pandangan melampau terhadap apa yang sedang terjadi di rantau itu," kata beliau.

"Kita juga boleh mengesali tentang bagaimana warga Palestin selama ini diperlakukan dan berasa kasihan terhadap penderitaan yang dilalui rakyat Palestin tetapi pada masa yang sama terang-terangan mengutuk serangan pengganas yang dijalankan di Israel."

Pada 7 Oktober, kumpulan militan Hamas melancarkan satu serangan mengejut ke atas Israel, dengan beratus-ratus anggota bersenjata Hamas merempuh pagar pemisah lalu menyusup masuk ke dalam Israel dan membunuh sekurang-kurangnya 1,200 orang, kebanyakannya orang awam.

Berikutan serangan itu, Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza, selain menjalankan kempen pengeboman yang memusnahkan semua tempat tinggal dan meragut 1,200 nyawa di sana.

"Serangan Hamas ke atas Israel - menyerang dan membunuh orang awam adalah satu serangan pengganas besar-besaran. Penculikan dan pembunuhan kanak-kanak secara sewenang-wenangnya - tindakan kejam itu mengejutkan, dan menyeramkan," kata Encik Shanmugam.

"Dan keganasan melampau ini harus dikutuk secara terang-terangan."

Beliau menambah bahawa sokongan Singapura terhadap huraian dua negara "sudah sangat diketahui" dan berulang-kali dinyatakan.
Singapura sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya berharap kedua-dua Israel dan Palestin akan mencapai kata sepakat di mana mereka dapat hidup berdamai.

Encik Shanmugam sedia maklum bahawa tindak balas "hebat" Israel akan mengundang "reaksi sangat buruk".

Respons Israel seharusnya selaras dengan undang-undang antarabangsa dan peraturan perang antarabangsa, tambahnya sambil menarik perhatian bahawa perkara ini juga sudah ditegaskan negara-negara lain.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?    

Sila lihat komen ini..

Al-hamdulillah! Ayah Chik dan pesan-pesan berharga wakil rakyat PAS.


PERUBAHAN landskap politik negara setahun dua ini turut menyebabkan berlakunya anjakan mobiliti sosial kepada sebahagian pimpinan PAS yang bergelar wakil rakyat. Anjakan harkat sosial kadang paralel dengan perubahan gaya hidup dan cara berfikir manusia. 

Kita juga tak pernah terfikir hegemoni daulah berjaya diruntuhkan, aparatus kerajaan bukan lagi faktor besar yang mampu menopang hegemoni kuasa. BN melemah dengan pantas, manakala PH ditolak oleh orang Melayu. PAS menghantar paling ramai anggota legislatif ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-negeri.

Minggu ini PAS menganjurkan permukiman khas untuk pemimpin-pemimpinnya, juga Konvensyen Wakil Rakyat PAS di Bangi dalam kekecohan  netizen  bercakap mengenai angin perubahan kuasa di Putrajaya. Setahun lebih kuasa Kerajaan Anwar, dengan pencak semakin salah tingkah, perlecehan kepada Islam sudah tak terlindung, pesta pora maksiat semakin menggebu, laungan reformasi menjadi bagasi kepada penuturnya. 

(Sila rujuk selanjutnya 'DR RIDUAN MOHAMAD NOR, AJK Kerja PAS PusatPengerusi LESTARI – HARAKAHDAILY 12/1/2024')

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails