Cina bawa agenda anti-Islam? Ini 5 petunjuk zionis ko!
Media bahasa Cina dicurigai bawa agenda anti-Islam
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung telah memberikan keterangan sebagai saksi berhubung terbitan media berbahasa Cina mengenai Islamofobia di Balai Polis Wangsa Maju, di sini hari ini.
Menurut pendakwah itu, pembongkaran dan kesedaran perlu dilakukan di media sosial akan laporan serta komentar Islamofobia, tetapi laporan polis juga perlu dilakukan agar pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan.
“Kes disiasat di bawah Akta 298A Kanun Keseksaan. Saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia bagi mempertahankan Rukun Negara. Saya percaya saya tidak keseorangan dalam perjuangan ini,” ujar beliau.
Beliau sebelum ini turut mempersoalkan mengenai siaran di media berbahasa Cina di negara ini yang melaporkan mengenai kenyataan pendakwah Islam dan perkara-perkara berkaitan agama Islam.
Namun katanya, beliau curiga dan tertanya-tanya apabila media berbahasa Cina yang demografik pembacanya berkemungkinan besar adalah berbangsa Cina lebih banyak membuat siaran sedemikian berbanding kisah agama dianuti majoriti pembaca.
“Kebarangkalian yang besar mereka adalah belum Muslim. Saya cuba sangka baik, barangkali media Cina nak bantu sebarkan agama Islam untuk difahami bangsa Cina belum Muslim. Namun, berita yang mereka pilih tidak menampakkan itu tujuan mereka.
“Bukan sekali dua, tetapi berkali kali. Hampir saban minggu jikalau bukan sehari dua pasti akan berita tentang kenyataan pendakwah Islam. Kenapa media Cina tidak menonjolkan lebih banyak artikel tentang agama Kristian, Buddha, Taoism dan Hindu?
“Setahu saya yang mengendalikan portal berita The Merdeka Times, media kebiasaannya akan melaporkan sesuatu berita yang mempunyai ‘news value’ yang boleh meningkatkan trafik atau berita yang selari dengan agenda mereka.
“Jikalau media berbahasa Cina lebih kerap melaporkan tentang Islam dan bukannya agama lain dalam portal dan akhbar mereka, ianya boleh difahami dari beberapa perspektif.
“(Iaitu) Berita tentang Islam ada ‘news value’ buat mereka. Meningkatkan trafik ke portal mereka dan seterusnya menjana pendapatan iklan. Berita tentang agama lain tiada ‘news value’ kerana kurang mendapat sambutan pembaca mereka. Kurang trafik maka kuranglah pendapatan iklan mereka.
“Agenda media Cina mungkin untuk mempromosi Islam kepada pembaca agar mereka lebih mengenali Islam dan mahukan keharmonian atau, media Cina anti-Islam dan menonjolkan berita yang mereka tahu akan menjadikan pembaca mereka lebih marah dan jauh dari Islam.
“Mungkin ada sebab lain tetapi apakah 3R (agama, bangsa dan raja) tidak terpakai untuk media-media berbahasa Cina ini?” soal beliau. – HARAKAHDAILY 16/1/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cina bawa agenda anti-Islam? Ini 5 petunjuk zionis ko!
YALA, Thailand: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief)...
(ii) a. Teruskan boikot, Zionis-Israel tidak henti membunuh!
(ii) b. Lima petunjuk permulaan kemusnahan projek Zionis
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir..
No comments:
Post a Comment