Wednesday, January 17, 2024

PAS, parti Islam moden. X macam 2 kes gila ini

 

Tuan Guru Abdul Hadi dan Dr Samsuri pada program ceramah sempena PRK Parlimen Kemaman, Disember lalu.

PAS ada potensi jadi parti Islam moden

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ada yang beranggapan PAS sebuah parti yang tidak mempunyai ramai golongan teknokrat.

“Sebenarnya dalam PAS, kita mempunyai ramai ahli yang datang dari pelbagai bidang dan latar belakang,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Namun, katanya kebanyakan daripada mereka tidak menonjol ke depan, sebaliknya amat berperanan di belakang tabir dan terlibat dalam menyusun atur strategi untuk PAS terus bergerak ke hadapan.

Menurutnya, beliau merupakan salah seorang yang pernah menjadi sebahagian daripada mereka sebelum diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018 lalu.

Tambahnya ada juga yang beranggapan PAS sebuah parti ekstremis dan mempunyai rasa prejudis lalu menyamakan PAS dengan parti Islam lain di dunia ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan, itu 100 peratus tidak benar sama sekali.

“Di Malaysia, kita amat memahami struktur masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian etnik serta agama dan PAS merupakan parti yang sudah relevan serta boleh diterima oleh masyarakat dalam negara ini,” katanya lagi.

Menurut beliau, PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebuah parti Islam yang moden.

Justeru, ujarnya menyamakan parti PAS dengan Taliban dan yang seumpamanya merupakan satu kesilapan.

“Kami amat memahami, untuk menjadikan negara kita negara yang terbaik, kita semua perlu bekerjasama sebagai warganegara Malaysia,” katanya.

Tambahnya, PAS kini bukan lagi ‘parti kampung’ dan ianya sebenarnya lebih dari hanya sekadar parti.

“Kami sudah berada sejauh ini dan akan terus bergerak ke hadapan.

“PAS juga bukanlah sebuah parti yang sempurna tetapi kami mempunyai ahli dan penyokong yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang mendukung,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kemaman. – HARAKAHDAILY 13/1/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS, parti Islam moden. X macam 2 kes gila ini

Lihat komen ini..

(i) Bukan seperti kes-kes ini yang X moden & X Islamik..

a. Kebakaran rumah Ngeh: Serah siasatan polis – Fadhli


KL: Tindakan membakar dan mengkhianati harta individu lain apalagi melibatkan risiko kehilangan nyawa adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima, demikian tegas Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

(Sila rujuk 'Kebakaran rumah Ngeh: Serah siasatan polis – Fadhli' k. – HARAKAHDAILY 10/1/2024)

b. Mengapa tilam diusung? -Zulkifli Yahaya


(Lanjut sila rujuk 'Mengapa tilam diusung?'   HARAKAHDAILY 14/1/2024)

(ii) Tebatan banjir: Gesaan Agong perlu dipandang serius


KL: Gesaan Yang di-Pertuan Agong agar projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) tidak dipolitikkan perlu diberi perhatian oleh kerajaan, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehubungan itu, beliau menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah agar pembinaan projek RTB yang telah dirancang di negeri Pahang disegerakan.

“Gesaan Tuanku agar projek itu tidak dipolitikkan perlulah diberi perhatian dan dipandang serius oleh kerajaan,” ujarnya dalam kenyataan di laman sosial beliau, hari ini.

Beliau berpendapat bahawa perhatian serius dan tindakan segera itu perlu diambil kepada kesemua 25 projek tebatan banjir yang telah dirancang oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semenjak 2020.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 7 projek RTB terletak di dalam negeri Pahang.

“Janji YAB Perdana Menteri untuk segera memulakan projek RTB di seluruh negara pada Jun 2023 hanya tinggal janji.

“Projek ini terus dikesampingkan daripada perhatian dan menjadi janji politik apabila ianya terus sekadar menjadi ikrar,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang DUN Pahang.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis lalu bertitah supaya kerajaan menyegerakan projek tebatan banjir yang telah dirancang di Pahang dan jangan mempolitikkan usaha itu.

“Saya harap jangka panjang kerajaan harus percepatkan projek-projek tebatan banjir, yang telah dirangka oleh pihak berwajib di seluruh Pahang, dan saya harap janganlah berpolitik dalam hal ini, seelok-eloknya ambil secara serius dan urgent untuk bina tebatan banjir di seluruh Pahang,” titah baginda ketika berangkat melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, Pekan. Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berangkat.

Terbaharu, kata Tuan Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan kerajaan akan menyegerakan projek RTB itu ketika beliau berada di Johor baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan sampai bila rakyat harus menanggung kerugian akibat banjir dan menunggu janji-janji yang dilafazkan oleh kedua-dua pemimpin utama negara.

“Saya menasihatkan kepada kerajaan agar serius untuk menjaga kebajikan rakyat dan mendengar titah Baginda Tuanku.

“Tumpukan kerja tanpa takut kepada bayang-bayang ciptaan sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 13/1/2024

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails