Wednesday, January 17, 2024

Langit kelam di Putrajaya & di Israel/AS. BiaDAP?

 

Langit kelam di Putrajaya

SEDANG kita sibuk menguruskan hal dan kehidupan masing-masing semalam, sesuatu yang sangat memilu dan mendukacitakan berlaku di Putrajaya. Rupanya langit kelam semalam menangisi peristiwa ini.

Mahkamah Rayuan di sana telah tolak keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan status quo agama Islam tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar secara sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy.

Ini bermakna pengislaman ketiga anak mereka iaitu sepasang kembar perempuan kini 15 dan anak lelaki 13 tidak sah.

Malah mahkamah turut memutuskan Seksyen 117 (b) Enakmen 4 Perlis yang membenarkan pertukaran itu sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan.

Lebih malang Mahkamah turut memberi pelepasan mengisytiharkan tiga anaknya beragama Hindu.

Tiga remaja Muslim diisytiharkan kembali Hindu atas tuntutan ibunya.

Kes perceraian dan pertukaran agama seperti ini sering berlaku dan sangat mengecewakan. Pihak Berkuasa Agama perlu lihat serius perkara ini dan perbaiki mana kelemahan yang ada.

Jangan lagi ada anak-anak Muslim dimurtadkan. Malang jika ini terus berlaku.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/1/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Langit kelam di Putrajaya & di Israel/AS. BiaDAP?

Lihat komen ini..

(i) PM Anwar perlihatkan sikap biadab terhadap YDP Agong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim seolah-olah sedang berada dalam keadaan terdesak berhubung muat naik di media sosial rasminya berhubung sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, hantaran segera dilakukan Anwar itu bukan sahaja mendahului, bahkan tidak senada kenyataan rasmi Istana Negara.

Malah bidas beliau, kenyataan yang berbaur politik dan bergaya agak sinikal oleh pemimpin itu telah dimuat naik bersama gambar arkib dan bukannya gambar ketika pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong. 

“Dalam pada itu, titah-titah Baginda YDPA yang telah beliau sebutkan langsung tidak disentuh oleh kenyataan rasmi Istana Negara. Maka sejauhmana kebenarannya bahawa Yang di-Pertuan Agong benar-benar bertitah sedemikian? 

“Sekiranya benar wujudnya titah tersebut, Pemuda PAS yakin bahawa Istana Negara akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi kepada umum supaya dipandang serius oleh semua pihak, sepertimana kenyataan-kenyataan rasmi yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

“Satu perkara lagi yang memusykilkan berhubung kenyataan Anwar Ibrahim adalah apabila beliau menambah dalam pertemuan tersebut perihal derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta yang perlu disalurkan kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” ujarnya.

Menurut Ustaz Hanif, seperti ada mesej tersirat yang Anwar cuba sampaikan kepada YDPA di mana Pemuda PAS mengesyaki bahawa Anwar telah terpedaya dengan satu kisah fitnah di sebuah blog persendirian.

“(Blog tersebut) telah mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dan rasuah daripada blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Sekiranya perkara ini benar, Pemuda PAS kesal dengan seorang Perdana Menteri yang sewenang-wenangnya mempercayai khabar angin yang singgah di telinga. 

“Sudah hilang pendirian “Tidak pasti, jangan kongsi” yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan? Keadaan yang berlaku ini secara tidak langsung menyerlahkan kebiadapan Anwar Ibrahim terhadap Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya lagi.

Jelasnya, keadaan tersebut terlihat apabila Anwar melebih-lebih mendahului Agong dalam sebarang kenyataan dan sewenang-wenangnya mengheret Tuanku YDPA ke dalam sentimen politiknya.

Pemuda PAS tegas Ustaz Hanif, meminta Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri supaya menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat dan tidak mengheret pihak Istana ke dalam kancah politik bakal memalitkan nama buruk kepada Yang di-Pertuan Agong. – HARAKAHDAILY 11/1/2024

(ii) Terbaru.. Langit kelam dari Israel/AS.. 

Comments227 · Rangkuman Hari ke-95 Israel-Hamas: 9 Perwira IDF Tewas hingga Tel Aviv Mencekam Dirudal · [LANGSUNG] Perkembangan terkini Perang ...
Tiada: (vl) ‎ oganzal) ‎ 90


Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails