Wednesday, January 17, 2024

S/Nurhaliza X tunda konsert kerana amal? & Inikah kebajikan?

 

Siti menghormati pandangan Mufti Pulau Pinang, Wan Salim dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan diberikan. - Foto IG Siti Nurhaliza

(I). KL, Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berhasrat menunda Konsert Sebuah Epitome: 

Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac depan meskipun terdapat gesaan untuknya berbuat demikian.

Siti berkata, keputusan meneruskan konsert anjuran Yayasan Nurjiwa itu disebabkan acara itu lebih kepada berbentuk amal, bukannya berasaskan keuntungan semata-mata.

"Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan.

"Yayasan Nurjiwa adalah badan amal ditubuhkan sejak 2006.

"Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sering menyebut tujuan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster iaitu Kebajikan, Kemanusiaan, Keagamaaan, Pendidikan dan Bantuan Khas Palestin.

Tambah Siti, alasan lain menyukarkan untuk menangguhkan konsert adalah faktor ketiadaan tarikh ganti yang sesuai.

"Sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 Ramadan.

"Kami di Yayasan Nurjiwa diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan.

"Untuk pengetahuan semua, kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan.

"Kami mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baharu," jelas penyanyi lagu Romansa Kita ini.

Bagaimanapun, penyandang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012 itu menghormati pandangan mufti dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan diberikan.

"Yayasan Nurjiwa secara khususnya dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran beliau (mufti).

"Keprihatinan dan pandangan beliau amat kami hormati dan hargai. Terima kasih," ungkap Siti.

Pada 8 Januari lalu, Siti mengumumkan secara rasmi penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil.


(II) Israel perlu benarkan penduduk Gaza pulang ke rumah. Ini juga bukan kebajikan..

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan dan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi (kanan) berjabat tangan ketika mengadakan sidang media di Amman, Jordan. - Foto REUTERS

Di,AMMAN, Jordan: Israel sepatutnya membenarkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza pulang ke rumah masing-masing.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi memberitahu bahawa Israel sepatutnya membenarkan penduduk Palestin untuk pulang ke rumah mereka.

Bercakap pada sidang akhbar dengan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan di Amman, Safadi juga berkata adalah penting untuk menamatkan perang di Gaza dan mengelakkan peningkatan keganasan yang lebih luas di rantau itu.

"Berkait keadaan semasa yang jelas adalah, menamatkan pencerobohan di Gaza, membenarkan bantuan kemanusiaan secara tetap yang mencukupi ke semua bahagian di Semenanjung Gaza, iaitu selatan dan utara.

"Kemusnahan juga perlu dihentikan dan mengembalikan penduduk Gaza yang terlantar ke tempat mereka," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails