Sunday, January 29, 2023

Terlalu nak DAP, terpaksa tubuh Majlis Ulama Umno.. & X PAS-UMNO?

 


1. Apa pandangan Majlis Ulamak Umno mengenai DAP?

PRESIDEN Umno dalam ucapan dasar PAU telah mengumumkan hala tuju pertama Umno ialah menubuhkan Majlis Ulamak Umno.

Alhamdulillah. Ini adalah satu berita gembira. Bolehlah Majlis Ulamak Umno ini berperanan untuk menasihati Umno berkenaan kerjasama mereka bersama DAP.

Ketika era kerjasama PAS dan DAP sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak kata PAS tidak pernah untung dalam pakatan pembangkang, malah PAS hanya menjadi alat kepada parti DAP.

“Sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.” – Najib Razak

Alhamdulillah, sebelum kewujudan Majlis Ulamak Umno lagi mereka sudah peka mengenai hubungan kerjasama bersama DAP.

PAS dengan nasihat Majlis Syura Ulamak juga telah memutuskan kerjasama dengan DAP. Menurut Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, keputusan itu dibuat apabila DAP mula bersikap melampau dan cuba mengubah dasar dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam urusan agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

Namun kini, Umno pula yang dilihat bersungguh-sungguh membela dan menyanjung DAP. Apakah pandangan Majlis Ulamak Umno? Atau adakah DAP sekarang sudah berubah menjadi pejuang orang Melayu-Islam?

Besar harapan agar Majlis Ulamak Umno yang dianggotai oleh Dato’ Haji Dusuki Ahmad dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ini mampu memberi pandangan tuntas berkenaan kerjasama Umno dan DAP yang ‘setia kawan’ ini.

Ramai ahli dan pengundi Umno yang telah dikhianati sedang menunggu.

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Penerangan PAS Kedah – HARAKAHDAILY 19/1/2023


2. Sebab Apa PAS Sukar Kerjasama Dengan Umno 

“Disebabkan itu kita pilih PN, bukan MN kerana dalam UMNO masih ada yang keruh, yang rasuah, yang masih dibicarakan. Kita tahu ada yang bersih dalam UMNO dan mahu buat perubahan, tetapi mereka pula dicantas tak jadi calon, yang dipilih penyangak sebagai calon.”

(Sinar Harian) – Pas mendedahkan antara sebab menolak kerjasama bersama UMNO bawah gagasan Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), disebabkan UMNO didakwa masih ‘keruh’ selain mempunyai masalah dalaman.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, selain diberikan kata dua supaya Pas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya mahu menjalin kerjasama bersama UMNO, parti itu cuba mencatur kedudukan kerusi milik Pas tanpa rundingan.

Menurutnya, disebabkan pelbagai masalah yang agak rumit itu menyebabkan Pas memilih Perikatan Nasional (PN) untuk kerjasama politik berbanding MN.

Selepas Parlimen dibubarkan, mereka ajak jumpa. Saya dan Timbalan Presiden (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) pergi jumpa, mereka letak syarat Pas boleh bersama UMNO sekiranya kita putuskan hubungan dengan parti lain khususnya Bersatu.

“Mereka minta Pas buat keputusan dalam tempoh singkat. Kemudian cakap pula beberapa kerusi Pas di Kelantan, Terengganu dan Pahang diberi kepada UMNO. Tukar situ, tukar sana, dia yang atur kerusi kita pula,” katanya pada Ceramah Perdana PRU15 di markas Pas Pokok Sena pada Selasa.

Abdul Hadi berkata, pihaknya sudah berusaha mengajak semua pihak termasuk UMNO ke arah perpaduan ummah demi perpaduan negara namun tidak dapat direalisasikan disebabkan sikap UMNO sendiri.

“Disebabkan itu kita pilih PN, bukan MN kerana dalam UMNO masih ada yang keruh, yang rasuah, yang masih dibicarakan. Kita tahu ada yang bersih dalam UMNO dan mahu buat perubahan, tetapi mereka pula dicantas tak jadi calon, yang dipilih penyangak sebagai calon,” katanya.

Susulan itu, tegas Abdul Hadi, Pas tidak dapat meneruskan kerjasama dengan berkawan bersama sebuah parti yang dipenuhi pelbagai masalah menyebabkan PN menjadi pilihan gabungan politik pada PRU15.

“Kita juga tolak Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan itu ada komunis, ada yang tak percaya ketuhanan, ada liberal, pemberi rasuah dan menerima rasuah.

“Saya harap bukan Melayu dapat sokong PN, kita ada Bersatu yang keluar daripada UMNO untuk bersama dengan kita. Kita memerintah hampir dua tahun dan krisis ekonomi dapat diselesaikan, malangnya UMNO tarik diri dan terpaksalah bubar kerajaan,” ujarnya.

Menurutnya, PN merupakan sebuah gabungan yang bersih serta stabil dan telah dibuktikan sepanjang memerintah negara ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

“Simbol PN adalah untuk bina kekuatan baharu untuk kita lakukan perubahan dalam negara. Beri peluang kepada kami untuk tadbir semula, tengok apa kami buat dan kalau kami buat tak betul, tolak semula kami pada PRU akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, gabungan awal Pas-Bersatu-UMNO pada awalnya berjaya dilaksanakan apabila dapat mengumpulkan Ahli Parlimen mencukupi bagi mengambil alih negara, namun gagal dipertahankan.

“Tiba-tiba perangai lama UMNO jadi lagi, berkelahi sesama sendiri nak jadi Perdana Menteri, nak kementerian itu, nak jawatan ini. Setelah kalah PRU14 mereka tak insaf. Bukan semua, ada yang insaf dan nak perubahan.

“Kita ajak UMNO kepada perpaduan ummah bersama Bersatu, Gerakan dan parti lain, tiba-tiba mereka minta hanya UMNO dan Pas sahaja (Muafakat Nasional). Itu bukan perpaduan, itu tujuan politik untuk jatuhkan kerajaan,” katanya lagi.

Menurutnya, tindakan UMNO itu sebenarnya bukan mahu membantu menyelesaikan masalah rakyat, sebaliknya hanya untuk menyelesaikan masalah dihadapi pemimpin tertentu yang dikaitkan dengan kes mahkamah. (SH)

Komen Weblog Ibnu HasyimTerlalu nak DAP, terpaksa tubuh Majlis Ulama Umno.. & X PAS-UMNO?

Lanjut, sila baca buku ini.. (klik gambar)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, oleh Ibnu Hasyim

E-Buku IH-17: 'Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...'

001 - Muqaddimah.
002 - Siasah Ulama
003 - Tikaman Tersirat
004 - Nama & Rahsia Siasah
005 - PAS Bebas Lepas
006 - Bersama Kebangkitan..
007 - Di Bawah Dr. Abbas
008 - Mula Dg Tangan Terbuka
009 - Pilihanraya Umum 1
010 - Prof Dr Burhanuddin
011 - Muktamar Ke-5 Menarik
012 - Pembunuhan Pertama..
013 - Bahaya Dari Gunung ?
014 - Merdeka !
015 - Persiapan Kepimpinan.
016 - Menggempur !
017 - Bentuk Kerajaan.
018 - Ke Mana Burhanuddin ?
019 - Ekonomi & N/ Kebajikan
020 - Politik Global 1960-1964
021 - Demokrasi Liar
022 - Burhanuddin, Nasionalis ?
023 : Pilihanraya 1964
024 - Perginya Ustaz Zulkifli..
025 - Masalah Singapura.
026 - 1969 Tahun Cabaran
027 - Kerajaan Campuran
028 - K/Campur & Pengalaman.
029 - K/Campuran Jatuh.
030 - Bangkit Dg Perubahan..

Perlembagaan PAS (klik gambar):
E-Buku IH-47:: Perlembagaan PAS

Insya Allah, jika ada kelapangan, saya akan terus menulis sejarah PAS berterusan hingga masa kini.
-IBNU HASYIM

4 comments:

Anonymous said...

Ketuanan Melayu perlukan ramai hartawan dan billionaire seperti :
#1 Kekayaan Abdurrahman bin ‘Auf
#2 Kekayaan Az Zubair bin al ‘Awwam
#3 Kekayaan Usman bin Affan
#4 Kekayaan Thalhah bin ‘Ubaidillah
#5 Kekayaan Sa’d bin Abi Waqqash
Teladan Dari Sahabat Rasulullah yang Kaya.

Contohi Sahabat Rasulullah yang Kaya dan Dermawan untuk bersaing dengan bangsa paling kuat penipu nya dan terbukti bangsa yang paling kuat menipu seluruh dunia..!!

Melayu sila bukak biji mata memasing luas luas dan lebar lebar... Macamana game Kaum Cina di Malaysia ini..

7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dalam satu kenyataannya mengumumkan Robin Tan Yeong Ching telah meletak jawatan sebagai pengerusinya, “untuk meneruskan minat lain” dan digantikan oleh Farhash.

Tan, anak kepada pemegang saham utama 7-Eleven, taikun Vincent Tan Chee Yioun dengan 41.8 peratus kepentingan, dilantik ke lembaga pengarah kumpulan itu sebagai pengerusi, pengarah bukan eksekutif bukan bebas.

Maka terkinja kinja lah barua Melayu ada yang sokong dan barua Melayu yang bantah..!!

Biar pun pemimpin PM Melayu barua mereka silih berganti taikun dan tokey tokey kaum Cina tetap orang yang sama. Kartel taikun yang sama. Mafia taikun mereka tetap yang sama juga hasil didikan tuan mereka Lee Kwan Yew@DAP setelah 22 tahun 22 bulan berjaya membaruakan PM Melayu dan terkini diganti barua mereka yang baru..

Belom lagi masuk kes Jho Low yg sedang ketawa terbahak bahak tepok tangan geli hati melihat betapa bodoh nya, betapa bangang nya, betapa tolol dan tongong nya pemimpin pemimpin Melayu di perkotak katikkan oleh sekor saja bernama Jho Low.

Jho Low lesap ada bekas ketua pulis Melayu (hrmmm Melayu lagiii..) jadi beruang dll. Ini lah speicies prmimpin Melayu yang DAP@Lee KwanYew paling suka sekali yang bodoh bangang dan dicucuk hidung...!!

60 tahun Melayu dikudakan oleh kaum Cina ini melalui jaringan keluarga Lee Kwan Yew @DAP/MCA maka sekarang masanya Melayu ambil semula dan ujudkn billionare billionaire Melayu...

Kita harus mengadakan taikun dan billionaire seperti Abd Rahman Auf dll seperti di zaman rasulallah...

Billionaire Islam spt ini yang patut diwujdkan untuk dijadikan contoh bukan taikun judi, taikun mafia dan kartel monopoli sambil sorok dan lambakkan barang keperluan sesuka hati mengaut keuntungan dengn cara menipu.!!

Ujudkan kartel kartel Melayu, ujudkan mafia mafia Melayu ujudkan dan kuasai semua rangkaian mafia kertel Melayu di semua sudut lapangan rantaian pengedaran dan perkhidmatan barang2 keperluan pada semua rakyat Malaysia.. Hapuskan taikun dan kartel barua barua LeeKwanYew@DAP.

Ini lah formula Ketuanan Melayu yang akan menurunkan harga barangan pengguna di negara ini.

Kita dah tak perlukan taikun kaum mata sepet ini.. Monopoli dan menentukan harga barangan asasi memgikut tuan mereka 'little Israel' di Singapura di sana.

#hapusbarualeekwanyeelingkupSingaura

Anonymous said...

Takziah para ulamak dalam umno.
Dipercayai jadi bahan pameran.
Belum cukup bertenaga untuk tembus melintasi kepompong parti.
Punya kurang quality sebaris dengan guru pondok.
Diragui berkredibiliti menasihati pimpinan tertinggi.
Sebaliknya majlis ulamak mendapat nasihat dari pimpinan.
Selama mana pimpinan yang bermasalah.
Pimpinan yang rasuah.
Masih jadi teraju.
Takziah.

Anonymous said...

Bro an kata sedekah untuk raih undi adalah salah. Masalahnya adakah tafsiran sedekah bro an itu merujuk kepada hukum fiqh. Atau hanya sekadar berdasarkan tafsirannya menurut hukum sastera. Agak sukar nak percaya para ustaz yang tulin mengamalkan rasuah.

Tujuan membangkitkan isu rasuah untuk raih undi hanya sekadar rekaan untuk melemahkan institusi keislaman. Untuk melemahkan kepercayaan terhadap para pewaris nabi. Untuk melemahkan mereka yang memperjuangkan politik Islam. Ini antara aqidah liberal dan sekular. Bermusuh dengan Islam dan penganutnya. Menjadikan Islam terasing dari kehidupan. Ibadah hanya di masjid, bulan ramadhan dsb. Tidak merangkumi seluruh aktiviti kehidupan.

Jom tolak politik liberal. Jom sokong politik yang berasaskan fiqh siyasah.

Anonymous said...

Menteri Formula Rafizi Bin Ramli celah mana harga barang turun..!?

Sekarang ni menteri formula Rafidi berkata harga bahan mentah turun ( sepatutnya Rafizi kena turun padang jumpa peniaga sambil beri formula pada peniaga) tapi pembekal yang kita ambil tidak menunjukkan sebarang penurunan harga, masih sama.

Peniaga air di Ampang, Hyrul Ameer Mydin mempersoalkan kenyataan bahawa harga barang mentah sudah turun. Rafizi tidak turun padang setakat bercakap dipejabat beri formula harga masih sama saja..

Yarni M Nasir yang menjual nasi campur selama belasan tahun di Ampang, katanya celah mana bahan mentah yang turun harga, sebaliknya harga ikan semakin mahal.

“Celah mana Harga barang turun..?, Saya beli harga sama saja dari dulu sampai sekarang. Yang saya tahu ada peningkatan harga ikan, ikan jadi mahal. Jadi bila nak guna formula formula harga barang turun..!?

Kumpulan peniaga gerai makanan dan restoran yang ditemui turut tidak bersetuju dengan teguran mentri formula Rafizi yang mendakwa sesetengah mereka sengaja enggan menurunkan harga makanan dan minuman.

Menurut pemilik restoran Kak Som Tomyam Kg Bharu, Linda Sabri, dia tidak melihat ada sebarang penurunan harga bahan mentah lagi setakat ini.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu susu satu karton dijual pada harga RM105. Sekarang jadi RM145. Harga Milo untuk dua kilogram dulu RM33 sekarang dah RM39.50 manakala Nescafe dulu RM34 sekarang RM44.

“Macam mana Rafizi kata macam itu, harga barang apa yang turun.. formua mana..!?,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails