Monday, January 30, 2023

Semarak solat tidak ‘terpasung'.. Ini bukti ‘Gelombang Hijau’ di S'ngor.

 


1. Harap semarak solat tidak ‘terpasung’ era Malaysia Madani

KELANTAN dalam sohornya disebut Tanah Serendah Sekebun Bunga dan negeri Che Siti Wan Kembang, ia juga terkenal dengan julukan sebagai Serambi Makkah. Ertinya ia dilihat sebagai bumi peribadatan, negeri agama, tadahan wahyu dan ilmu Islam.

Walaupun kekadang ada konotasi memperlekeh dengan panggilan negeri lebai dan seumpama, tetapi setidak-tidaknya negeri ini diingati dengan imej baik. Juga pandangan menghindari keburukan atau kemungkaran atau larangan Allah S.W.T.

Alhamdulillah, biarpun masih ada memandang ‘sebelah mata’, bagi rakyat Kelantan dan mereka yang memahami agama, semua itu merupakan satu pengiktirafan dan martabat. Meletakkan Kelantan di satu kemuliaan dan ketinggian kedudukan.

Rata-rata umumnya rakyat negara ini, bahkan rantau ini, malah dunia antarabangsa mengetahui di Kelantan dilatari pondok atau institusi pengajian Islam serta ramainya ulamak serta cara hidup rakyatnya juga yang teguh dengan Islam.

Sejak tahun 1990 pula, pandangan dunia tertumpu ke Kelantan apabila gerakan Islam di negara ini yakni PAS berjaya memenangi PRU dan kembali mengetuai Kerajaan Negeri. Dipimpin pula seorang tokoh ulamak iaitu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (almarhum).

Dengan teras pentadbiran Membangun Bersama Islam diperkenalkan, wahana kehidupan masyarakat negeri ini semakin teguh dengan pegangan kepada syariat. Usaha-usaha mengkanun hukum agama dalam enakmen atau perundangan, giat diusahakan.

Panjang hal tersebut untuk ditulis satu persatu dan tidak sedikit cabaran juga ditempuh. Tetapi antara usaha Kelantan sejak itu yang tidak dipandang besar oleh kebanyakan orang luar adalah menyemarakkan solat dalam kehidupan warganya.

Solat tidak dianggap urusan khusus atau peribadi diri seseorang, tapi ia telah diagendakan menerusi pentadbiran Kerajaan selaku pemerintah atau pemimpin sebagai perkara penting yang diberi perhatian ke atas rakyat.

Sejak itu, antara diadakan sehingga ke saat ini adalah Bulan Solat yang biasanya diadakan pelbagai acara atau sambutan khusus bermula bulan Rejab. Banyak tujuan atau hikmah telah diungkapkan dari penganjurannya.

Selain menekankan solat kewajiban dan tiang agama, sambutan diadakan juga membawa motif untuk Sunnah Rasulullah S.A.W iaitu solat berjemaah menjadi budaya rakyat negeri ini, sekali gus mengimarahkan rumah Allah.

Masjid, surau atau musolla bukan sahaja ramai hadir solat berjemaah, tetapi dari situ juga mengukuhkan dan mengeratkan Perpaduan Ummah, sekali gus terbina imuniti yakni terhindar dari tegahan-tegahan agama.

Menteri Besar, Dato’ Ustaz Ahmad Yakob pernah berkata, masyarakat yang memandang ringan ibadat solat akan membawa kepada kepincangan dalam kehidupan sehingga memberi kesan buruk kepada kesejahteraan masyarakat.

“Individu terbabit akan terjerumus ke lembah krisis kemaksiatan dan kemungkaran,” katanya pada perasmian Sambutan Bulan Solat, tahun lalu.

Seru beliau, usaha mengajak rakyat menghayati falsafah ibadat solat ia bukan sahaja terpikul di bahu agensi agama bahkan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menyedarkan masyarakat.

Ibadat solat ujarnya, mengandungi rahsia yang tersendiri khususnya untuk tujuan pembersihan jiwa dan pembentukan peribadi ummah yang diredhai dan negara yang diberkati oleh Allah S.W.T.

Selama 32 tahun, inisiatif yang ada setengah pihak meremehkannya, tetapi begitu besar dalam pembangunan Kelantan. Buktinya, pentadbiran negeri ini bersih dari isu integriti.

Jenayah dan masalah sosial Kelantan juga adalah terendah walaupun media membesarkan kes-kes yang terjadi tanpa perbandingan adil dari realiti di negeri lain.

Biarlah dinafikan atau diburukkan sekalipun, hatta dimomokkan pula hal lainnya, Kelantan berharap solat ini menjadi agenda yang akan turut didukung Putrajaya ke atas seluruh Malaysia kelak.

Dalam tempoh kurang tiga tahun semasa di bawah PERIKATAN NASIONAL (PN) dahulu masjid-masjid sempat memarakkan pelbagai program agama termasuk kesedaran berkaitan solat.

Diharap biarpun kerajaan telah bertukar, agenda ini tidak berundur ke belakang dengan sekatan-sekatan yang telahpun kedengaran berlaku di bawah Kerajaan Malaysia Madani.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 26/1/2023


2. Bersama kita bawa perubahan di Selangor 

SELANGOR pernah menjadi negeri Umno yang paling teguh. Hari ini tidak lagi.

Dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini calon-calon Umno yang mewakili BN kecundang di semua kerusi yang ditandinginya. Umno turut tewas di kerusi-kerusi tradisinya seperti Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

Buat pertama kali dalam sejarah parti berkenaan tiada langsung kerusi Parlimen di Selangor 

Pengundi-pengundi teras Umno khasnya orang-orang Melayu tidak lagi memberikan undi mereka pada Umno sebagaimana dahulu.Ternyata mereka kecewa dan telah tawar hati.

Mengikut statistik yang PAS perolehi BN cuma menguasai 28 peratus sokongan pengundi Melayu seluruh Selangor berbanding PN 49 peratus dan PH 20 peratus.

Ini bermakna PN khasnya PAS telah menggantikan Umno sebagai parti tonggak yang mewakili suara umat Melayu Islam buat pertama kali dalam sejarah negeri ini.

Calon PAS yang menang di Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi contohnya berjaya menguasai 72 peratus undi Melayu di Kuala Langat, pencapaian terbesar di Selangor dari kalangan 22 Ahli Parlimen yang terpilih di negeri ini. 

Manakala Dr Halimah Ali calon PAS yang menang di Parlimen Kapar dengan majoriti 11, 782 undi telah memperolehi 58 peratus undi Melayu berbanding calon Ketua Pemuda bahagian Kapar yang tewas dengan hanya mendapat 27 peratus undi Melayu.

Begitu besar larinya sokongan pengundi Melayu dari Umno kali ini dan jika trend ‘Gelombang Hijau’ ini berkekalan Umno mungkin juga akan hilang kelima-lima baki kerusi DUN dalam tangannya dan hilang terus dari persada politik Selangor.

Umno dalam krisis dan rakyat sesungguhnya telahpun meninggalkan mereka dalam PRU ke-15 lalu apatah lagi kini setelah pimpinannya memutuskan pula untuk bekerjasama dengan PH dan DAP.

Ketidakpuasan hati dan kegelisahan begitu ketara di kalangan akar umbi di seluruh pelosok Selangor.

Adapun calon Umno yang mendapat sokongan terbaik walaupun kalah adalah di Parlimen Sungai Buloh, bilamana Khairy Jamaluddin berjaya menguasai 48 peratus undi Melayu di sana, namun tidak cukup untuk menang.

Kini khabar mengatakan Khairy Jamaluddin yang paling cemerlang di kalangan calon-calon Umno di Selangor pun akan diambil tindakan. Makin tersisihlah Umno.

Mengikut statistik juga pengundi anak muda hanya 16 peratus menyokong BN berbanding 34 peratus untuk PN.

PRN Selangor semakin hampir. PAS dan PN akur dengan isyarat sokongan rakyat khasnya umat Melayu Islam melalui fenomena ‘Gelombang Hijau’ baru-baru ini dan sangat menghargainya.

PAS sedang giat menyusun jenteranya yang semakin bersemangat. Berbekalkan pendekatan politik Penyatuan Ummah, rakyat terus disantuni dan PAS yakin melalui angka-angka yang ada tambahan kegagalan Kerajaan Campuran di Putrajaya serta kelesuan Kerajaan PH di Selangor, rakyat akan terus bersama ‘Gelombang Hijau’ ini.

Perubahan akan berlaku di Selangor. Umat Melayu Islam di negeri ini mahukan kepimpinan baru dan tidak sanggup lagi duduk di bawah dominasi PH DAP lagi.

Kawan-kawan dalam Umno Selangor perlu segera membuat perhitungan, jangan sampai di depan api di belakang duri, tiada lagi jalan keluar dan tinggal hanyut ditelan arus zaman.

Fahamilah denyut jantung umat Melayu umat Islam yang menuntut perubahan sebenar.

Berpegang teguhlah kita bersama dengan tali Allah tiada guna bercerai berai lagi sehingga perlu tunduk pada telapak musuh.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri,
Kita sudah tiada masa.
(sedutan lirik keramat: Anak kecil main api)

Kitakan seakidah, serumpun, sebangsa. Tinggalkan yang keruh bersamalah yang jernih.

Perlis ada Shahidan Kassim, Pahang ada Ismail Muttalib, pasti di Selangor ramai lagi.

Perjuangan memartabat dan mendaulatkan agama dan bangsa ini adalah perjuangan kita bersama. 

Bahtera besar kami setia menunggu tuan-tuan, segeralah bertindak demi kebaikan ummah.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 27/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semarak solat tidak ‘terpasung'.. Ini bukti ‘Gelombang Hijau’ di S'ngor.

Semoga al-hamdulillah!

6 comments:

Anonymous said...

Saya ahli pkr. Saya tak mahu jadi penipu macam bro an. Hoi ya hoi jadi tiang sandar bro an. Sama komunis dapig.

Anonymous said...

Aku tak ahli manamana parti politik,
Bila mengundi aku tak akan undi ph, bn, psrm, pap, pkm, parti likud dan yg sejenis dengannya.

Anonymous said...

Bila dengaq bro an berucap, rasa nyilu. Dulu no hoi hoi ya hoi. Tiba tiba jadi kut lain.

Dia ni suka luar tabii. Mulut cakap macam semangat. Tapi dalam hati lain. Macam ada tanduk.

Itulah bahaya liberal. Boleh jadi macam macam. Quran pun boleh jadi alat.

Sekutu pulak untuk kekal releven. Terpaksa guna cara komunis. Pevat saja kerjanya. Cara jahiliah.

Anonymous said...

Tidak berbayar atau berbayar bukan isu utama. Tiru tuan barua nya Mr Lee Kwan Yew@DAP famili tree ultra kroni super nepotisme kiasu di Singapura

Hari hari cakap pasal tatakelola. Tatakelola atau tatakelentong..!?

Klau rakyat marhean 1 bulan tak ada gaji kebulur anak bini tak makan.... tak.bayar elaun hanya sekadar alasan palsu saja..

Isu utamanya ialah super nepotisme. Melantik ahli keluarga sendiri memegang jawatan penting dalam Kerajaan.

Jawatan yang ada kuasa (walaupun bukan eksekutif) untuk mempengaruhi dasar-dasar Kerajaan dan menasihati bapa kandung sendiri? Ini lagi teruk dari zaman Tingkat 4 Pak Lah ni.

Adakah ini yang dimaksudkan dengan tatakelola kerajaan yang baik? Melantik anak sendiri sebagai Penasihat PM? Inikah pengisian konsep Malaysia Madani? Padanlah.

Memang betul orang kata PKR-parti keluarga dan rakan. Keluarga Anwar dulu tau… Anwar Perdana Menteri (PM), Wan Azizah Ahli Parlimen (MP), Nurul Izzah Penasihat PM.

Anwar PM, Anwar Menteri Kewangan, anaknya Nurul Izzah Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada PM.

Mana integriti? Ini salah guna kuasa. PKR ingat mereka menang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) boleh buat apa depa suka?

Ke hulu ke hilir sebut tatakelola kerajaan yang baik, good governance, kemudian lantik anak sendiri jaga Kementerian Kewangan (MOF).

Anak Brother kalau tak ada gaji 1 tahun pun duit 7 keturunan tak habis makan... klau rakyat marhean 1 bulan tak ada gaji kebulur anak bini tak makan.... tak.bayar elaun hanya sekadar alasan palsu saja..

Ini rupanya masyarakat madani tiru super nepotisme Mr Lee Kwan Yew@DAP family tree di Singapura dan Malaysia.?

Anonymous said...

Boss sebuah syarikat peruncitan terkenal yg punyai puluhan tahun pengalaman bertanya kat menteri formula songsang, harga barang mentah apa yang dah turun tu? Ayam, ikan, ketam, daging? Sehingga kini rakyat masih tertunggu2 jawapan menteri formula songsang tu?

Anonymous said...

InsyaAllah gelombang hijau akan bersemarak dibumi Selangor, N Sembilan dan P Pinang tak lama lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails