Wednesday, December 21, 2022

Rogol bawah umur P.Pinang membimbangkan. Lagi mangsa konsert London.

 

1. Jenayah rogol remaja bawah umur di Pulau Pinang membimbangkan

SEBANYAK 77 kes jenayah rogol daripada 96 kes yang dilaporkan di Pulau Pinang antara Julai 2021 hingga November tahun ini adalah melibatkan remaja bawah umur atau juvana.

Statistik itu menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, adalah sesuatu yang agak membimbangkan apatah lagi kebanyakan kes melibatkan pesalah juvana tersebut membabitkan individu yang dikenali mangsa.

“Kebanyakan jenayah rogol ini didapati dilakukan oleh suspek yang dikenali mangsa yang mana ini secara tidak langsung memberi gambaran faktor seks bebas terlalu berleluasa dalam kalangan mereka yang di bawah umur ketika ini,” katanya.

Mohd. Shuhaily berkata demikian kepada pemberita selepas sesi townhall anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang yang bertajuk ‘Remaja dan Jenayah : Isu dan Cabaran’ di Dewan Budaya di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel dalam program tersebut ialah pakar motivasi, Mohamed Hanafiah Malek; Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamad dari Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM serta Datuk Dr. P. Sudramoothy selaku moderator program.

Menurut Mohd. Shuhaily, demografi yang terlibat dengan jenayah rogol itu juga menunjukkan mereka terdiri daripada remaja daripada kelompok B40.

“Apa yang kita bimbangkan ialah bagaimana dengan nasib mangsa, stigma masyarakat dan apa jalan penyelesaian kepada isu ini.

“Kita bimbang apabila remaja yang terlibat menjadikan hal ini satu perkara yang biasa bagi mereka dan lama-kelamaaan mereka bangga dengan jumlah lelaki yang mereka kenali pula,” katanya.

Tambah Mohd. Shuhaily, secara keseluruhan juga statistik jenayah terutama melibatkan pesalah juvana di Pulau Pinang juga agak membimbangkan yang mana seramai 1,251 orang ditahan sejak Julai tahun lalu hingga November tahun ini.

Jelas beliau, mereka yang ditahan itu berusia 10 hingga 19 tahun dan terdiri daripada 86 peratus lelaki iaitu 1,078 orang manakala selebihnya perempuan.

“Statistik pelaku jenayah yang ditahan di dalam lokap adalah seramai 392 orang terdiri daripada 377 lelaki (96 peratus) dan 15 perempuan (empat peratus),” katanya.


2. Mangsa kedua rempuhan konsert London meninggal dunia   

Anggota polis berkawal di lokasi kejadian rempuhan konsert di Akademi Brixton, London membabitkan penyanyi Asake yang menyebabkan dua kematian . - Foto Agensi

LONDON: Mangsa kedua dalam insiden rempuhan konsert muzik di Akademi Brixton, London, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, semalam.

Menurut polis, pengawal keselamatan, Gaby Hutchinson, 23, yang sedang bertugas pada acara itu meninggal dunia di hospital awal pagi semalam.

Beliau adalah seorang daripada tiga mangsa yang cedera parah sebelum persembahan oleh penyanyi Afrobeats Nigeria dan penulis lirik, Asake, pada Khamis lalu.

Polis London berkata, ketika kejadian sebilangan besar penonton cuba meluru masuk ke acara itu.

Pegawai kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rakaman telefon dan bercakap dengan saksi untuk memahami situasi yang berlaku ketika kejadian.

Sabtu lalu, polis berkata, seorang lagi mangsa, Rebecca Ikumelo, 33, meninggal dunia akibat kecederaan dialami di hospital.

Ketua penguasa Perkhidmatan Polis Metropolitan London, Colin Wingrove, dalam satu kenyataan, semalam berkata ia adalah berita yang mendukacitakan bahawa mangsa kedua meninggal dunia berikutan peristiwa Khamis lalu.

Asake dan Akademi Brixton menerusi ciapan di Twitter masing-masing mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Ikumelo selepas berita kematiannya disiarkan. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rogol bawah umur P.Pinang membimbangkan. Lagi mangsa konsert London.

Sebelum ini, berlaku tragedi, 4 parah rempuhan konsert di London. Perkara begini selalu berlaku. Kerana itu kita berpendapat amat perlu dikaji semula dan diperbetulkan. Kalau di negara umat Islam, perlu diislahkan konsep dan aktiviti hiburan yang bersesuaian menurut syariah agama Islam.

 Kerajaan PM10 patut ambil perhatian. Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Penjelasan Datuk Awang Hashim bahawa PAS tidak terlibat dalam keputusan menaikkan cabutan khas judi ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini diakui oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata: “Saya kecualikan PAS di sini, saya tahu kalaulah umpamanya…saya percaya kalau dibentangkan di jemaah menteri, sahabat-sahabat dari PAS akan membantah keras,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anonymous said...

Bangkai gajah boleh tanam bro..Bangkai lgbt mana nak di sorok brother? UMNo jugak yang bodoh..!!

Melalui MoU itu, kesemua ahli Parlimen BN termasuk 26 daripada UMNO MESTI menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menyokong usul yang dibentangkan kerajaan.

Ia bermakna ahli-ahli Parlimen BN/UMNO bagaikan ‘ditutup mulut’ dan ‘diikat tangan’ untuk membuat keputusan sendiri. Mereka perlu mengikut rentak politik PH.

Kalau membantah, ‘hukumannya’ mereka boleh kehilangan kerusi Parlimen yang disandang. Walaupun pakar-pakar perundangan menganggap MoU itu tidak berperlembagaan namun ia ia tidak mampu menutup hakikatnya bahawa UMNO kini ‘sudah kehilangan segala-galanya’.

Sudahlah prinsip,dasar dan ketetapan parti sekadar menjadi ‘hiasan’, kini hala tuju UMNO pula semakin bercelaru. Dengan menjalinkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan diterajui PH yang DAP memiliki kerusi terbanyak ‘suara’ UMNO akan terus tenggelam.

Perlu diingatkan kerajaan pimpinan Anwar mempunyai majoriti dua pertiga, maknanya 148 kerusi, kalaupun BN menarik diri (sesuatu yang tak mungkin berlaku) – Anwar masih ada sokongan 118 ahli Parlimen.

Maknanya, peluang untuk suara UMNO dipinggirkan amat tinggi. Kalau itu berlaku apa lagi yang UMNO ada? Sudahlah kalah teruk akibat ditolak rakyat dalam PRU, ‘tangan pula terikat’ dengan MoU. Bijak sungguh kepemimpinan UMNO membuat percaturan.

Apa akar umbi boleh buat? Mereka tidak boleh berbuat apa-apa sebaliknya hanya menonton sahaja ‘percaturan’ politik kepemimpinan atasan yang ‘Bersatu Bersama PH’, ‘Bersetia Dengan Anwar’ dan “Berkhidmat Bersama-sama DAP’..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails