Thursday, December 22, 2022

Sarkas Parlimen? & Dayangku Intan sertai PAS.

 

1. Sampai bila rakyat mahu tonton sarkas Parlimen?

Seorang rakan Facebook menulis: “On aje TV, rasa macam tengok sarkas pulak pagi ni!”

Ringkas sahaja tulisannya. Setiap orang yang membaca hantaran Facebook tersebut sudah tahu apa yang beliau maksudkan. Sarkas menurut Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud “sekumpulan penghibur yang terdiri daripada akrobat, badut serta binatang terlatih yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat persembahan.”

Beliau barangkali merujuk kepada perangai segelintir ahli-ahli Parlimen yang menghadiri Sidang Parlimen yang bermula semalam. Apa yang beliau lihat itu adalah pengulangan apa yang pernah berlaku dalam sidang-sidang sebelum ini iaitu satu “pertunjukan sarkas” yang disaksikan secara langsung oleh berjuta-juta penonton di rumah.

Pertunjukan tersebut bermula sejurus selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul berucap. Belumpun sempat YDPR bercakap ahli Parlimen mula beraksi. Mereka membangkitkan tentang Peraturan Mesyuarat.

Sampai kepada satu tahap, segelintir ahli-ahli Parlimen kerajaan sendiri menjadi begitu keterlaluan apabila memekik-mekik ketika rakan-rakan mereka yang lain. Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri pun turut meminta ahli-ahli Parlimen Hulu Langat parti AMANAH (PH) duduk tapi dia masih terjerit-jerit dengan kata-kata makian beruk, beruk beruk.

Rakaman video perbuatan mereka itu tular dengan begitu cepat dalam pelbagai platform media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan ia sebagai biadab dan tidak tahu menghormati sidang parlimen.

Suasana yang sama juga terus berlaku pada sesi esok, walapau PM10 menukar rentak perbahasan menjadi alim (ANWAR NI BOLEH BERUBAH APA BENTUK... Tok Sami pun dia boleh lakon) dan menyalahkan pembangkang dalam banyak hal.

Gelagat ahli-ahli Parlimen ini memang menghiburkan. Mereka secara tiba-tiba menjadi sekumpulan penghibur kepada berjuta-juta rakyat Malaysia walaupun mereka bukan akrobat, badut atau binatang terlatih yang menjelajah dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat persembahan! (
SHS)


2. LESTARI alu-alukan Dayangku Intan sertai PAS  

 KUALA LUMPUR: Lujnah Kesenian dan Kebudayaan PAS Pusat (LESTARI) mengalu-alukan penyertaaan Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang juga sangat dikenali sebagai Dayangku Intan, seorang penyanyi terkemuka tanah air era 1980-an, ke dalam parti PAS.

LESTARI dalam satu keyataan hari ini juga amat mengalu-alukan dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan beliau dalam kerja-kerja seni dan kebudayaan yang patuh syariah pada masa-masa akan datang.

“LESTARI merupakan sebuah platform atau wadah untuk menghimpunkan anak-anak seni yang berhijrah untuk kita mengadakan pelbagai pengisian rohani di mana usrah-usrah anak seni dipimpin oleh naqib-naqib yang berwibawa di tanah air kita,” ujar kenyataan itu.

Justeru, LESTARI berharap semoga Dayangku Intan akan terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Semalam, Dayangku Intan bersama Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin dan rakan-rakan secara rasminya telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada PAS Kawasan Seremban.

Beliau yang bermastautin di Lenggeng sebelum ini merupakan ahli PKR. – HARAKAHDAILY 18/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sarkas Parlimen?  & Dayangku Intan sertai PAS.

Pun al-hamdulillah!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails