Friday, December 23, 2022

Perangi inflasi, mampukah M'sia ikut Turkiye? Argentina Vs France, Islam menang..

 

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. - Foto AFP

1. Turkiye naikkan gaji minimum buat kali ketiga bagi memerangi inflasi

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini mengumumkan kenaikan gaji minimum kali ketiga dalam setahun, dalam usaha cuba memerangi lonjakan harga pengguna menjelang pilihan raya.

Lebih 40 peratus tenaga kerja di Turkiye memperoleh pendapatan terendah yang dibenarkan oleh undang-undang.

Erdogan bergantung kepada sokongan golongan pekerja untuk naik ke tampuk pemerintahan hampir dua dekad lalu dan memerlukannya sekali lagi untuk memastikan pemilihan semula dalam pilihan raya yang dijangka menjelang Jun tahun depan.

Bagaimanapun golongan miskin Turkiye, paling teruk dilanda krisis ekonomi yang menyaksikan kadar inflasi tahunan rasmi mencapai 85 peratus.

Hari ini, pemimpin Turkiye itu berkata negara akan meningkatkan gaji bulanan kepada minimum 8,500 lira (RM2,014).

Gaji minimum pada Disember 2021 adalah 2,826 lira (RM670) dinaikkan kepada 4,253 lira (RM1,008) pada Januari lalu dan kemudian kepada 5,500 (RM1,303) pada Julai lalu.

Krisis ekonomi terkini Turkiye bermula apabila Erdogan yang menentang kadar faedah tinggi, memaksa bank pusat untuk menurunkan harga pengguna yang tinggi secara kronik dengan menurunkan kos pinjaman.

Teori ekonomi konvensional menggesa penggubal dasar untuk melawan inflasi dengan mengekang permintaan dan menaikkan harga perniagaan melalui kadar faedah yang lebih tinggi.

Pendekatan Erdogan mencetuskan krisis mata wang yang menyaksikan lira kehilangan hampir separuh nilainya dalam masa beberapa minggu, akhir tahun lalu.

Kerajaan bertindak balas dengan membelanjakan rizabnya untuk menyokong mata wang dan mengenakan peraturan ekonomi yang kompleks bertujuan mengawal inflasi.

Erdogan, hari ini, berjanji inflasi akan menurun kepada 20 peratus menjelang akhir tahun depan.

"Kita akan menyaksikan penurunan kadar inflasi yang pesat mulai bulan ini," katanya.

Bank pusat itu dijangka mengekalkan kadar faedah pada sembilan peratus.

Kadar inflasi rasmi Turkiye sebanyak 84.39 peratus bermakna bank kehilangan 75.39 peratus nilai pinjaman jika mereka meminjamkan wang selama setahun pada kadar faedah rasmi. - AFP


2. Argentina kini di tangga kedua ranking dunia  

Lautan manusia meraikan kejayaan Argentina merangkul Piala Dunia Qatar 2022 bersama pemain yang berarak menaik bas di Buenos Aires, Argentina kelmarin. - Foto AFP

PARIS: Juara dunia 2022, Argentina melonjak ke tangga kedua senarai ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) diumumkan hari ini manakala Brazil yang terkandas di suku akhir Qatar 2022 masih terus kekal di persada.

Argentina dikemudi bintang dunia, Lionel Messi yang merangkul kejuaraan Piala Dunia di Doha pada Ahad lalu, meningkat satu anak tangga manakala naib juara, Perancis turun tempat ketiga. Belgium yang sebelum ini di tangga kedua, jatuh ke tempat keempat.

Aksi final Piala Dunia minggu lalu terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 selepas masa tambahan. Mengikut peraturan FIFA, jika perlawanan itu dimenangi dalam tempoh 90 minit, pasukan berkenaan akan dapat memintas Brazil di puncak ranking.

Croatia yang menduduki tempat ketiga di Doha melonjak ke tangga ketujuh daripada 12 sebelum ini manakala pasukan ditangga keempat, Maghribi kini berada di tempat ke-11 iaitu tertinggi pernah dikecapi oleh sebuah negara Afrika.

Ranking 10 teratas FIFA:

1. Brazil - 1840.77 mata

2. Argentina - 1838.38

3. Perancis - 1823.39

4. Belgium - 1781.30

5. England - 1774.19

6. Belanda - 1740.92

7. Croatia - 1727.62

8. Itali - 1723.56

9. Portugal - 1702.54

10. Sepanyol - 1692.71

- AFP


3. Piala Dunia Argentina Vs France, Islam yang menang



Kuliah ini adalah rakaman kuliah maghrib yang berlangsung di Masjid Selayang Baru, Selayang pada 16 Disember 2022. Dalam kuliah ini Yang Berbahagia Ustaz Dr Mat Rofa membahaskan tentang apa yang terjadi di Qatar pada Piala dunia Fifa 2022 yang lalu.

Apa yang dipamerkan di qatar adalah satu kemenangan buat umat Islam. Pihak penganjur berjaya mempamerkan keindahan islam buat semua peminat bola di seluruh dunia. Apa yang Qatar pamerkan adalah berbeza dengan apa yang di tuduh oleh media barat.

Akhirnya ustaz membuat kesimpulan, walau siapa pun yang menjuarai Fifa 2022, namun disebaliknya adalah kemenangan yang besar buat Islam. Semoga kuliah ini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua. dan mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami dalam usaha kami untuk menyebarkan cahaya Nabi buat semua umat Baginda Sallallahu alaihi wasallam. (1media.my)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perangi inflasi, mampukah M'sia ikut Turkiye? Argentina Vs France, Islam menang..

Mengapa Argentina Vs France, Islam menang?

Apa yang dipamerkan di Qatar adalah satu kemenangan buat umat Islam. Pihak penganjur berjaya mempamerkan keindahan islam buat semua peminat bola di seluruh dunia. Apa yang Qatar pamerkan adalah berbeza dengan apa yang di tuduh oleh media barat.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails