Thursday, December 22, 2022

Usul percaya lulus dengan undian suara, Anwar kekal PM

 


1. Usul percaya lulus dengan undian suara, Anwar kekal PM

Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim lulus dengan undian suara petang ini.

Keputusan itu dicapai setelah speaker Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi.

Dengan keputusan itu, Anwar kekal sebagai perdana menteri, kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah jawatan selepas membentuk kerajaan perpaduan dengan BN dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Melalui undian suara, anggota parlimen perlu berkata “setuju” atau “tidak bersetuju” terhadap sesuatu usul.

Terdahulu, parlimen membahaskan usul itu terlebih dahulu.

Dalam sesi itu, anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) Shahidan Kassim (Arau) mencadangkan gabungan itu tidak mengambil bahagian dalam pengundian.

Katanya, tiada keperluan berbuat demikian kerana Yang di-Pertuan Agong sudah pun melantik Anwar.


2 comments:

Wak sedali said...

Aku pengundi dan penyokong Umno dari Johor...namun sangat kecewa kepada president parti yang belot kepada ahli dan sanggup lelong wakil yang kami pilih/sokong kepada parti lawan yang dikutuknya.
PRU akan datang tahulah kami mengajarnya atau lupuskan terus nyawa parti ini. Manakala wakil rakyat betina gemok dari Johor pun satu hal...berlagak hebat padahal tumpang parti orang...muka tak tau malu!!!. Persoalannya adakah rakyat Johor mahu lagi kepada parti dan betina gemok yang kencing kepala mereka????Tunggu nanti kau!!!!

Anonymous said...

Menang dengan cara mengugut...tak bertelor rupanya PM10 ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails