Monday, December 19, 2022

Gabungan semalam tidak sah -Muhyiddin. ‘paksa’ sokong, & tentang..


Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

1. Perjanjian persefahaman kerajaan tak berperlembagaan, tak sah - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan perjanjian persefahaman yang ditandatangani gabungan parti kerajaan, semalam, sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata kandungan dalam perjanjian bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ahli-Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusi hanya apabila mereka melompat parti.

Katanya, undang-undang anti lompat parti yang mula berkuat kuasa pada Oktober lalu tidak menghalang hak dan kebebasan Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengundi di Dewan Rakyat.

"Tidak ada mana-mana bahagian dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki seorang Ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusinya jika beliau tidak menurut arahan parti dalam pungundian mana-mana usul atau rang undang-undang.

"Malah, hal ini dinyatakan dengan jelas dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, perjanjian yang tidak berperlembagaan itu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin beliau akan mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Sekiranya beliau yakin, katanya, tidak perlulah beliau mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan ini.

"Lebih daripada itu, saya bimbang sekiranya perjanjian ini dianggap sah, kerajaan pimpinan PH akan memaksa Ahli-Ahli Dewan Rakyat mereka mengundi usul-usul atau Rang Undang-Undang (RUU) lain pada masa akan datang, termasuk yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan.

"Ini kerana, seperti didakwa oleh Perdana Menteri, beliau telah pun mempunyai sokongan 148 Ahli Dewan Rakyat, iaitu genap majoriti dua pertiga Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang membolehkan pindaan Perlembagaan dibuat," katanya.

Muhyiddin berkata, sekiranya perjanjian persefahaman yang berunsur kediktatoran ini dianggap sah, tidak mustahil pindaan Perlembagaan yang bertentangan dengan naluri Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan nilai masyarakat di negara ini akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa.

"Rakyat Malaysia tentunya tidak mahu pilihan raya yang diadakan secara bebas, adil dan demokratik akhirnya menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak demokratik," katanya.

Empat gabungan politik memeterai perjanjian dengan Pakatan Harapan (PH), semalam bagi mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan Anwar.

Semua gabungan politik itu diwakili pemimpin tertinggi masing-masing iaitu Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, manakala PH, diwakili Anwar sebagai Pengerusinya.


2. PH-BN ‘paksa’ ahli parlimen sokong undi percaya Anwar 

Dr Zulkeflee Yaacob

KOTA BHARU: Tindakan kerajaan PH-BN memaksa setiap ahli parlimen yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini dianggap bertentangan dengan kebebasan bersuara setiap ahli parlimen.

Akademia Psikosiolinguistik dari UPSI, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, tindakan itu memperlihatkan pelanggaran hak amalan demokrasi dan memperlihatkan kepincangan terdesak perdana menteri mahu mengekalkan kuasa eksekutif.

Katanya situasi itu berlaku kerana tiada blok parti yang mendapat majoriti mudah untuk menubuh kerajaan Persekutuan selepas PRU15.

“Sedangkan sebelum itu Tan Sri Muhyiddin telah menghantar SD yang mendakwa cukup sokongan tetapi Pengerusi BN memohon menangguh titah agar dilanjutkan waktu. Sedangkan tindakan itu suatu pelanggaran yang mencetuskan polemik.

“Tindakan Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara tentang parti yang ‘mungkin’ mendapat mandat minimum 115 daripada 222 kerusi parlimen berlandaskan perlembagaan,” katanya di sini.

Semalam, parti komponen yang menyokong Anwar ‘dipaksa’ menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang anti lompat parti melalui akta-akta secara kumulatif.

Pada perjanjian tersebut setiap ahli parlimen yang menyokong Anwar mesti mengundi percaya kepadanya. Dan ahli parlimen yang gagal, enggan atau cuai dari berbuat sedemikian dikira melanggar tanggungjawab sebagai ahli parlimen secara individu kepada parti yang diwakili mereka.

Pelanggaran itu sekali gus akan menyebabkan mereka diberhentikan daripada menjadi ahli parlimen serta kerusi beliau juga akan dikosongkan mengikut kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli parlimen yang bertindak sedemikian juga dikehendaki untuk mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut.

Dr Zulkeflee juga berkata, penubuhan kerajaan perpaduan tidak pernah ada dalam teks tiga halaman yang dikeluarkan Istana Negara sebelum ini.

“Dari segi kamus, kosa kata perpaduan ialah penyatuan sesebuah masyarakat atau pun kumpulan dan jiran mereka.

“Dalam konteks ini, kata campuran atau gabungan lebih tepat berkaitan suasana di lapangan namun pandangan dari sudut politik sering silang kata dengan makna realiti,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/12/2022


3. MP UMNO, BN masih boleh tentang undi percaya, usul kerajaan  


Ahli Parlimen (MP) yang sekarang ini berpihak kepada kerajaan PH-UMNO pimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menentang usul, termasuk undi percaya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata paling teruk risiko sekiranya MP terbabit tidak menyokong sebarang usul dibawa kerajaan ialah kehilangan kerusi Parlimen, namun jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan maka Perikatan Nasional sedia membantu.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional itu berkata MP yang disingkirkan kerana tidak menyokong usul kerajaan masih boleh bertanding jika PRK diadakan.

“Kepada MP-MP UMNO/BN yang masih punya hati dan prinsip untuk tidak berteduh di bawah kerajaan yang diketuai PH, mereka masih boleh menentang usul kerajaan di dalam Parlimen.

“Paling teruk risiko yang dihadapi ialah hilang kerusi. Namun, mereka boleh bertanding semula jika diistiharkan pilihan raya kecil,” katanya dalam satu kenyataan ketika mengulas syarat yang dikenakan kerajaan PH-UMNO kepada semua MP yang menyokong kerajaan.

Terdahulu PH yang turut dianggotai DAP, mengukuhkan cengkaman ke atas semua MP yang menyokong pembentukan Kerajaan Persekutuan, dengan mewajibkan mereka memberi sokongan dalam setiap usul yang dibawa di Dewan Rakyat.

Kegagalan MP terbabit memberi sokongan atau undi kepada Anwar atau usul dibawa kerajaan di Parlimen sehingga memberi kesan kepada keabsahan Kerajaan Pusat, dikira sebagai pelanggaran yang dianggap sebagai perletakan jawatan atau pemberhentian daripada menjadi ahli Parlimen.

Perkara itu terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani pemimpin-pemimpin parti gabungan yang membentuk Kerajaan Pusat hari ini (16 Disember 2022).

Kegagalan, keengganan atau kecuaian daripada berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada parti itu, yang dianggap sebagai perletakkan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS berkata Perikatan Nasional sedia memberi peluang kepada MP terbabit sekiranya PRK diadakan.

“Dengan mood rakyat seperti di Padang Serai, tidak mustahil mereka boleh menang semula. Tetapi, jika mahu teruskan untuk menyokong kerajaan campuran Pakatan Harapan/Barisan Nasional, terpulanglah,” katanya.

Komen weblog Ibnu HasyimGabungan semalam tidak sah -Muhyiddin. ‘paksa’ sokong, & tentang undi percaya..

Tunggu Isnin ini...

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Hari ini umum tiada lantikan politik, esok Amat Jazlan jadi Pengerusi FELCRA.. saya ulangggg...!

Bukan sehari bukan seminggu bukan 24 hari saya ulangggg... esok ke putar jaya esok kita lamtik Amat Jazlan pengerusi Felcra..

Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mengumumkan bahawa perkhidmatan lantikan politik dalam badan berkanun di peringkat kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan serta merta?

Lantikan politik kononnya ditamatkan, lepas itu Zahid umum pelantikan kembali Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi FELCRA

Bukan main lagi naratif pujian yang diwa-warkan oleh laskar-laskar siber pro-PKR dan UMNO di media sosial, kononnya Anwar berhati besar dan ‘serius’ melakukan reformasi dalam pentadbiran.

Dolu rakyat teriak kuat kuat

'Kita Jaga Kita'

Sekarang kena bisik pelan pelan cakap

'Jaga Montot, jaga montot'

Saya ulangggg...



#jagamontotjagamontot

Anonymous said...

Bro An atas katil pun pandai putar belit. Takkan dalam politik tak pandai putar belit. Kuasa tertinggi pun kena putar belit dengan bro An. Apatah lagi hal mou. Sekali putar belit, selama nya putar belit.

Ingat lagi fotostat gelap. Ingat lagi isu monggolia. Yang kena bahan ajib, tapi yang kena bayar pampasan ajak baginda. Kan ker putar belit namanya. Sepatutnya jika ajib yang kena bahan, ajib juga yang bayar pampasan.

Begitu lah qualiti bro An. Sekali putar belit, sepanjang karier politiknya putar belit. Atau putar alam.

Sumpah keramat.
Hari ini jadi kerajaan, esok harga minyak turun.
Hari ini jadi kerajaan, esok mou tanda tangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails