Sunday, December 18, 2022

HAMAS runding tukar tahanan. M'sia integrasi pasca PRU15.

 

Penyokong Hamas menyertai perhimpunan ulang tahun ke-35 penubuhan Hamas di Gaza City. - Foto AP

1. Hamas bersedia tamatkan rundingan tukar tahanan dengan Israel

GAZA CITY: Hamas bersedia menamatkan rundingan pertukaran tahanan dengan Israel melainkan terdapat kemajuan mengenainya dalam masa terdekat, kata ketua kumpulan pejuang itu di Semenanjung Gaza.

"Dalam menghadapi pendudukan Israel, kami mengumumkan bahawa kami memberi mereka masa terhad untuk memuktamadkan perjanjian ini.

"Jika tidak, kami akan menutup kes empat tawanan musuh selama-lamanya," kata Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar ketika penampilan umum yang jarang berlaku sempena perhimpunan ulang tahun ke-35 penubuhan kumpulan itu.

Sejak pencerobohan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 2014, kumpulan ini didakwa menahan mayat tentera Israel, Oron Shaul dan Hadar Goldin, walaupun Hamas tidak pernah mengesahkan kematian mereka.

Awal tahun ini Hamas menyiarkan video seorang penduduk awam Israel yang ditahan selama tujuh tahun di kawasan itu. Seorang lagi orang awam juga dipercayai ditahan kumpulan itu selepas memanjat tembok ke Gaza pada 2014.

Tiada hubungan rasmi antara kedua-dua pihak dengan Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menjadi orang tengah.

Sinwar berkata rundingan tidak langsung berhubung pertukaran tahanan terganggu kerana pilihan raya di Israel.

Benjamin Netanyahu berada di puncak untuk membentuk kerajaan paling sayap kanan Israel, terdiri daripada puak yang bersikap agresif terhadap Palestin.

Ahli politik veteran itu menjadi perdana menteri pada 2011 apabila Israel membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin, sebagai pertukaran untuk tentera Gilad Shalit yang ditahan oleh Hamas selama lima tahun.

Israel mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas Gaza sejak 2007, apabila Hamas mengambil alih kuasa di kawasan itu.

Tentera Israel dan pejuang Gaza telah bertempur dalam empat peperangan sepanjang sekatan, selain konflik selama tiga hari pada Ogos yang mana 49 rakyat Palestin terbunuh. - AFP


2. Masa depan integrasi nasional pasca PRU15 

PRU ke-15 secara jelas memaparkan polarisasi undi mengikut kaum terutama di Semenanjung. Kaum Melayu terutama di kawasan negeri-negeri lingkaran Melayu jelas memberi sokongan kepada PN, sehingga PN menawan beberapa kerusi tradisi BN dan PH meskipun berlaku pertembungan tiga penjuru.

Sebagai contoh di Parlimen Alor Setar, PN dianggarkan meraih 74 peratus sokongan kaum Melayu. Di Padang Serai yang baru dilakukan pengundian minggu lepas, dianggarkan PN memperolehi 87 peratus undi kaum Melayu. Jelas sekali berlaku gelombang besar sokongan pengundi Melayu terhadap PN di negeri-negeri ini.

Di kawasan bandar dan sub-bandar sekitar Lembah Klang pula pola pengundian kaum Melayu juga tidak kurang tingginya kepada PN. Petunjuk yang jelas berkaitan gelombang ini dapat dilihat terhadap pertambahan besar undi yang diperolehi oleh calon-calon PN di  kerusi-kerusi bermajoriti Melayu di kawasan-kawasan bandar seperti Wangsa Maju dan Setiawangsa. Di kawasan-kawasan sub-bandar sekitar Lembah Klang ada kerusi yang dimenangi oleh PN seperti Kuala Langat dan Kapar. Dianggar sokongan pengundi Melayu kepada PN di Kuala Langat mencapai sehingga 72 peratus dan di Kapar dianggarkan 59 peratus.

Bagi kaum bukan-Melayu pula, jelas sekali di dalam PRU ke-15 mereka memberikan undi kepada PH. Di seluruh Semenanjung sokongan kaum Cina terhadap calon-calon PH dianggarkan mencecah 90 peratus atau lebih. Manakala sokongan pengundi India terhadap PH pula melebihi 80 peratus. Secara umum, peratusan sokongan kedua-dua kaum Cina dan India terhadap PH semakin bertambah berbanding PRU ke-14 yang lalu. Selebihnya sokongan kaum bukan-Melayu di Semenanjung pergi kepada BN dan hampir sifar pergi kepada PN. Jelas sekali, PH menang disebabkan sokongan pengundi-pengundi bukan-Melayu.

Melihat kepada pola pengundian mengikut kaum di dalam PRU ke-15, khususnya di Semenanjung, ketara sekali dapat dilihat polarisasi undi mengikut kaum. Kaum Melayu lebih cenderung mengundi PN, manakala kaum bukan-Melayu lebih cenderung mengundi PH. Boleh jadi sekiranya pola itu bercampur-campur, BN berpotensi memenangi lebih banyak kerusi berbanding 30 sekarang. Pola pengundian mengikut kaum ini di dalam PRU ke-15, secara tidak langsung menjadi petunjuk (indicator) berlakunya perpecahan kaum di dalam politik Malaysia. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengetahui mengapa polarisasi ini berlaku.

Pasca PRU ke-14 tahun 2018 yang lalu, telah memaparkan kecenderungan politik di Sabah dan Sarawak juga telah berubah. Pengundi-pengundi di Sabah dan Sarawak mula dipengaruhi oleh sentimen kewilayahan, sehingga menekan parti-parti di kedua-dua negeri ini keluar dari gabungan politik nasional. Gabungan politik bercitrakan tempatan telah dibentuk seperti GPS dan GRS. Citra nasional tidak lagi mendapat sambutan di Sabah dan Sarawak, selepas parti-parti di kedua-dua negeri itu keluar dari BN. Hari ini, gabungan politik dari Sabah dan Sarawak menjadi penentu gabungan mana di Semenanjung yang boleh membentuk kerajaan.

Sama ada disedari atau tidak perkembangan polarisasi undi berdasarkan kaum di Semenanjung dan pengaruh kewilayahan yang semakin kuat di dalam politik Sabah dan Sarawak, memberi petunjuk kedudukan integrasi nasional sedang tergugat. Situasi ini sebenarnya telah bermula sejak PRU ke-12 tahun 2008 lagi, dan ia memuncak dalam PRU ke-15 baru-baru ini. Sudah pasti perkembangan seperti ini, perlu mendapat perhatian semua pihak supaya persoalan perpaduan kaum dan integrasi nasional dapat ditangani segera. Ia adalah seperti bom jangka yang boleh meletup apabila sampai masanya sekiranya tidak dipadamkan segera.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI – HARAKAHDAILY 14/12/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimHAMAS runding tukar tahanan. M'sia integrasi pasca PRU15.

Apabila dikatakan 'Gelombang Hijau' mula menyinari sinarnya dilangit negara ini lepas PRU15, maka musuh-musuh Islam mengimport pula reformasi 'gelombang merah' dari timur, dengan alasan menghadang gelombang dari barat. 

Apakah umat Islam akan tersepit antara 2 gelombang ni? 

Tidak, kerana tanda-tanda kemenangan Islam ialah berjaya meletakkam perjuangan Islam tetap pada sasarannya. Mengenal siapa musuh kita sebenarnya. Itu sudah suatu kemenangan. Apabila perjuangan yang 'hak' kita, mula ditekan dan ditindas, itu juga satu lagi kemenangan. Kerana keberhasilan perjuangan kita sudah mula terserlah.

Oleh itu, ingatlah pesan Rasulullah SAW, bahawa akan muncul dalam kalangan umat Islam pada akhir zaman:

‌إِنَّ ‌مِنْ ‌ضِئْضِئِ ‌هَذَا، ‌قَوْمًا يَقْرَءُونَ القُرْآنَ، لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنَ الرَّمِيَّةِ، يَقْتُلُونَ أَهْلَ الإِسْلَامِ، وَيَدَعُونَ أَهْلَ الأَوْثَانِ، لَئِنْ أَدْرَكْتُهُمْ لَأَقْتُلَنَّهُمْ قَتْلَ عَادٍ.

“Sesungguhnya, di belakang golongan ini akan muncul keturunan atau kumpulan daripada kalangan (yang mengaku Islam)... 

-yang membaca al-Quran sekadar di kerongkongannya sahaja. 

-Dalam keadaan mereka meninggalkan Islam, laksana anak panah keluar menuju sasarannya. 

-Mereka akan menentang orang Islam 

-dan membiarkan kaum penyembah berhala (Musyrikin) yang menjadi musuh Islam. 

Sekiranya aku berkesempatan (dipanjangkan umur) menemui mereka, nescaya aku menentangnya laksana menentang kaum ‘Ad (yang dilaknat Allah).” (Riwayat al-Bukhari no. 7432 dan Muslim no. 1064)

Sekian.

  • PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

Kerisauan siang kit pada gelombang hijau bukan perkara baru. Lama dah. Masa nak buat hudud kat kelantan, mereka bantah. Hukum Islam untuk orang Islam pun mereka bantah. Apa hal. Risau gelombang hijau terlalu awal waktu itu.

Mereka datang sini, mereka pulak nak menentukan arah tuju orang melayu. Usaha mereka agak berjaya. Pecah belahkan orang melayu. Pecah belahkan pas untuk tertubuhnya pan. Rasuahkan pimpinan umno supaya umno berpecah belah pimpinan dan akar umbi. Contoh perak dan pahang.

Orang melayu dan Islam tak boleh lagi berharap kepada ph. Kapal yang dinaiki bersama, nakhodanya dap. Walaupun dap sikit dalam kerajaan, suara siang kit adalah suara ph.

Untuk kekal bumiputera dan Islam sebagai yang termaktub dalam perlembagaan, rakyat perlu bersama dengan gelombang hijau. Tinggal ph yang kini komponennya adalah penyamun. Penyvamun tarbus dan empat puluh penyamun.

Hoi
Hoi ya hoi.

Anonymous said...

Brother Anwar Bin Ibrahim menang atas 100% sokongan dan sokongan kaum Cina dan India. Makna nya apa..!?

Di seluruh Semenanjung sokongan kaum Cina terhadap calon-calon PH dianggarkan mencecah 90 peratus atau lebih. Manakala sokongan pengundi India terhadap PH pula melebihi 80 peratus. Secara umum, peratusan sokongan kedua-dua kaum Cina dan India terhadap PH semakin bertambah berbanding PRU ke-14 yang lalu.

Di kawasan-kawasan sub-bandar sekitar Lembah Klang ada kerusi yang dimenangi oleh PN seperti Kuala Langat dan Kapar. Dianggar sokongan pengundi Melayu kepada PN di Kuala Langat mencapai sehingga 72 peratus dan di Kapar dianggarkan 59 peratus.

Selebihnya sokongan kaum bukan-Melayu di Semenanjung pergi kepada BN dan hampir sifar pergi kepada PN.

Jelas sekali, Brother Anwar Bin Ibrahim dari PH menang disebabkan sokongan pengundi- pengundi bukan Melayu. Makna nya apa.!?

Kaum Cina yang berasimilasi nama Jawa ini berjaya menguasai Indonesia juga melalui proksi tuan mereka iaitu Lee Kwan Yew proksi Yahudi Isreal di Asia Tenggara.

Pengundi Cina hendakkan pemimpin yang boleh hidung dicucuk seperti lembu dan barua mereka supaya tunduk pada kehendak kaum Cina, DAP dan tuan besarnya Mr Lee Kwan Yew@PAP di Singapura sana mewakili proksi elit Isreal Yahudi Asia Tenggara..!!

Anonymous said...

Bukanlah nak campur urusan umno. Tapi sokong sangat kalau umno pupus. Tak susah mana. Kekalkan presiden dan timbalan tanpa pertandingan. Lagi ramai yang akan ca alip but.

Lagi pun kalau ganti presiden dan timbalan, yang ada tokoh ialah abang mail dan mat bangla kj. Nak bangkit seratus peratus susah. Tapi nak elak pupus boleh.

Wak berangan angan nak pulihkan umno. Mana mungkin. Pembersihan dibuat bagi yang menentang presiden. Bukan yang menentang umno.

Akar umbi tolak presiden. Jika presiden masih kekal, akar umbi tolak dua dua. Tolak presiden, tolak parti. Pupus berpunca dari meluat kat presiden.

Anonymous said...

Bro An dan dap kata " ph takkan bekerjasama dengan penyamun"
Umno kata "no anwar no dap"
Sekarang mereka dah dalam satu gabungan.
Tinggal pn terkonteng konteng.
No anwar, no dap, no penyamun.
Semoga slogan slogan ini menyedarkan orang melayu dan yang cintakan keamanan.
Kekal istiqamah dan matang.
Pakat pakat ikut arus perdana.
Gelombang hijau.
Hanya ini pilihan yang ada dan terbaik.

Anonymous said...

Dap memusuhi jutawan melayu.
Bro An dah serang jutawan melayu secara terbuka.
Dap memusuhi Redzuan Tee.
Menteri telivisyen dah gam Redhuan Tee.
Dap memusuhi ustaz.
Syakrani dah keluar arahan larangan berceramah di masjid.
Tungguuuuu.
Ada lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails