Saturday, December 24, 2022

Anwar, petik nama Agong, & ‘mangsa’ politik BN-PH..

 


1. Anwar sengaja petik nama Agong

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, menegur sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sengaja menyebut isu yang jelas melanggar Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Menurutnya, Ahli Parlimen Tambun itu dengan sengaja menceritakan secara terbuka ‘kisah pengampunan’ beliau yang menyentuh keputusan institusi kehakiman berkaitan Peraturan 36(8) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

“Perkara 36(8) menyebut tentang perkara-perkara yang tidak boleh disebut antara lain tentang sifat-sifat Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu serta hakim-hakim di dalam melaksanakan prosedur mahkamah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, membangkitkan mengenai isu pengampunan diraja yang diperolehinya sewaktu membentangkan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Beliau secara terbuka menceritakan secara terperinci kisah pengampunannya bagaimana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menelefonnya semasa beliau berada di pusat rehabilitasi.

Pada April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tuduhan rasuah manakala pada Ogos 2000, beliau dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kerana liwat.

Pada tahun 2004, beliau dibebaskan selepas sabitannya dibatalkan. Bagaimanapun, dipenjarakan sekali lagi pada 2015 kerana kesalahan meliwat sebelum menerima pengampunan diraja dan dibebaskan pada 2018 selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – HARAKAHDAILY 20/12/2022


2. Program khatan dan Piala Dunia juga ‘mangsa’ politik BN-PH  

MARAN: Kerajaan Negeri Pahang masih mengamalkan sentimen politik apabila bertindak membatalkan tempahan dewan bagi majlis khatan dan tayangan skrin besar perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia.

Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Awang Abdul Rahman kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang menarik balik kelulusan menggunakan Dewan Jubli Perak dan Dewan Arena Chenor, di sini.

”Saya dimaklumkan kedua-dua dewan tersebut sebelum ini telah diluluskan oleh Majlis Daerah Maran, namun telah dibatalkan atas arahan langsung daripada kerajaan negeri.

“Apa yang sangat dikesalkan tempahan pada 18 Disember ini di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah Maran itu merupakan majlis berkhatan secara percuma anjuran Ahli Parlimen Maran kepada rakyat di sini,” ujarnya.

Menurut Ustaz Ramli, adalah tidak munasabah setelah tempahan diluluskan kemudian dibatalkan dengan memberi alasan kononnya dewan sedang dibaik pulih. 

“Sikap yang ditunjukkan ini, sangat jelas bertentangan dengan titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah). 

“Baginda pada Istiadat dan Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar baru-baru ini menitahkan supaya kerajaan negeri bersikap amanah dan mengenepikan sentimen politik dalam pentadbiran.

“Minggu lalu telah kita dengar berita tempahan Dewan Tun Temerloh oleh pihak Ahli Parlimen Temerloh juga telah dibatalkan melalui arahan lisan kerajaan negeri, budaya politik apa yang cuba diamalkan Kerajaan BN-PH di Pahang ini?” soalnya.

Sementara itu pula, tempahan oleh Pemuda PAS Cawangan Chenor Bandar di Dewan Arena Chenor pada tarikh yang sama, untuk program tayangan skrin besar perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia turut dibatalkan. 

“Segala persiapan untuk kedua-dua majlis tersebut, termasuk iklannya telah dibuat oleh pihak penganjur,” jelasnya lagi.

Kedua-dua program tersebut terpaksa ditukar ke lokasi lain, iaitu di pekarangan kediaman Ahli Parlimen Maran yang bakal berlangsung seperti tarikh ditetapkan. – HARAKAHDAILY 17/12/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anwar, petik nama Agong, & ‘mangsa’ politik BN-PH..

Politik BN-PH, masih mengamalkan politik lama kampungan yang rendah akhlak.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Jangan jadi pm giler

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails