Sunday, October 16, 2022

Subsidi pulang mengundi.. & PAS kawan paling setia.

 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berswafoto bersama anak-anak Sarawak di Semenanjung yang hadir pada Sesi Sarawak Agenda: Townhall Bersama Premier Sarawak sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2022 di ibu negara. - Foto BERNAMA

1. Pertimbang subsidi anak Sarawak pulang mengundi

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan pemberian subsidi kepada anak Sarawak untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama pimpinan lain.

"Bila pilihan raya saya tidak tahu tapi akan dipertimbangkan. Tauk tauk erti mun balit sine tuju (tahu kalau balik nak ke mana)," katanya.

 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, berucap pada Sesi Sarawak Agenda: Townhall Bersama YAB Premier Sarawak Sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2022 di ibu negara. - Foto BERNAMA

Beliau menjawab soalan anak Sarawak yang belajar di Semenanjung dalam sesi Sarawak Agenda: Town Hall bersama Premier Sarawak di Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) di sini, malam ini.

Abang Johari berkata, sesi libat urus dan persefahaman antara barisan pimpinan pelajar dan kerajaan Sarawak akan diadakan bagi mencari jalan menyelesaikan masalah dihadapi pelajar, termasuk kadar sewa yang mahal.

Beliau berkata, perbincangan akan diadakan bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, untuk menambah satu bangunan di ibu negara dengan kadar sewa munasabah kepada anak Sarawak. 

Suasana pada majlis Sarawak Agenda: Townhall Bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg yang mendapat sambutan anak Sarawak di Semenanjung sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2022. - Foto BERNAMA

LBAS bermula sebagai perkumpulan Ramah Tamah Aidilfitri pada 2008 di Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur yang dianjurkan secara tahunan.

Sambutan menggalakkan daripada anak Sarawak menjadikannya diangkat sebagai program rasmi negeri oleh kerajaan Sarawak pada 2011 dan berterusan sehingga kini.

Tahun inim LBAS dilaksanakan buat kali ke-13 dan menarik penyertaan lebih 6,000 anak Sarawak di Semenanjung, khususnya siswa-siswi yang belajar di sini.

LBAS turut menjadi wadah bagi anak-anak Sarawak menyuarakan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan secara langsung oleh kepemimpinan negeri yang hadir. – BERNAMA


2. PAS kawan paling setia

APABILA Presiden PAS menerangkan berkenaan tindakan dan keputusan PAS bersabit dengan siapa pilihan PAS sebagai rakan dalam PRU nanti, beliau menerangkan dengan jelas fakta politik kerana beliau seorang pakar dalam bidangnya. Dan beliau mengukuhkan dengan ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W, kerana beliau sememangnya berkemahiran berfatwa dan berhukum.

Tetapi dibalas oleh lawan dan musuh PAS dengan penuh kebencian, teori-teori yang cuba menjatuhkan beliau seperti diktator, mengenepikan Perlembagaan PAS dan sebagainya. Hanya kejian, tanpa dalil agama, mahupun yang berkata itu pernah terjun dan bergelumang dengan politik di lapangan.

Itu sahaja kemampuan mereka, tidak mampu memberikan sesuatu yang lebih baik, tetapi hanya kutukan kebencian. Kerana apa? Mudah, kerana mereka tidak berjaya mengajak atau meruntuhkan prinsip dan pegangan Presiden PAS, sebagaimana pengakuan beliau betapa ramai yang memujuknya untuk bersama-sama BN. Bagaikan budak-budak, bila tidak dapat, maka dijelirlah lawannya.

Kentalnya Presiden PAS memegang janji persahabatan dengan BERSATU. Tegasnya beliau mengarahkan ahli PAS membantu PKR semasa bersahabat dengan PAS dahulu. Teguhnya beliau tidak membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat, sehingga PAS ditendang keluar. Inilah contoh orangnya yang Islam mahukan. Berpegang kepada janji, waktu sakit atau senang.

Apabila diberikan jawatan dalam kerajaan, PAS laksanakan dengan begitu tekun. Tiada kritikan dari Perdana Menteri dan juga ahli Kabinet yang lain terhadap PAS sebagai salah satu ahli Keluarga Malaysia. Malah diakui Perdana Menteri bahawa PAS tidak gilakan jawatan dengan tidak pernah mengugut atau menekan Perdana Menteri supaya diberikan jawatan utama sebagaimana parti lain.

Prinsip inilah yang sebenarnya sangat diinginkan oleh parti-parti lain, kerana PAS apabila berkawan, akan memastikan kawannya mendapat pertolongan yang maksima daripadanya. Apatah lagi ketika semua parti-parti di Malaysia sekarang tidak boleh mendabik dada, mendakwa mereka boleh menang dua pertiga dengan mudah dalam PRU seperti zaman sebelum milenium dahulu. Butakah pengkritik PAS itu?

PAS tidak mencari musuh, tetapi mencari prinsip yang tidak bertentangan dengan agama. Atau maslahah  yang paling kecil dengan kerja yang paling terbaik.

Apalah sangat dengan gelaran diktator, sedangkan pihak lain melawan Islam secara langsung atau tidak dalam tindakan mereka kerana kejahilan.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 15/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimSubsidi pulang mengundi.. & PAS kawan paling setia.

Al-hamdulillah, pilihlah kawan setia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Konon mahkamah sekarang didakwa x telus. Banyak kes yg berat sebelah kononnya.
Cuba bayangkan jika pee hancing jadi kerajaan. Udahlah pee hancing bawah kawalan dapig. Jangan ambik risiko sokong pee hancing.
Cuba buat bandingan mahkamah di bawh kerajaan skarang dengan mahkamah di bawah kawalan dapig. Kes semuanya akan hanya babit org melayu. Yg babit cina dan india gugur.
Jika mahkamah bawah pee hancing, lagi banyak x telus. Pee hancing akan manipulet mahkamah.
22 bulan pun banyak kes gugur. Yg bunuh adib bebas x dapat dikesan. Kes eng guan pun gugur. Lagi ada kes yg dlm buku tommy tommy x didakwa.
Yg ketara, yg makan rasuah akan didakwa, yg beri rasuah akan bebas. Jangan ambik risiko sokong anwar yg dikawal selia oleh eng guan.
Konon tghh ambik 90 juta, tapi tiada dakwaan. Eng guan ada dakwaan. Najib ada dakwaan. Anwar banduan kes salah guna kuasa. Zahid ada dakwaan. Orng bawah zahid pun ada dakwaan. Rafizi pun ada dakwaan.
Jom sokong pas. Pas x perlu manipulet mahkamah sebab kepimpinan pas tiada yg terlibat dengan mahkamah. Sokong pemimpin bersih sokong pas.

Anonymous said...

FIRASAT RAKYAT KINI SEMAKIN MATANG DAN INILAH HAKIKAT YANG SUKAR DIELAK KOALISI PH IAITU MENANTI SAAT GELOMBANG RAKYAT MELUNASKAN DENDAM DIKHIANATI LALU MENGHUMBAN MEREKA DI PETI UNDI PRU15 NANTI!

Mahathir juga pernah merayu meminta rakyat ikat perut yang kaya raya bebas hukum rasuah seperti kes banglo lajak murah dan paling lahanat apabila dia menyifatkan manifesto yang mereka promosikan sewaktu kempen PRU14 dianggap hanya panduan, bukan Kitab Suci yang wajib dipenuhi!

Apapun, sedar atau tidak gelombang rakyat kini kembali menaruh keyakinan memilih semula UMNO-BN; buktinya di PRN Melaka dan Johor termasuk penolakan DAP secara total di PRN Sarawak tempohari!

Perebutan kerusi PM di antara Anwar-Mahathir punca koalisi itu tersungkur apabila Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang cita-cita Anwar ambil alih kerusi PM ke-8!

Tidakkah ia kebodohan mereka sendiri mengangkat Mahathir mempengerusikan koalisi PH sekaligus menjadi PM sekali lagi?

Kami yakin kegagalan mereka memenuhi janji manifesto sudah pasti rakyat sudah sedia maklum dengan senarai butiran panjang!

Antaranya pengundi muda yang hampa apabila janji mansuh PTPTN tidak dilaksana dan lebih celaka, Menteri Pendidikan (Simpang Renggam) ketika itu menjawab sinis 'Bila kita buat hutang kita kena bayar balik" dan apabila Tun pula diminta komen hutang PTPTN , “Dah pinjam (berhutang) tu bayar la…”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails