Wednesday, October 19, 2022

Utusan Khas PM ke Timur Tengah. & tumpuan model masa depan.

 


1. Peranan penting Utusan Khas PM ke Timur Tengah

MENJELANG pilihan raya, sering kali iklim politik tanah air dicemari oleh serangan peribadi secara melulu tanpa asas dan fakta yang betul, bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lawan politiknya.

Terbaharu, terdapat pihak mempersoalkan pelantikan dan peranan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah. Kononnya pelantikan itu hanyalah bertujuan untuk mendapat sokongan politik daripada PAS.

Sejauh pengalaman saya mengenali sikap dan watak Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi, beliau sangat berkelayakan dan berupaya mengendalikan tugas sebagai Utusan Khas ke Timur Tengah.

Beliau bukan seorang pencinta jawatan. Bahkan sebelum beliau dilantik menjadi Utusan Khas tersebut, sememangnya peranan utama beliau ialah beraksi di pentas antarabangsa khasnya melibatkan negara Timur Tengah.

Saya pernah menyertai rombongan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi ke Yaman, Iran, Turki, Jordan, Syria dan lainnya lalu menyaksikan sendiri bagaimana pengaruh dan peranan beliau di pentas antarabangsa.

Pengalaman beliau terlibat dalam misi damai dan menangani konflik negara bergolak seperti Afghanistan, Iraq, Yaman dan beberapa negara lain meletakkan beliau berhak dan layak dilantik sebagai Utusan Khas ke Timur Tengah apabila PAS menyertai kerajaan Persekutuan.

Sepanjang tempoh beliau diamanahkan tugasan berat ini, beberapa tindakan telah berjaya dilaksanakan.

Antaranya, siri pertemuan dengan 10 kedutaan negara Timur Tengah di Malaysia bagi memperkukuh hubungan dua hala di samping perbincangan khusus bersama pihak kementerian dan agensi berkaitan bagi mengenal pasti potensi kerjasama antara Malaysia dan negara di rantau Timur Tengah dalam bidang agama, pelaburan, perdagangan dan pendidikan.

Memasuki fasa perlaksanaan, terdapat berapa perancangan tertangguh kerana halangan pandemik dan pelaksanaan PKP yang menghadkan perjalanan ke luar negara tempoh hari.

Namun pertemuan susulan tetap diadakan di Malaysia bagi memperkukuh cadangan dan pelaksanaan misi yang telah dikenal pasti, khususnya ke negara Qatar, Turki, Oman dan Iran.

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi juga terus memperkukuh hubungan dengan pihak berpengaruh di Timur Tengah, khasnya tokoh ilmuwan, pertubuhan Islam dan pertubuhan ekonomi yang berpangkalan di Timur Tengah, termasuklah menyampaikan ucaptama dalam beberapa persidangan antarabangsa berkaitan isu Palestin, perpaduan ummah dan kerjasama menangani pandemik.

Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu juga telah menaungi dua inisiatif gerakan masyarakat sivil dengan menggerakkan kempen Aid4Lebanon (Ogos – September 2020) dan Aid4Palestine (Mei – Jun 2021).

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, dan sumbangan yang dikutip secara ‘crowd-funding’ telah diserahkan secara terus kepada pertubuhan kemanusiaan di Lubnan dan Palestin.

Selain itu, beliau telah mengambil langkah pemudah cara bagi menjayakan misi pelaburan yang dijalankan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan agensi berkaitan sawit seperti Malaysia Palm Oil Council (MPOC) untuk memperluaskan pasaran ke Timur Tengah dan Turki, termasuklah usaha untuk menubuhkan pejabat tetap di Arab Saudi.

Kini, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi terus membuat persiapan bagi meneruskan misi pelaburan dan pendidikan ke beberapa negara Timur Tengah, berdasarkan peluang dan potensi yang telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh Perdana Menteri.

Justeru itu, kami daripada PAS sangat meyakini kewibawaan beliau sebagai Utusan Khas YAB Perdana Menteri Ke Timur Tengah dan beliau telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

NASRUDIN HASSAN
23 Rabiul Awwal 1444 | 19 Okt 2022 – HARAKAHDAILY 19/10/2022


2. Seimbang tumpuan: PAS bawakan model pentadbiran masa depan 

PAS cuba buktikan dengan berpegang pada syariat Islam kita tetap akan maju dan mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri mahupun negara yang lain. 

1. PAS haramkan judi, tapi sentiasa meningkatkan nilai pelaburan ke Terengganu. 

2019 : RM0.86 bilion

2020 : RM2.95 bilion

2021 : RM3.87 bilion

2022 : RM5.00 bilion (sasaran)

Malah, KDNK Negeri Terengganu meningkat dengan mendadak dari -5.7 peratus (2020) kepada 3.6 peratus (2021). Melebihi paras KDNK Nasional 3.1 peratus dan melebihi jangkaan asal kerajaan negeri 2.2 peratus. 

2. PAS perkenal garis panduan patuh syariah pelancongan. Kedatangan pelancong meningkat dan cemerlang. 

2018: 4.79 juta pelancong

2019: 5.30 juta pelancong

Dalam seronok menuju sasaran pada 2020 dan 2021, kita dilanda pandemik.  

Pun begitu, tahun 2020, selepas dibenarkan rentas negeri,Terengganu menjadi destinasi utama pelancongan domestik sehingga mencatat kedatangan pelancongan paling tinggi, meningkat 165 peratus.

3. PAS perkenal garis panduan syariah untuk sukan. Terengganu semakin meningkat kewibawaan dan kuasa sukannya di Malaysia. 

Sepatutnya sukan makin jatuhlah, tapi tidak berlaku di Terengganu. Syariat diresap, pencapaian sukan makin mantap. 

SUKMA 2022 menyaksikan Terengganu berada di tempat kedua dengan pungutan 64 pingat emas, melepas sasaran asal 57 pingat. Dan inilah sejarah tertinggi pungutan emas SUKMA untuk Terengganu.

4. Malah, kadar pengangguran di Terengganu juga menurun, sebanyak 0.1 peratus. Sedangkan kebanyakkan negeri mengalami peningkatan pengangguran. Sebagai contoh, 

Pahang
2020- 3.1 peratus
2021- 3.3 peratus

Johor
2020- 3.5 peratus
2021- 3.8 peratus

Perak
2020- 4.8 peratus
2021- 5.3 peratus

Negeri Sembilan
2020- 3.8 peratus
2021- 4.2 peratus

Lebai PAS bukan sebarang lebai, lebai PAS punya jiwa dan kepakaran mentadbir negara. Insya-Allah, syariat terpelihara, negara sejahtera. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 18/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimUtusan Khas PM ke Timur Tengah. & Seimbang tumpuan model masa depan.

Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Tabik pada kerajaan negeri pimpinan pas. Walaupun nampak ke kampungan tapi nampak peningkatan portfolio bawah pentadbiran pas.

Biar kurang bercakap. Prestasi setiap sektor menjadi kayu ukur. Harapkan pee hancing basah mic, tapi prestasi merudum. Hipokrit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails