Wednesday, October 19, 2022

Kisah pendaki Iran tanpa hijab, ada kaitan ejen Mossad M'sia?

 

Atlet Iran, Elnaz Rekabi bertanding pada kejohanan pendakian di Korea Selatan Ahad lalu. - Foto AP

1. Tindakan pendaki Iran bertanding tanpa hijab cetuskan kebimbangan  

PARIS: Tindakan pendaki Iran, Elnaz Rekabi yang tidak memakai hijab ketika bertanding dalam acara di Korea Selatan, mencetuskan kebimbangan mengenai kesejahteraan atlet itu, yang dilihat sesetengah pihak sebagai tanda solidariti bersama protes yang diketuai wanita di negaranya.

Elnaz, 33, dalam kenyataan pertamanya sejak acara di Kejohanan Asia di Seoul pada Ahad lalu, memohon maaf di Instagram atas 'kebimbangan' yang ditimbulkan dan menegaskan penampilannya yang mendedahkan rambut adalah 'tidak disengajakan'.

Dalam disiplin batu besar pada peringkat awal, kepalanya ditutup dengan bandana, namun kemudian, dalam pendakian utama, memanjat dinding tinggi dengan tali, beliau hanya memakai ikatan di kepala, yang disiarkan Persekutuan Antarabangsa Sukan Mendaki (IFSC).

Ia melanggar peraturan pakaian wajib republik Islam itu, iaitu bertudung wajib bagi wanita, yang juga terpakai kepada semua atlet wanita, walaupun ketika bertanding di luar negara.

Kejadian itu berlaku sebulan sebagai protes di Iran berikutan kematian Mahsa Amini, yang ditangkap di Tehran kerana didakwa melanggar peraturan pakaian, yang kemudian berubah menjadi gerakan menentang kewajipan hijab dan republik Islam itu sendiri.

Penyokong protes di media sosial menyifatkan Elnaz sebagai 'wira', menyiarkan imej beliau memanjat slogan protes 'Wanita. Kehidupan. Kebebasan'.

"Seorang wanita muda Iran yang berani! Kami memerlukan dunia untuk berdiri bersama wanita Iran dan mengutuk apa yang berlaku di sana," demikian ciapan usahawan Iran-Amerika, Anousheh Ansari yang ke angkasa lepas sebagai pelancong pada 2006.

Tiada apa-apa berita daripada Elnaz sejak acara itu, yang mana beliau menduduki tempat keempat, sehingga satu cerita diterbitkan, hari ini di akaun Instagramnya, yang mempunyai lebih 200,000 pengikut.

"Saya terlebih dulu memohon maaf atas semua kebimbangan yang saya timbulkan," kata kenyataan itu.

Beliau berkata, disebabkan masa dan panggilan secara tiba-tiba untuk memulakan pendakian 'tudung saya secara tidak sengaja menjadi bermasalah'.

"Saya kini dalam perjalanan pulang ke Iran bersama pasukan berdasarkan waktu yang sudah dijadualkan," katanya. - AFP

BERITA BERKAITAN


2. Ejen Mossad: Tangani risikan, intipan dan ancaman keselamatan  

SETINGGI-tinggi penghargaan diucapkan kepada PDRM di atas tindakan pantas memberkas 18 individu yang disyaki terlibat dengan ejen perisikan Mossad yang terlibat dalam aktiviti penculikan rakyat Palestin berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada 29 September lalu. 

Kecekapan pihak PDRM memberkas 18 individu yang terlibat di lokasi berasingan sepanjang lima hari beroperasi sewajarnya layak mendapat pujian. Ia sekali gus mematahkan usaha Mossad untuk mendapatkan maklumat penting daripada kumpulan pejuang HAMAS. 

Walau bagaimanapun, satu tanda aras yang serius mengenai insiden ini adalah mengenai situasi negara yang menjadi sarang ejen perisikan Mossad berleluasa. Kejadian pembunuhan Dr Fadi Mohamed al-Batsh pada April 2018 sewajarnya menjadi iktibar besar kepada pihak keselamatan mengenai ancaman yang dihadapi negara ketika ini. 

Pembunuh Dr Fadi yang berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa HAMAS mengakui mereka memasuki Malaysia melalui pasport palsu Serbia dan Montenegro dan keluar melalui jalan tikus di sempadan Malaysia-Thailand. Tidak mustahil masih ramai ejen perisikan Mossad yang menjalankan aktiviti risikan dan intipan dalam negara ini.

Sewajarnya isu sebegini dipandang serius oleh semua pihak. Segala kelemahan yang terdapat di pintu masuk sempadan negara perlu diatasi segera. Pelbagai dasar telah pun dirangka sebelum ini sehinggalah kepada pemansuhan AKSEM di Parlimen, namun isu jenayah rentas sempadan membabitkan negara masih tidak berpenyelesaian.

YB SENATOR USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAHYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 19/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimKisah pendaki Iran tanpa hijab, ada kaitan ejen Mossad Malaysia?  Mengapa diandaikan demikian? 

(i) Sebagaimana yang ramai tahu Zionis/Israel dan AS kuda tunggangnya tidak akan membiarkan satu negara pun di dunia yang bebas lepas dari genggaman mereka, selain yang sudah di kuasai blok komunis-sosialis.

(ii) Afghanistan juga sudah terlepas dari AS, setelah cabut lari terjun tak bertangga kalah perang yang baru lalu. Tanda-tanda gila talak dengan menghasut pelajar wanita memberontak lawan kerajaan yang sah semakin jelas.

(iii) Itu juga yang terjadi di Iran, mereka juga menghasut 'pendaki wanita Iran bertanding (sukan) tanpa hijab' berlaku yang seperti di atas. AS berdendam, kerana terpaksa berambus dari Iran setelah revolusi Khomeini, puluhan tahun lalu.

(iv) Di Malaysia, PDRM di atas tindakan pantas telah memberkas 18 individu disyaki terlibat dengan ejen perisikan Mossad dalam aktiviti penculikan rakyat Palestin berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada 29 September lalu. 

(v) Apakah ada kaitan juga dengan ejennya di Asia?

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Terkini pihak Pendakwaan akan panggil Zety ke mahkamah.

Paling mengejutkan Jho Loh sering datang ke rumah Zety.

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sering mengunjungi kediaman bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa

Ketika sesi soal balas saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, Muhammad Shafee berkata, terdapat maklumat menyatakan Jho Low sering berkunjung ke kediaman ketua institusi kewangan negara itu.

Muhammad Shafee: Anda pernah pergi ke rumah bekas gabenor itu?

Tek Kuang: Hanya sekali, ketika sambutan hari raya, ia terbuka kepada semua kakitangan perbankan.

Muhammad Shafee: Di manakah lokasi rumah itu?

Tek Kuang: Di Bukit Tunku.

Muhammad Shafee: Adakah pada bila-bila masa ketika di rumah Zeti Akhtar, anda berjumpa dengan Jho Low?

Tek Kuang: Tidak, tidak.

Muhammad Shafee: Anda pasti?

Tek Kuang: Sangat pasti.

Semasa prosiding, Muhammad Shafee bertanya mengenai empat surat daripada Arab Saudi kepada Najib seterusnya menyentuh isu Zeti Akhtar.

Pada Selasa minggu lalu, saksi ini berkata, bekas gabenor itu mengetahui Najib akan menerima AS$100 juta daripada Arab Saudi selepas beliau memaklumkannya dalam pertemuan empat mata pada awal 2011 lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencelah dan memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil Zeti Akhtar untuk memberi keterangan dalam kes itu kelak.

“Kami akan panggil Zeti Akhtar jadi soalan-soalan ini dapat ditujukan kepadanya, dia pasti ada jawapannya,” katanya.

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung...

Link SD keluarga penyamun Zeti, suami dan anak terima wang Jho Low

https://captainmgs.blogspot.com/2020/11/benarkan-tan-sri-zeti-dibayar-jho-low.html?m=1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails