Saturday, October 22, 2022

Dedah buku Thomas. & Rumah mayat Tionghua

 


1. Laporan buku Thomas akhirnya didedahkan

Kerajaan telah menyahklasifikasikan laporan siasatan ke atas memoir bekas peguam negara, Tommy Thomas, kira-kira seminggu selepas Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan ia akan didedahkan kepada umum.

Laporan siasatan oleh pasukan petugas khas itu boleh didapati di laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Undang Undang Jabatan Perdana Menteri di sini.

Pelbagai persoalan timbul berhubung status laporan siasatan diyahklasifikasikan itu, selepas semakan FMT gagal menemui dokumen itu dalam talian.

Pada 13 Okt lalu, Ismail dilaporkan berkata, laporan itu akan didedahkan kepada umum.

Susulan itu, Ismail yang juga naib presiden Umno pada Selasa lalu meminta jentera Barisan Nasional memanfaatkan laporan yang dinyahklasifikasikan itu.

Buku Thomas bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” diterbitkan Januari 2021.

September lalu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendedahkan Ismail mengarahkan Thomas disiasat kerana menghasut dan pelbagai kesalahan lain seperti yang dicadangkan dalam laporan pasukan petugas khas itu.

Menurut PMO, ia termasuk kemungkinan pelanggaran Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan berkaitan penyebaran laporan palsu serta pendedahan maklumat secara salah.

Satu dokumen yang didakwa salinan laporan sulit itu bocor di Internet pada 6 Okt lalu. Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat kebocoran berkenaan. FMT

2. Terengganu lulus geran tanah rumah mayat Tionghua 

KEMAMAN: Kerajaan negeri telah meluluskan pemberian hak milik geran tanah kepada masyarakat Tionghua untuk pengurusan rumah mayat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah meluluskan pemberian hak milik geran tanah tersebut.

“Selama lebih empat tahun juga Pejabat Tanah Daerah Kemaman telah berusaha untuk proses dalam meluluskan hak milik geran tersebut.

“Dengan pemberian ini, masyarakat Tionghua dapat mendirikan tempat sementara bagi rumah mayat kerana yang sedia ada telah terlalu lama iaitu berpuluh-puluh tahun,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hakmilik Rumah Mayat Kaum Cina, Mukim Cukai bertempat di Dewan Seri Amar, Cukai, Kemaman semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Pengerusi Himpunan Tionghua, Dato’ Soh Kok Hiang,

Tambah Hanafiah, apabila berlaku kematian dalam masyarakat Tionghua akan ditempatkan di rumah mayat sebelum ke proses seterusnya.

Beliau berkata, selama empat tahun kerajaan negeri memerintah Terengganu yang mana semua kaum tidak mengira bangsa dan agama mendapat layanan yang sama rata.

Sementara itu, kehadiran masyarakat Tionghua pada malam itu begitu ramai menandakan keterujaan mereka dalam pemberian hak milik geran tersebut. – TRDI.my

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 4 tahun PAS memerintah Terengganu, semua kaum tidak mengira bangsa dan agama mendapat layanan yang sama rata. Kehadiran masyarakat Tionghua malam itu begitu ramai menandakan keterujaan mereka dalam pemberian hak milik geran tersebut.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails