Thursday, October 20, 2022

BN angan-angan -Sanusi. Lagi DAP undur diri

 


1. Sasaran 10 kerusi BN di Kedah cuma angan-angan, kata Sanusi

Menurut Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan sasaran BN untuk menang sekurang-kurangnya 10 daripada 15 kerusi parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sebagai angan-angan.

Pemimpin PAS itu berkata, ini kerana rakyat Kedah tidak mahu BN memerintah semula negeri tersebut.

"BN boleh sasarkan berapa saja kerusi depa nak menang.

"Tapi, kena hadapi realiti orang Kedah yang tak mahu dah kat BN," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN sasar 10 kerusi parlimen di Kedah yang kini di bawah pemerintahan PAS.

Terdahulu, Zahid memberitahu bahawa BN akan mewujudkan pasukan khas untuk 10 kawasan parlimen itu, bagi memastikan sasaran untuk memenangi kerusi berkenaan boleh dicapai.

Ditanya sama ada sasaran itu mampu dicapai memandangkan BN sebelum ini hanya menang dua kerusi parlimen, Zahid berkata ia bukan sasaran yang berlebih-lebih tetapi merupakan cita-cita yang amat wajar.

Dia berkata demikian selepas menghadiri Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran yang diadakan di Dataran Seri Serdang di Bandar Baharu, Kedah, semalam.

Sementara itu, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata sasaran Zahid itu berbeza dengan Umno negeri Kedah.

"Zahid yang duduk di Kuala Lumpur kata sasaran 10 parlimen.

"Timbalan pengerusi Umno Kedah (Othman Aziz) yang duduk di Kedah kata lapan parlimen sahaja.

"Nampak tak tahap keyakinan yang asli dan yang angan-angan," katanya.

Dilaporkan, Othman baru-baru ini berkata bahawa BN Kedah sasar lapan kerusi parlimen pada PRU15 nanti.

Pada PRU14 yang lalu, Umno hanya menang dua kerusi parlimen di negeri itu iaitu Baling dan Padang Terap.

Sementara PAS menang tiga kerusi parlimen masing-masing PendangJerai dan Sik.


2. MP Batu Kawan DAP undur diri, nafi digugur 


Kasthuri Patto tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Kawan di Pulau Pinang, yang disandangnya sejak 2013.

Anak perempuan mendiang pemimpin kanan DAP, P Patto itu berkata dia mahu memberi ruang kepada pemimpin baharu dan menafikan bahawa dirinya digugurkan sebagai calon

Menyifatkannya, sebagai keputusan paling sukar dalam hidupnya, Kasthuri berkata: "Saya ingin mengumumkan bahawa saya berundur dengan rela dan tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang untuk memberi laluan kepada pemimpin baru dalam DAP dan demi untuk Malaysia.

“Saya akan sentiasa terhutang budi kepada parti kerana menyediakan platform untuk saya berkhidmat kepada rakyat dan negara selama dua penggal sebagai ahli Parlimen Batu Kawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kasthuri, dia mahu menumpukan masanya untuk memperjuangkan isu hak asasi manusia.

“Khususnya mengenai pemansuhan hukuman mati, menjenayahkan perkahwinan kanak-kanak, keterangkuman jantina, kebebasan sivil dan keadilan sosial untuk semua pada platform berbeza dengan Malaysia dekat di hati saya dan prinsip DAP sebagai kompas moral saya.

"Memetik kata-kata bijaksana (veteran DAP) Lim Kit Siang, parti sedang melonjakkan saya ke dunia dan saya menghargai sokongan parti untuk meneruskannya," tambahnya.

Kasthuri turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pengundinya di Batu Kawan kerana memberi peluang kepadanya mewakili mereka di Dewan Rakyat selama dua penggal.

Komen Weblog Ibnu HasyimBN angan-angan, kata Sanusi. Lagi DAP undur diri, tapi nafi digugur. 

BN/DAP 2X5 masalahnya.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails