Friday, October 21, 2022

Arab Saudi giat bina perkampungan ski & banjir di Australia.

 

Resost ski, Trojena terletak 50 kilometer dari pantai Teluk Aqaba, Arab Saudi.(FOTO: Latte Luxury News)

1. Arab Saudi giat bina perkampungan ski

RIYADH: Arab Saudi telah menamakan rangka kongsinya bagi membina sebuah perkampungan atau resort ski futuristik, dinamakan sebagai Trojena, yang merupakan salah satu projek utama di bawah pembangunan bandar raya pintar masa depan, NEOM.

Perkampungan ski di Trojena yang dibangunkan bersempena Saudi yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia pada tahun 2029 itu bakal mendapat kerjasama pemaju hospitaliti, Ennismore bagi menubuhkan jenama ikoniknya, 25hours Hotels dan Morgans Originals di situ, lapor Arab News

Trojena merupakan sebahagian daripada projek pembinaan bandar raya pintar masa depan, NEOM di Arab Saudi. (FOTO: Frontsofficesports)

Perjanjian dengan Ennismore disebut-sebut sebagai salah satu daripada banyak perjanjian yang akan ditandatangani dengan pemaju hospitaliti itu, kerana pihak Hotel Development, unit bahagian NEOM yang bertanggungjawab untuk membina ekosistem hospitaliti mahu mewujudkan perkongsian global dengan firma terkemuka tersebut.

“Perkongsian kami dengan Ennismore menyuarakan misi kami untuk merintis dalam ruang hospitaliti berpengalaman dengan cara yang membentuk masa depan pembangunan hotel di  Trojena. 

“Dengan semangat yang dikongsi bersama untuk membangunkan konsep hospitaliti yang berbeza dan imaginatif, kami amat teruja  untuk melihat hubungan dua ha  ini – dan yang lain sepertinya – giat berkembang,” ulas Pengarah Eksekutif, Pembangunan Hotel di NEOM, Chris Newman. 

Arab Saudi menyediakan Trojena khusus sebagai tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia 2029. (FOTO: Vogue Arabia)

Sementara Philip Gullett, Pengarah Eksekutif dan Ketua Wilayah di Trojena, Philip Gullett berkata bahawa kedua-dua 25hours Hotels dan Morgans Originals adalah jenama yang ideal untuk Trojena kerana pihaknya menampilkan pengalaman luar biasa untuk penduduk dan pelawat yang mencari elemen ‘kemewahan, pengembaraan, hiburan, kebolehdiaman dan melarikan diri daripada status quo’. 

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif NEOM Nadhmi Al-Nasri, Trojena akan mempunyai semua infrastruktur yang diperlukan untuk menjadikan Sukan Musim Sejuk sebagai ‘acara global yang tidak pernah dilihat sebelum ini’. 

Resort ski Trojena dibina pada ketinggian yang mencecah antara 1,500 meter hingga 2,600 meter daripada aras laut. (FOTO: NEOM.com)

Trojena dijangka siap pada 2026, dan ia merupakan kawasan di mana suhu musim sejuk berada di bawah sifar, dan suhu sepanjang tahun biasanya 10 darjah lebih sejuk daripada kawasan lain di rantau negara Teluk.

Tapak perkampungan ski di Trojena yang menelan kos AS$500 itu dibina meliputi keluasan 60 kilometer persegi, pada ketinggian antara 1,500 meter dan 2,600 meter daripada aras laut.

Terdapat 47 acara sukan dijadualkan berlangsung pada Sukan Musim Sejuk Asia 2029 di Trojena  – 28 daripadanya  di atas salji dan 19 lagi di atas ais (tasik beku)-  termasuk pertandingan melibatkan ski, papan salji dan hoki ais dan luncur angka. – HARAKAHDAILY 19/10/2022


2. Lagi musibah banjir di Australia 

SYDNEY: Puluhan ribu rakyat Australia  yang tinggal di  tenggara negara itu dan barat Melbourne diminta mengosongkan rumah mereka pada hari ini Jumaat (14 Okt), selepas hujan lebat melanda tidak henti-henti selama dua hari berturut-turut  menyebabkan banjir kilat.

Pakar cuaca Australia berkata banjir yang melanda negara itu baru-baru ini telah diburukkan oleh perubahan iklim dan fenomena cuaca La Nina yang telah meragut nyawa lebih 20 orang  pada tahun ini. 

Peningkatan La Nina sebelum ini telah menyebabkan hujan, taufan dan suhu siang hari yang lebih sejuk.

Banjir yang melanda di Australia turut membanjiri jalan raya sehingga memaksa penutupan beberapa buah sekolah dan memutuskan bekalan elektrik kepada 3,000 rumah dan perniagaan.

Banjir yang melanda ini juga menyebabkan sekurang-kurangnya 500 buah rumah ditenggelami air, seorang maut dan seorang lagi hilang ketika bencana itu berlaku.

Lebih banyak hujan diramalkan dalam beberapa minggu akan datang telah memberikan tekanan pada sungai yang sudah bengkak dan tanah tepu.

Pekan Seymour di utara Melbourne juga telah menerima 155mm dalam tempoh 24 jam iaitu tiga kali ganda purata hujan Oktober, atau kira-kira satu perempat daripada jumlah purata yang diterima London dalam tempoh setahun.

Menurut Pegawai Biro Meteorologi, Dean Narramore kepada televisyen ABC, air sungai yang merentasi negeri paling padat di Australia iaitu di New South Wales (NSW) dan Victoria serta Tasmania dikesan meningkat ke tahap berbahaya dengan kawasan tadahan mulai melimpah.

Victoria merupakan negeri kedua yang mempunyai bilangan paling ramai penduduk di Australia turut terkesan dengan musibah banjir teruk.  

Banyak sungai di Victoria, termasuk Maribyrnong di barat Melbourne dan Goulburn di utara, mencapai paras banjir besar sehingga menyebabkan pemindahan penduduk pada waktu malam.

Penduduk di tenggara Australia telah diberi amaran pada hari Rabu (12 Okt) lagi supaya mereka lebih bersedia menghadapi sistem cuaca tegang yang boleh membawa angin dan hujan lebat yang boleh merosakkan dalam tempoh dua hari akan datang.

Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews memberitahu kepada Perbadanan Penyiaran Australia, kejadian banjir yang berlaku ini merupakan musibah terburuk yang melanda di negeri itu dalam tempoh beberapa dekad.

“kita akan melihat semakin banyak air terus meningkat, semakin banyak rumah ditenggelami air dan semakin banyak komuniti ditutup.”

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memandu atau berjalan dalam suasana banjir. 

Tambah Andrews lagi kemudahan pusat kuarantin Covid-19 yang dibina khas di negeri itu, telah ditutup pada minggu lalu selepas Australia membatalkan peraturan pengasingan. Pusat khas itu boleh dibuka semula untuk melindungi penduduk yang terjejas banjir.

Di Tasmania pula, beberapa sungai telah dinaiki air selepas  hujan turun iaitu sehingga 400mm di beberapa kawasan dalam sehari. Krisis banjir di wilayah itu bertambah teruk selepas lebih banyak perintah pemindahan semalaman.

Namun begitu, laporan mengatakan tidak jelas berapa banyak rumah dan perniagaan yang turut terjejas di sana.

Sementara  di New South Wales, kira-kira 600 orang telah diberitahu untuk berpindah dari bandar Forbes ke pusat pemindahan yang lebih selamat di mana kira-kira 250 hartanah dan perniagaan dijangka terkena banjir.

Seorang lelaki didapati maut di barat negeri itu awal minggu ini selepas keretanya ditenggelami air banjir.

Pasukan penyelamat juga telah mencari seorang lelaki berusia 63 tahun yang dipercayai telah dihanyutkan dalam keadaan yang sama pada Selasa (11 Okt) lalu. – HARAKAHDAILY 14/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arab Saudi giat bina perkampungan ski ..& musibah banjir di Australia.

Pepatah Melayu menyebutkan,

Halia ini tanam-tanaman
ke barat juga akan condongnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat juga akan sungguhnya.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails