Sunday, October 16, 2022

Keupayaan PAS kekalkan K'tan? & kebakaran di Kg Cina.

 


1. Ambil kira prestasi PAS Kelantan dalam tawaran PRU-15

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenan untuk membubarkan Parlimen, kebetulan saya berada di negeri kelahiran, Kelantan ditemani dua rakan.

Tentunya, semua cakap-cakap dan bual bicara akan tertumpu kepada pilihan raya, termasuk sejauh mana keupayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri kerana ketika itu, parti berkenaan belum memutuskan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan apakah saingan tradisinya, UMNO mempunyai potensi untuk 'mencuri' kerusi atau hati pengundi Kelantan.

Begitu juga bagaimana pula dengan pemimpin yang pernah tidur sebantal, makan setalam dan ceramah sepentas dengan PAS, tetapi kini berada dalam Parti Amanah Negara (PAN) mempunyai potensi untuk menggegarkan Kelantan selepas prestasi hambar di sebalik gegak-gempita mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selain ketiga-tiga parti ini, rasanya parti lain hanya menjadi pemain politik tidak
signifikan kecuali pada kerusi yang memiliki pengundi Cina atau di kawasan bandar.

Ketika pemimpin PAS, termasuk kelibat Setiausaha PAS Kelantan kelihatan di Kelab PAS, iaitu nama jolokan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di atas kedai buku agama terkenal di Kota Bharu, saya sempat berbual dengan seorang peniaga untuk melihat sejauh mana keyakinan pengundi kepada parti itu.

Katanya, PAS mungkin mengekalkan kerajaan negeri sekiranya DUN dibubarkan, tetapi berhadapan masalah di kawasan bandar, termasuk Kota Bharu kerana ramai peniaga marah dengan cara bagaimana PAS membangunkan negeri itu.

Bagi peniaga, menyediakan lokasi semata-mata tidak cukup untuk sesuatu perniagaan boleh berkembang dengan baik, sebaliknya infrastruktur sepatutnya diperlukan untuk membantu dalam menjana pelaburan lebih banyak.

Tampaknya, ekonomi Kelantan tumbuh semata-mata penduduknya mempunyai jiwa keusahawanan tinggi, tetapi infrastruktur masih terkebelakang, terutama jalan raya dan bekalan air, manakala tiada insentif pelaburan menarik yang sepatutnya boleh diusahakan kerana PAS sebagai parti Islamis pastinya mempunyai jaringan, terutama di Asia Barat.

Pandangan peniaga itu diakui rakan saya yang sudah dua dekad tidak berkunjung ke Kelantan meskipun pernah menjadikan negeri itu sebagai 'tempat bermain.' Meskipun mengakui di sebalik banyak bangunan baharu dan pusat perniagaan tumbuh, rakan itu melihat isu pembangunan seperti perparitan dan kebersihan tidak berubah sejak meninggalkan Tanah Rendah Sekebun Bunga.

Bagaimanapun, saya cuba berhujah seperti sering digunakan ahli politik Islam bahawa pengisian agama dan kerohanian yang mungkin menjadi 'saham' untuk PAS meraih undi, apatah lagi slogan Membangun Bersama Islam sinonim dengan parti itu?

Persoal sumbangan parti

Rakan saya bertanya, selain mengadakan kuliah agama mingguan di Kelab PAS dan ceramah, apakah lagi sumbangan parti itu dalam meningkatkan keintelektualan dan keilmuan agama di negeri itu?

Apakah PAS Kelantan mempunyai rangka tindak untuk meningkatkan sektor pendidikan yang menjadi bahagian terpenting dalam sejarah ketamadunan Islam atau tidak lebih daripada peruntukan biasa dalam konteks institusi pendidikan sedia ada?

Mungkinkah rangka tindak itu tidak dapat direalisasikan disebabkan hubungan PAS Kelantan dengan pondok misalnya kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa parti Islam dan tradisi pondok tidak mempunyai 'terma baik.'

Perbezaan aliran ulama tradisional di pondok dengan kecenderungan PAS Kelantan kepada konsep salafi menjadi duri dalam daging yang boleh menyatukan 'tok guru pondok' dengan 'ulama' PAS.

Aliran salafi merujuk kepada fahaman bahawa kegemilangan Islam hanya boleh berulang dengan kembali kepada pengamalan agama betul-betul seperti tiga generasi atau abad pertama dalam Islam, tetapi berdasarkan pemahaman mereka yang kaku.

Dalam konteks ini, PAS seperti parti Islamis, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir tidak melihat aliran ini bermasalah kerana tidak menghalang cita-cita politik, malah menerima pemimpin berpegang dengan fahaman itu asalkan kekal 'wala' kepada parti dan pimpinan utama.

Bagaimanapun, pada peringkat hubungan antara ulama tradisional dengan salafi atau modenis Islam, ia menjadi persoalan besar kerana membabitkan isu fiqh yang dilihat dalam kerangka akidah.

Hasilnya, slogan Membangun Bersama Islam tidak lebih daripada kempen politik hingga kedua-dua aspek pembangunan sama ada secara fizikal mahupun rohani akhirnya tidak dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Cuma sahaja, isu sebegini tidak akan menjejaskan PAS sebagai kerajaan negeri kerana keputusan tidak membubarkan DUN itu boleh 'menangguhkan' nasibnya sekurang-kurangnya hingga pertengahan tahun hadapan.

Bagaimanapun, sejauh mana PAS atau mana-mana parti mentadbir negeri sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk menentukan keupayaannya pada peringkat Persekutuan.

Justeru, cakap-cakap dan bual bicara mengenai rekod prestasi di negeri masih tetap penting untuk menilai sama ada PAS dalam hal ini mempunyai sesuatu boleh ditawarkan kepada pengundi, selain cita-cita membina negara Islam atau melaksanakan hudud yang masih segar dalam ranah politik negeri, walaupun jarang-jarang diungkapkan pada pentas nasional.

Penulis adalah Pengarang Berita (Rencana & Agama) BH


2. Litar pintas punca kebakaran di Kampung Cina 

Foto daripada Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed.

PERMAISURI: Litar pintas dikenal pasti sebagai punca kebakaran deretan rumah kedai di Kampung Cina, Kuala Terengganu pada September lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid.

Beliau berkata siasatan mendapati masalah pendawaian elektrik yang lama dan usang telah menyebabkan litar pintas seterusnya mengakibatkan kebakaran yang menyebabkan kerugian hampir RM2 juta.

“Ada antara premis disewa dan ada juga milik sendiri, jumlah kerugian RM2 juta manakala harta yang kita berjaya selamatkan dianggarkan RM1.2 juta,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini, hari ini.

Beliau berkata justeru, pihaknya merancang untuk mengadakan taklimat menerusi townhall kepada penduduk Kuala Terengganu dalam masa terdekat bagi menerangkan kepentingan pendawaian baharu terutama di kawasan padat bagi mengelak tragedi tidak diingini daripada berlaku.

Menurutnya, pihak JBPM tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pemeriksaan berkaitan isu pendawaian di premis persendirian, oleh itu orang ramai perlu mempunyai kesedaran sendiri untuk memastikan aspek keselamatan di premis masing-masing.

“Bagi bangunan yang perlu kepada sijil perakuan bomba atau Fire Certificate (FC) atau sijil layak menduduki bangunan (CF), penguat kuasa kita boleh masuk dan periksa.

“Tetapi untuk premis persendirian kita cuma boleh nasihat supaya mereka lebih ambil berat soal keselamatan, sentiasa periksa keadaan pendawaian elektrik di rumah dan jika ada masalah perbaiki dan yang lama perlu diganti,” katanya.

Dalam kebakaran kira-kira 8.15 malam pada 19 September lepas, sebanyak 12 bangunan termasuk kedai pakaian, emas dan kedai makan musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Keupayaan PAS kekalkan Kelantan? & kebakaran di Kg Cina.

Kita ambil perhatian dan hormati juga pandangan  pengarang BH yang negatif terhadap Kelantan seperti di atas.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

5 comments:

Anonymous said...

LEGASI NAJIB RAZAK : BATTERSEA POWER STATION DI LONDON BAKAL BERIKAN PULANGAN BESAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA

https://youtu.be/y3hg7RYcqH8

Suka atau tidak, sepanjang PH memerintah Malaysia, tidak ada sebarang kebaikan atau keuntungan yang diperolehi oleh rakyat Malaysia.

https://youtu.be/5AriBa3_lxQ

Ketua Pegawai Eksekutif IM Global Property Consultant Sdn Bhd, Ishak Ismail berkata, pelaburan seumpama itu bukanlah satu perkara baru di negara ini,

Semasa Tun Mahathir menjual aset khazanah negara dan hutang semakin bertambah dan 'pesta jualan' aset strategik negara oleh kepimpinan PH, ekonomi Malaysia juga semakin menguncup. Rizab Bank Negara semakin menurun selain harta Petronas dijarah secukup-cukupnya demi kelansungan politik kroni PH. Tapi tidak era Najib

https://www.edisi9.com.my/2022/10/projek-bps-lakar-sejarah-hubungan-ekonomi-malaysia-uk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=projek-bps-lakar-sejarah-hubungan-ekonomi-malaysia-uk

Golongan profesional seperti doktor dan peguam sudah mula melakukan pelaburan di negara seperti United Kingdom, New Zealand dan Australia memandangkan kebanyakan daripada mereka pernah bekerja atau belajar serta mengetahui mengenai situasi hartanah di sana

https://youtu.be/FCzldjcm5bw

Itu tak termasuk surat bekas Peguam Negara, ex AG lantikan Tun iaitu Tommy Thomas yang telah menyebabkan kedudukan kedaulatan negara ekonomi menurun kini boleh dicabar oleh anasir luar.

Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin pelaburan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap projek Battersea Power Station (BPS) di Central London akan memberi pulangan yang lumayan kepada rakyat.

Terima Kasih Najib Tun Razak

Pelaburan yang dibuat oleh KWSP dan PNB mampu memberikan pulangan yang lumayan buat KeluargaMalaysia

Anonymous said...

Suatu ketika dulu anuar memimpin abim. Waktu tu ramai yg pakai mini tudung. Kerana percaya kat anuar kononnya love Islam. Rupanya hanya pakaian luaran.

Anuar masuk umno. Dah mula tinggalkan Islam. Anuar lawan ketua pemuda. Anuar lompat jadi menteri. Akhirnya jadi tpm. Licik politik anuar. Cepat hingga lompat kepala senior. Dan sanggup bertenggek tengkok demi jawatan.

Ramai sangka anuar jadi pas. Rupanya tidak. Dengan pas nafsu dan selera rebut jawatan tiada. Ingatkan memperjuangkan Islam. Rupanya agamawan jadi bahan fitnah sebagai nyawa politik.

Mutakhir ini anuar bergabung dengan dapig. Dapig terkenal sebagai musuh Islam dan bumiputera.
Inilah rakan politik anuar. Semakin jauh anuar dengan Islam. Semakin anuar membawa pengikutnya ke laman jahiliah. Dapig tu dah jahiliah, anuar bawa rombongan ikut dapig.

Anuar memburukan pas. Bukan bongkar salah pas. Terbukti tiada isu tentang salah laku pas. Terus guna bahan fitnah untuk burukkan pas. Makin meminggir Islam dari iman anuar. Anuar sekarang bukan anuar dulu. Sekarang anuar gila kerusi pm. Apa nak jadi pada orang melayu bukan lagi faktor utama. Faktor utama macam mana nak duduk kerusi pm.

Ini bukan perkara baru. Keluar abim kerana kerusi pm. Masuk umno kerana kerusi pm. Tubuh pkr kerana kerusi pm. Bertanding kat port dickson kerana kerusi pm. Muafakat dengan atok kerala kerana kerusi pm. Paling laknat sanggup bersama dapig kerana kerusi pm. Inilah bala kerana tinggalkan Islam kerana kerusi pm. Semakin jauh dari Islam, semakin cinta dengan jahiliah. Hingga menyintai dapig jauh lebih dalam dari menyintai agamawan.

Anonymous said...

Rakyat marah najib sbab diq curi duit rakyat utk kesenangan politik dia dan kesenangan keluarga dia bbelanja boros la bodo, soal pelaburan negara bukan guna otak najib pon dol.. Ajib luluskn je, paria

Anonymous said...

Tk payah nk laga2 PAS, PAS klu tidak bersama BN, ramai pengundi atas pagar akn undi PAS laaaa.. Ko citer apeee, bukti nya ble PAS dlm BA dlu dol.

Anonymous said...

10.17 lu nak ini machiam ka bodo..?

Senarai Nama Kaum Cina Penerima Wang Rasuah 1MDB. Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah meminta bekas Peguam Negara Tommy Thomas sembunyikan di masa Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kerajaan pH.

https://youtu.be/C2vYX3CwfE8

DAP menyembunyikan 346 kes melibatkan 346 entiti dan individu yang telah menerima RM307 juta wang 1MDB.

1. Laverage Asia Sdn Bhd 31.5 juta
2. Enr Marketing. 24.3 juta
3. Mega Utilities Sdn Bhd. 18.3. juta
4. Kek Lok Si Tample 12 juta
5. Homewin Renovation n Cons 11.44 juta
6. Music Melody Store. 6.58 juta
7. G Event Managmnt. 2.93 juta
8. Pers Cintai A. Sekitar P. Pinang. 2.65 juta
9. Jaya Printing & Advertising. 1.07 juta
10. MCA Bah Tanjung P.Pinang. 1 Juta
11. Geh Choh Hun. 22.8 juta
12. Oii Teng Seng. 4.55. juta
13. Cheah Kah Chye. 4.4 juta
14. Yeap Chee Cheong 4.4 juta
15. Goh Kheng Huat. 4.2 juta
16. Oii Kheng Hin. 4.01 juta
17. Choo Keng Hock 3.84 juta
18. Toh Lean Seng. 3.5 juta
19. Chong Thong Yeow. 3.24 juta
20. Teh Hun Liang. 3.04 juta
21. Lembaga Union Pinang School 2.25 juta
22. Pinang Chinese High School. 1.25 juta
23. Chung Ling High School. 1 juta
24 J/K Chua Nan School. 0.5 juta
25 Pers Penduduk B. Daya Penang. 0.4 juta
26. Chung Ling High School. 0.25 juta
27. Smjk Phor Tay School Commitee. 0.25 juta
28. Pers Kebudayaan Pangkalan Kota P. Pinang. 0.204 juta
29. MCA Bah Tanjung P. Pinang. 1 juta
30. Parti Gerakan Rakyt Johor. 0.4 juta
31. Parti Gerakan Kelantan. 0.3 juta
32. Parti Gerakan Malaysia. 0.25 juta
33. Parti Gerakan Cameron H/land. 0.2 juta

Bukan ke ini conflict of interest? Pada orang Melayu buka biji mata besar besar sekelian. Inilah Bahana bila jadi barua dan terlalu percayakan kaum Jho Low dalam urusan kerajaan. Tak cukup bangsa Jho Low terima habuan besar, Pulau Batu Putih beri pada anak Lee Kwan Yew Singapura. Apa punya celaka sial perangai buruk mantan PM macam ini..!?

Kenapa tiada tindakan diambil terhadap lebih dari 350 penerima duit 1MDB yang bukan dari UMNO? Kebanyakan penerima ini kaum Jho Low Pulau Pinang dan mereka menerima sejumlah RM780 juta, pada hal orang UMNO menerima hanya RM19 juta sahaja...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails