Wednesday, October 19, 2022

Kes penculikan warga Palestin di KL.. & 11 didakwa.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

1. Kes penculikan warga Palestin: Jangan timbulkan spekulasi - KPN

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menggesa supaya mana-mana pihak jangan menimbulkan sebarang spekulasi berhubung insiden penculikan seorang warga Palestin di ibu negara, baru-baru ini, kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata 11 individu sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat lalu, atas pertuduhan menculik lelaki itu bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan dan menunggu proses sebutan semula kes pada 15 Disember depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menegaskan, orang ramai diminta tidak menimbulkan spekulasi berhubung kes itu sehingga mengganggu siasatan serta mengelirukan masyarakat. 

Terdahulu, laporan akhbar New Straits Times (NST) hari ini mendakwa ada ejen perisikan Mossad dari Israel masuk ke Malaysia dan menculik warga Palestin yang berada di negara ini.

Dalam laporannya, NST mendakwa ejen Mossad memasuki negara ini dalam usaha mengesan dan menculik rakyat Palestin yang mereka percaya adalah aset Briged Hamas al-Qassam.

Memetik laporan NST, Mossad dipercayai merekrut aset tempatan bagi membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, termasuk dalam kes penculikan dua lelaki Palestin yang dipercayai aset Briged Hamas al-Qassam di ibu negara, baru-baru ini.

Akhbar itu mendakwa dalam operasi di tengah-tengah Kuala Lumpur, pasukan perisik memintas dua warga Palestin sejurus selepas jam 10 malam 28 September lalu, ketika kedua-duanya mahu memasuki kenderaan diletakkan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, di sini.

Berikutan laporan NST itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam responnya hari ini berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti dakwaan itu sebelum tindakan lanjut diumumkan.

Pada 17 Mei 2021, Hamzah dalam satu kenyataan, memaklumkan KDN memandang serius ancaman keselamatan dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Beliau dipetik berkata, Malaysia mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung serta menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin, dan akan terus memelihara ketenteraman awam serta keselamatan rakyat Malaysia, selain warga Palestin yang berada di negara ini.

Beliau juga memberi jaminan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan lain sudah meningkatkan kawalan keselamatan dalam semua aspek susulan ancaman Israel terhadap pemimpin pejuang Palestin di seluruh dunia, termasuk Malaysia.


2. 11 individu termasuk seorang wanita didakwa culik warga Palestin 

Sebelas individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit / FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Mereka ialah Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23; Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; Nidarahayu Zainal, 34, dan Raibafie Amdan, 39.

Kesemua tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia namun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar Z. M. Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada pukul 10.40 malam, 28 September lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh dijamin selepas Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hanum Abdul Hadi memaklumkan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Pada 5 Oktober lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Mangsa diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 September hingga 4 Oktober.

Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 September lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan. -BERNAMA

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Bila goreng mamak tak laku tekak rakyat dah naik kembang, atok arah goreng Tok Wan pulak.. goreng mintak sempati alahaiii

Ari ni isytihar bubar parlimen utk PRU 15, esok laki dia yang terkinja kinja umum pertahan kerusi Langkawi. Kalau dah tau laki kau mcm tu, elok mintak dia jangan bertanding PRU 15 lah bodoo...!!

Lama kelamaan selepas 22 tahun, badan dah tak kuat, mata tak nampak, nak berjalan pun kena berhati-hati takut jatuh, saya pun kena jaga kesihatan kalau nak jaga suami,” katanya.

Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.

Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.

Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah.

Dia letih ( bila buat fitnah jijik dia terkinja kinja bersemangat.!!) mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat (kalu buat fitnah Dia mcm tak kenal penat jeer..), saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” kata Dr Asmah..!!

Goreng Tok Wan rasa tawar meleleh,tak ada garam, kopi pekat melekat tapi tak ada gula suma tak ada rasa .. deyy itu dialog AR Tompel 3 Abdul laaa...!! kikikik

bodohh lah goreng tok wan ni...!!


Udah udah lah tuuhh... tok wan tak payah goreng sempati sangat... lagi meluat rakyat nengok nyer

Anonymous said...

Walau Bossku terpenjara Tun masih meratib nama Najib.

Ibarat pertandingan tinju tangan lawan digari, dendam dan fitnah jijik.

Sekiranya BN menang UMNO terajui kerajaan adalah menjdi tanggungjawab kerajaan baru membebaskan pemimpin tahanan politik kerana sepanjang kes berjalan banyak bukti baru di tolak oleh mahkamah mafia kartel Kerala. Menjadi kewajiban untuk bicara semula kes kes itu.

Najib akan bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti fitnah jijik dan andaian Tun Mahathir.

Presiden UMNO terpaksa ‘membayar harga yang tinggi’ diugut dan dipaksa lepas jawatan selepas menolak permintaan Mahathir membubarkan UMNO.

Ternyata benar dan sah kini itu lah cara game Tun Mahathir iaitu ugut dan penjara..!! Mahathir masih sangka rakyat duduk dizaman batu tidak tahu maklumat2 baru.

Demi untuk menghalang Najib dibebaskan serta perkara2 lain yang telah dirancang maka , Mahathir pergunakan agenda Melayu sebagai alat ‘decoy’ rencana peribadinya.

Mahathir mendakwa UMNO kini hanya memperjuangkan kepentingan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ya, saya suruh Zahid bubar UMNO. Saya ugut Presiden UMNO bila kalah dalam PRU14 dan ramai dari wakil rakyat UMNO tinggal UMNO. Ada yang lompat masuk Bersatu.

“UMNO kalah kerana tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. UMNO hanya berjuang untuk Najib. Sokongan kepada Najib bukan kerana setia tetapi kerana duit.

Mahathir mendakwa matlamat UMNO dan perjuangan parti itu yg mewakili kumpulan terbesar orang Melayu itu tidak lagi berteraskan agama, bangsa dan negara.

Hanya Melayu boleh tolong Melayu

Pemimpin Acah Acah Power Melayu Islamik menguasai negara hampir 22 tahun 22 bulan. Tak ada kuasa terpekik terlolong cari Melayu. Bila tak ada kuasa cari Melayu hasut Melayu tangkap Jho Low, bila ada kuasa nak cari Cina Jho Low buat buat bodoh.

Bila ada kuasa maki hamun dan sindir sindir bangsa Melayu. Bila berkuasa kroni kaum Cina dia bela. Bole bagi Pulau pada anak Lee Kwan Yew. Celaka sungguh punya pemimpin macam ini.

Mahathir juga dilaporkan amat gusar dengan kes RCI Pulau Batu Puteh dan kes2 lan mebabitkan dirinya seperti kes Bekas Gabenor dan Hakim Rasuah lantikan nya.

Elok dibela saja Parti PejWang kau tu. GTA kau tu bela helok helok biar UMNO urus parti nya sendiri. Tak guna cakap pasal UMNO kalau kau tubuh Parti PejWang. Tanpa Tun UMNO lagi tambah kuat dan selamat.

Sila berambos..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails