Monday, October 17, 2022

Keluar.. 400 UMNO keluar parti. Beza PAS-parti lain.

 


1. Lebih 400 ahli Umno Bachok umum keluar parti

BACHOK: Ketika Umno bahagian seluruh negara menyatakan sokongan terhadap Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri (PM) ke-10, sebaliknya sebahagian ahli Umno di sini mengumumkan keluar dari parti itu.

Ketua Bahagian Bersatu Bachok, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, semalam 82 ahli Umno di Kampung Kemasin, Dun Pantai Irama mengumum meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu.

Kata beliau, kebanyakan mereka tediri daripada golongan B40 yang bekerja sebagai nelayan.

“Mereka meninggalkan Umno pada program Jelajah Selamat Tinggal Umno yang dianjurkan Bersatu Bachok diadakan di Kedai Kopi Kampung Kuala Kemasin.

“Mereka menyerahkan borang menyertai Bersatu,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Kelantan pada kenyataan semalam.

Hadir sama Pengerusi Badan Pimpinan Negeri, Dato’ Kamarudin Mohd Nor.

Zulkifli juga berkata, pihaknya menyasarkan lebih 5,000 ahli Umno menyertai Bersatu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau yakin sasaran itu menjadi kenyataan berdasar perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Kata beliau dengan gelombang keluar Umno di Kelantan sekarang usaha Bersatu untuk mengumpulkan 15,000 ahli baharu di Bachok akan menjadi kenyataan.

Zulkifli juga berkata, program ‘Selamat Tinggal Umno’ akan diterus sepanjang tempoh berkempen PRU15.

Sebelum itu bekas Ketua Cawangan Umno Senok Tok Pakeh Che Ramli Haron bersama 338 ahli Umno turut mengumumkan keluar dari Umno.

Katanya beliau terharu memandangkan ramai ahli dan penyokong Umno mengikut jejak langkahnya.

Katanya, ahli-ahli dan penyokong Umno cawangan Senok Tok Pakeh secara sukarela keluar dari parti itu dan menyertai Bersatu.

“Saya sangat kecewa dengan kepimpinan Umno bahagian dan hilang keyakinan kepada pimpinan Umno pusat.

“Pimpinan Umno hanya memikirkan tentang kuasa dan kedudukan mereka tanpa mengambil kira kehidupan rakyat di bawah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/10/22

2. Perbezaan PAS dengan parti-parti lain  

PERBEZAAN ketara antara PAS dengan parti-parti lain adalah komitmen melaksanakan Islam atau syariah.

Mengambil contoh negeri Terengganu, apabila menang PRU 1999, Terengganu di bawah Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) telah menggubal dan meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS). 

Apabila PAS mengambil alih Terengganu sekali lagi pada 2018, di bawah Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam), Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan. 

Dokumen Garis Panduan ini sebagai kesinambungan daripada EJKS yang berbentuk mendidik. Alhamdulillah, perlahan-lahan proses didikan dibuat menampakkan hasil. 

Antara buah yang ranum yang berjaya dipungut adalah;

1. Hampir 100 peratus atlet Terengganu mengenakan pakaian yang mesra syariah. Masih berbaki 3 4 sukan yang masih belum sempurna pematuhan, proses terus berjalan. 

Mufti dilantik sebagai ahli Majlis Sukan Negeri, penubuhan unit kerohanian dan terdapat juga insentif kepada atlet yang berpakaian patuh syariah.

Lagi manis, dalam mesra syariah itu Terengganu terus berkembang menjadi kuasa besar sukan negara. Naib Juara SUKMA dengan pungutan pingat tertinggi dalam sejarah.

Siapa kata bila ikut Islam, sukan tak power

2. Konsert JOM HEBOH bertukar majlis ilmu dan selawat. Polisi kerajaan negeri telah mengarahkan imej negatif JOM HEBOH tertanggal di sempadan negeri Terengganu. 

Artis berjubah dan melantunkan nasyid serta selawat merubah konsep asal JOM HEBOH yang terkinja-kinja. Terengganu menjadi contoh dalam hal ini. 

3. Penubuhan Skuad Amar Maaruf Nahu Mungkar. Hari itu heboh sekejap Skuad Amar bekerjasama dengan Polis, JPJ dan JHEAT buat roadblock sama pembonceng motosikal yang bukan mahram. Lain macam bang. 

4. Pengasingan tempat duduk di pawagam. Pawagam-pawagam di Terengganu dikenakan syarat untuk diasingkan tempat duduk. Lelaki, perempuan dan keluarga. Alhamdulillah, syarikat pawagam sanggup ikut. 

5. Kegiatan dan kehormatan wanita terpelihara. Ingat tak lagi heboh isu catwalk model dalam Hari Sayyidatina Aisyah di Terengganu. 

Fashion Show tersebut juga diadakan dalam keadaan tertutup untuk para wanita sahaja. Begitu dijaga batasan untuk meraikan kehendak. 

6. Akan datang Sukan Wanita Terengganu (SUKWA) sukan yang melibatkan wanita sahaja. Ini juga merupakan satu usaha untuk mendidik rakyat bersukan dengan mematuhi syariat. 

7. Bertumbuhnya program-program pengukuhan ilmu berkaitan pelaksanaan syariah seperti Hari Memperingati Itqan Al Muluk Bitta’dil As-Suluk, Karnival Pembudayaan Hidup Bersyariah, seminar, forum, ceramah dan sebagainya. 

Ini semua adalah penyataan komitmen dan pembuktian komitmen untuk melaksanakan syariat Islam di Terengganu. Inilah yang tiada pada parti-parti lain. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 17/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Keluar.. 400 UMNO keluar parti. Beza PAS-parti lain.

Semoga akan mengambanglah sang purnama di langit Malaysia lepas PRU 15 ini.. Bertambah jelaslah cahaya Islam meneranginya. Insya Allah.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Syabas pada yg keluar UMNO..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails