Tuesday, October 18, 2022

Anak perantau India sokong PAS. 3 hari 283 terbunuh.

 


1. Anak perantau kaum India pertahan kerajaan PAS

KUALA LUMPUR: Persatuan Keturunan India Kelantan Se-Malaysia (SOKMO) menyarankan anak-anak perantau keturunan India balik menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Presidennya N Dorairaj berkata, mereka perlu balik mengundi bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Undi anak-anak perantau termasuk kaum India penting demi masa depan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya pada program anjuran Unit Hubungan Seranta, Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) di sini semalam.

Program itu diadakan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN). Ia dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan pimpinan PERAKAN.

N Dorairaj juga berkata, kerajaan negeri diterajui PAS sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum termasuk kaum India.

“Masyarakat India sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri di Kelantan dan mereka yang tinggal di perantauan di seluruh negara.

“Saya dan majoriti anak kaum India berasal dari Kelantan menyokong penuh PAS pada PRU15 ini” katanya.

Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Kerajaan Kelantan yang merayakan sambutan ulangtahun ke-32 dasar Membangun Bersama Islam diadakan bermula esok. – HARAKAHDAILY 18/10/2022

2. 283 kes pembunuhan di Mexico dalam masa 3 hari  


BANDARAYA MEXICO: Mexico mencatatkan 283 kes pembunuhan dalam tempoh tiga hari lepas, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan harian Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat melaporkan 93 pembunuhan pada Jumaat, 107 (Sabtu) dan 83 (Ahad).

Guanajuato, Jalisco dan Michoacan ialah negeri yang mencatatkan jumlah kes pembunuhan paling banyak.

Sementara negeri Jalisco melaporkan paling banyak pembunuhan pada Jumaat iaitu 14 kes, Guanajuato pula mencatatkan lebih 20 kes pada Sabtu.

Pada malam Sabtu, pihak berkuasa di Guanajuato menerima laporan mengenai kejadian tembakan di perbandaran Irapuato, enam lelaki dan enam wanita maut di sebuah bar.

Kejadian itu yang kedua berlaku di Guanajuato dalam tempoh sebulan. Pada 21 Sept, lelaki bersenjata tidak dikenali menyerbu sebuah bar di perbandaran Tarimoro di Guanajuato meragut 10 nyawa.

Peningkatan terbaru dalam keganasan terancang yang direkodkan di negara itu, antara lain didakwa berpunca daripada kelemahan Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador yang enggan mengubah strategi keselamatan.

Sebaliknya, Lopez Obrador menyatakan strategi keselamatan awamnya telah membuahkan hasil positif.

Bagaimanapun, sejak beliau menjadi presiden pada Disember 2018 lebih 34,000 pembunuhan dilaporkan dalam tempoh setahun.

Pada awal bulan ini Kongres Mexico meluluskan rang undang-undang untuk tentera Mexico melakukan rondaan di jalan-jalan, satu langkah yang menimbulkan kebimbangan kerana kadar kes pembunuhan masih tidak berkurangan. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anak perantau India sokong PAS. Dan 3 hari 283 terbunuh di Mexico.

Semua rakyat mahu kepada perlindungan dan perdamaian. Itulah yang dibawa oleh PAS dan Islam. Al-hamdulillah.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Parti liberal dan parti kuali adalah dua parti yg merosakkan Islam. Jadi penghasut dan menyampaikan fitnah terhadap Islam.

Hanya utamakan rasuah. Aqidah tolak tepi. Mabuk, lgbt, judi adalah soal peribadi. Bab curi nanti potong tangan. Jadi mereka ni iblis tapi dalam badan manusia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails