Monday, May 16, 2022

Tahniah kedai jual arak, patuhi garis panduan DBKL..

 

Kedai patuhi garis panduan kawalan masa penjualan arak

KUALA LUMPUR: Kedai-kedai di sekitar ibu kota Kuala Lumpur didapati mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan perintah mengehadkan  penjualan minuman keras, arak atau liquor yang memabukkan di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina yang mula berkuatkuasa sejak 1 Nov 2021.

Hasil tinjauan HarakahDaily mendapati  kedai-kedai berkenaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Pemilik dan pekerja di kedai- kedai turut mengunci ruang penjualan selepas tamat masa operasi penjualan bir, iaitu bermula jam 7 pagi sehingga 9 malam sahaja. 

Kedai-kedai tersebut juga menampalkan notis tentang kawalan masa penjualan arak yang bermula jam 7 pagi sehingga 9 malam di premis kedai masing-masing.

Selain itu, pasar raya, kedai runcit, pusat perdagangan dan pusat beli-belah juga mematuhi masa penjualan minuman keras bermula dari jam 7 pagi hingga 9 malam; manakala tempoh masa untuk kedai arak pula secara khususnya bermula jam 10 pagi hingga tengah malam.

Dalam pada itu,  orang ramai yang ditemubual menyokong penuh usaha kerajaan berkaitan dengan isu kawalan masa penjualan arak ini kerana ia dapat mengelakkan banyak implikasi yang negatif.

Pekerja kilang, Alif Haikal, 27, berkata, penjualan arak di kedai serbaneka perlu dipantau dengan ketat kerana isu arak yang boleh membawa kepada masalah mabuk yang  boleh mengundang maut kepada diri pelaku serta orang lain.

Aliff Haikal

Menurutnya, prosedur penjualan arak kepada pelanggan harus diperketatkan seperti meminta pembeli mengemukakan kad pengenalan sewaktu pembayaran di kaunter pembayaran. 

Ini kerana pembeli mungkin dalam lingkungan bawah 18 tahun atau beragama Islam. Seperti yang diketahui umum,  penjualan arak keatas seseorang yang beragama Islam adalah tidak dibenarkan.

“Dalam Islam, perkara yang memabukkan haram di sisi agama. Setiap perkara yang dilarang oleh agama semestinya membawa sebab yang baik. Jika penjualan arak dibenarkan  kepada semua tidak kira bangsa atau agama, pasti dunia akan porak peranda.

“Pengambilan arak boleh menyebabkan seseorang itu mabuk dan menyebabkan tidak dapat  berfikir secara waras,  seterusnya menyebabkan pergaulan bebas yang boleh mengundang maksiat. Maka, terjadinya kes-kes berleluasa seperti  seks bebas tanpa kawalan dan mengundang kepada kes pembuangan bayi kerana malu berhadapan dengan masyarakat. Oleh itu, Islam melarang umatnya untuk mengambil arak,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Nurul Nadiah

Sementara itu, menurut penulis bebas, Nurul Nadiah Mior Zulkifli, 30, berkata, usaha Kementerian Wilayah Persekutuan mengehadkan penjualan arak merupakan satu usaha yang bagus dan sudah pasti ramai umat Islam menyokong langkah yang murni ini.

Katanya, jumlah kes pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan berbahaya dapat dikurangkan disebabkan stok arak sukar didapati. 

“Justeru, kawalan masa penjualan arak ini merupakan satu tindakan yang wajar dan memang sepatutnya pihak berwajib mengambil tindakan ke atas golongan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, ejen insurans, Ahmad Dzul Azree Dzulfakar, 30, pula bersetuju dengan usaha kerajaan untuk mengehadkan penjualan di kedai-kedai awam kerana hal ini dapat membendung umat  Islam daripada membeli arak dengan  sewenang-sewenangnya.

Ahmad Dzul

“Menurut perspektif Islam, orang yang menjual arak itu juga tergolong dalam golongan mereka yang berdosa. Sekiranya pekerja di kedai tersebut merupakan seorang Muslim, maka kawalan terhadap penjualan arak ini adalah langkah terbaik kerana ia merupakan satu kebajikan akhirat untuk pekerja mereka juga. 

“Bagi saya, arak tidak perlu pun  dijual di kedai-kedai runcit melainkan kedai itu memang kedai yang berstatus (menjual barangan) tidak halal,” tegasnya.

Terdahulu, Kementerian Wilayah Persekutuan mengehadkan penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina di ibu negara bermula 1 November 2021.

DBKL tidak membatalkan lesen penjualan arak secara keseluruhan, namun hanya mengeluarkan garis panduan untuk mengawal penjualannya kepada orang Islam. -HARAKAHDAILY 12/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kedai jual arak, kerana patuhi garis panduan DBKL.

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Bila ultra bertukar jadi Barua DAP@Lee Kwan Yew.

Pentadbiran kerajaan PH dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.

"Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?" soal baginda dalam satu kenyataan pada tahun lalu.

Laluan PrjWang di PRU 15 ama sukar kali ini. Pastikan boboi lingkup dan dilingkupkan sama sekali kali ini. Tamatkan terus riwayat legasi penipu fitnah jijik ini selama lama nya.

Lingkupkan Boboi bermakna lingkupkan Marina Gereja yang pejuang COMANGO murtad..!!

Anonymous said...

10 Projek Mega Mahathir Gagal, Kerajaan ‘Bail-Out’. Setelah bailout dan rompak.

Masa projek dimulakan anak cucu dan kroni dah rompak projek melalui runding terus. Setelah projek tamat syarikat rugi dan cipta alasan.

Dah cipta alasan 'bailout' dilakukan. Bailout duit kerajaan maka kroni dan anak cucu mula rompakan di siang hari. Cipta alasan rugi dan mohon dibailout lagi. Sudah bailout rompak lagi.. begitulah seterusnya.

Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail-out oleh Mahathir melibatkan syarikat kroni beliau.

1. LRT Putra-Kelana Jaya
Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998. Bankrap dan bail-out nilai RM5.3 bilion.

2. LRT2 (Star-Ampang)
Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.

LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

3. KL Monorail
Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion.

4. Bas Intrakota
Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

5. Skandal Perwaja Steel
Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries. Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion

6. Skandal Bank Bumi
Lapor Asia Correspondent, skandal Bank Bumi semasa zaman Tun Mahathir berkait kehilangan berbilion-bilon duit

7. Empangan Bakun
Krisis ekonomi empangan hidroelektrik ini melibatkan banyak tangan yang silih berganti

8. Proton
Proton telah memohon kerajaan sebanyak RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor

9. Forex
Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990-an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab. Langsung tak bunyi.

10. Malaysia Airlines (MAS)
Pada era 1990-an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin, bagi pihak Kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50)

Ada projek yg diselamatkan(bailout) oleh kerajaan setelah dibailout maka rompakan disiang hari kroni dan anak cucu dilakukan semula.

Bailout dan rompak lagi.. bailout dan rompak lagi... Bailout dan rompak lagi dan Begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampos.. eeh itu dailog cite P Ramlee laa..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails