Tuesday, May 17, 2022

Putusan bekas EXCO Perak & ADUN DAP yang hemoi rogol amah..

 

Nasib Paul Yong yang didakwa atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia akan diputuskan mahkamah pada 29 Jun ini.

Keputusan kes ADUN Tronoh rogol amah 29 Jun ini

IPOH: Keputusan sama ada bekas EXCO Perak, Paul Yong Choo Kiong dibebaskan atau didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia akan diketahui 29 Jun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadual membacakan keputusan di akhir pembelaan kes itu pada jam 10 pagi.

Pasukan mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu mengakhiri pembelaan kes dengan memanggil tiga saksi termasuk Yong dan isteri, Too Choon Looi, 46, pada 16 Mac, selain saksi terakhir yang juga bapa saudara pembantu rumah terbabit, Muhammad Rusdi, 51, pada 31 Mac.

Hari ini pula ditetapkan untuk pendengaran hujah lisan selepas hakim mengarahkan pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujah bertulis sebelum atau pada 25 April dan bantahan pada 9 Mei.

Pada 7 Disember 2021, Mahkamah Tinggi mengarahkan Paul Yong memfailkan pembelaan atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Paul Yong, 52, mengaku tidak bersalah pada 23 Ogos 2019 atas dakwaan merogol pembantu rumah berusia 25 tahun di rumahnya di Meru Desa Park pada 7 Julai 2019, antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dengan pihak pendakwaan memanggil 23 saksi termasuk dua saksi dilindungi, untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan bermula 5 April.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin, manakala Paul Yong diwakili peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, putusan bekas EXCO Perak & ADUN DAP yang hemoi rogol amah.. 29 Jun ini

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails