Saturday, May 21, 2022

P/keselamatan cabul, samakah M/Kewangan dikaitkan rasuah?

 

Pengawal keselamatan ditahan kes cabul murid sertai qiamullail

TANAH MERAH: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah rendah di sini ditahan bagi siasatan kes cabul seorang murid lelaki ketika mangsa sedang tidur bersama rakan-rakannya yang menyertai program qiamullail di surau sekolah terbabit.

Lelaki berusia 38 tahun terbabit yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sementara, ditahan susulan laporan polis dibuat bapa kepada mangsa berusia 12 tahun berkenaan yang menceritakan kejadian Khamis lalu itu selepas dijemput dari sekolah pada jam 10.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, menurut laporan, kejadian berkenaan didakwa kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin di surau sekolah itu.

"Pada malam kejadian mangsa terbabit dengan program qiamullail dan sedang tidur bersama rakan sekolah dalam surau itu ketika didakwa dicabul oleh suspek. Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan," katanya hari ini.

Menurutnya lagi, pengawal keselamatan berkenaan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.

Komen Weblog Ibnu HasyimPengawal keselamatan ditahan berkait kes cabul murid sertai qiamullail. Samakah dengan kes bekas Menteri Kewangan sesebuah negara, tiba-tiba dikaitkan dengan rasuah? Atau kes rasuah lebih besar dan parah lagi dari mencabul?

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails