Thursday, May 19, 2022

Filem Mat Kilau buktikan 'hak istimawa' Melayu/Islam/bumiputera..

 

HALAMAN HIBURAN

Filem Mat Kilau seru generasi muda jiwai semangat pahlawan Melayu Islam

KUALA LUMPUR: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mampu menjadi suatu medium baik yang dapat menyeru dan membantu mencetuskan agar generasi muda lebih menjiwai semangat kepahlawanan Melayu Islam.

Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, silibus dalam buku-buku sejarah, baik di sekolah rendah mahupun menengah sangat terhad kandungannya menyebabkan generasi muda tidak ada sumber tambahan yang boleh membantu mereka agar lebih menjiwai semangat kepahlawanan. 

Justeru katanya, melalui filem sebegitu, generasi muda dapat melihat dan menjiwai  bagaimana pejuang-pejuang Melayu kental berhadapan dengan penjajah dalam mempertahankan tanah air.

“Saya amat mengalu-alukan filem berunsur sejarah atau filem yang diinspirasikan dari sejarah yang mana kita amat jarang terokai aspek sebegini.

“Kita lihat Turki bukan sahaja berjaya menjual karya sejarah mereka  seperti melalui filem Dirilis Ertugrul, tetapi juga mampu membina jati diri bangsa mereka melalui seni perfileman,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat negara ini sewajarnya mengambil iktibar dengan  semangat pahlawan-pahlawan kita yang  dengan lantang boleh menolak idea dan  nilai budaya asing pada zaman mereka yang tidak canggih sepertimana pada era kini.

Tambah beliau, maka orang Melayu perlu lebih bijak dalam memastikan Islam dan budaya Melayu kekal terpelihara.

Menurut Dr Rafidah, di peringkat global, kuasa-kuasa besar kini sedang mencatur agar negara-negara membangun seperti Malaysia menuruti kehendak mereka yang sudah tentu, sekarang  ini agendanya itu dilakukan secara ‘subtle’ atau secara tidak begitu ketara di mata umum antaranya adalah menerapkan nilai-nilai mereka yang sekular, selain menolak agama melalui hak asasi yang dikatakan bersifat universal dan ini dilakukan melalui pelbagai konvensyen-konvensyen hak asasi. 

“Sebenarnya nilai hak asasi mereka tidaklah universal, tetapi menurut acuan dan budaya hedonism mereka  yang banyak mudaratnya, “ tegasnya yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Mat Kilau merupakan seorang pahlawan Melayu Islam yang berjuang menentang penjajah British di Pahang, Tanah Melayu.

Terdahulu, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang bakal menemui penonton di 90 pawagam di seluruh negara bermula 23 Jun ini dihasilkan dengan kos mencecah RM8 juta, selepas menjalani penggambaran selama 100 hari di Perak dan lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Filem arahan Syamsul Yusof yang mengambil inspirasi dan mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu Islam, Mat Kilau atau nama penuhnya, Mat Kilau Imam Rasu itu menampilkan lakonan Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, selain barisan pelakon utama terdiri daripada Wan Hanafi Su bagi watak bapa Mat Kilau, Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Memperkuatkan lagi barisan pelakon filem yang memfokus tentang perjuangan Mat Kilau bersama bapanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya yang bangkit menentang penjajahan British di Pahang, Tanah Melayu ketika itu termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan (Haji Muhammad), Datuk Rahim Razali (Imam Battoqh), Namron (Haji Sulong), dan Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman). – HARAKAHDAILY 19/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Filem Mat Kilau buktikan 'hak istimawa' Melayu/Islam/bumiputera negara ini, seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukan membawa ke arah kesesatan kefahaman komuns/sosialis/demokratis...

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Seruan bekas Hakim Rayuan, Mah Weng Kwai perlu diambil perhatian, kerana hakim rakyat sedang memerhati dan akan menjatuhkan hukuman pada pru15.

“Isu berkenaan siasatan terhadap hakim Nazlan telah menjadi isu kepentingan awam” kata Mah Weng Kwai , seorang bekas hakim mahkamah rayuan berkenaan kes Nazlan.

Dalam hal 'mengenakan' Najib Razak , semuanya didedah dan disebarkan kepada umum ternasuk hal yang tidak ujud.

Namun, apabila berkaitan perilaku peribadi Nazlan, banyak pula tentangan dari mereka yang kononnya “uphold laws and justice”.

Mereka mereka cuba pedaya masyarakat yang buta undang undang bahawa hakim tidak boleh disiasat kerana “separation of power’.

Sedangkan ia bukan isu ‘seperation of power’ tetapi sebalik nya perilaku rasuah seorang individu yang memakai perasuah pakai 'jubah hakim' yang perlu didakwa jika benar ada menerima wang sogokan seperti yang didapati didalam akaun peribadinya.

Nazlan disiasat atas kapasiti diri sendiri berkemungkinan menerima sogokan berkaitan wang didalam akaun nya sejumlah RM1 juta lebih.

Mah Weng Kwai bukan calang calang individu, kerana selain pernah menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, Mah juga ada lah bekas Presiden Majlis Peguam.

Kenyataan Mah sangat benar kerana orang awam akan membuat spekulasi sendiri dan mereka tidak boleh dipersalahkan.

Bukan sahaja skandal wang dalam akaun Nazlan sahaja cuba diselindung, bahkan skandal bekas Gabenor Bank Negara Zety dan Taufiq Ayman juga cuba dilindungi.

Ia perlu didedahkan kepada orang awam dan seluruh negara.

Tun rakyat sudah naik meluat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails