Tuesday, May 17, 2022

Alternatif elakkan kemalangan, Jalan pintas T/Menora. & PAS+umno.

 

1. Jalan pintas tanpa melalui Terowong Menora?

IPOH: Kerajaan Perak menerima cadangan projek pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa melalui Terowong Menora, di Lebuhraya Utara Selatan, yang diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini.

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, berkata kerajaan negeri menyokong projek pihak swasta, melibatkan perjalanan projek melalui susur keluar Gopeng hingga ke Siputeh dan bersambung ke Kuala Kangsar sepanjang 64km itu yang turut telah memperoleh persetujuan Kabinet.

“Jarak melalui jalan itu sedikit panjang tetapi masa yang diambil tidak lama kerana tidak melalui bukit. Kerajaan negeri menyokong sepenuhnya cadangan tersebut kerana projek ini di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan tidak menggunakan dana kerajaan.
“Dalam tempoh setahun, syarikat berkenaan berjaya menguruskannya dengan berjumpa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk perbincangan lanjut.
“Syarikat itu mendapat kelulusan daripada kerajaan sejak Apr lalu dan akan mengambil masa dua tahun untuk mereka mendapatkan pembiaya dan seterusnya kerja pengambilalihan tanah akan dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), di sini hari ini.

Saarani berkata, projek itu diharapkan dapat mengurangkan kejadian kemalangan di kawasan panas tersebut kerana faktor geografinya yang mendatar dan tiada bukit serta kurang sesak.

Dalam kejadian tengah malam Rabu lalu, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan bersama dua treler di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar.

Terdahulu, Saarani meluluskan dana peruntukan sebanyak RM250,000 kepada PPPKM bagi membolehkan mereka meningkatkan urusan perniagaan ahli.

“Susulan terdapat penjaja yang terjejas sewaktu pandemik Covid-19, saya meluluskan peruntukan RM200,000 kepada PPPKM iaitu RM40,000 kepada persatuan induk di sini dan setiap RM10,000 kepada 16 daerah serta tambahan RM50,000 yang ingin diberikan dengan harapan mereka dapat menguruskannya dengan baik,” katanya. FMT

Komen Weblog Ibnu Hasyim sebelum ini: Apakah tragedi  korban di laluan Terowong Menora, puluhan tahun sebelum ini menggambarkan ke'tidak prihatinan rakyat' di kalangan kepimpinan terdahulu?

Lihat tulisan ini: Terowong Menora pembunuh, mengapa X prihatin? - Ibnu ...


Komen Weblog Ibnu HasyimKini sudah ditemui alternatifnya. Tahniah kerajaan negeri Perak. Insya Allah al-hamdulillah!

2. Gabungan PAS-Umno beri impak berganda dalam perjuangkan Islam 

KUALA LUMPUR: Gabungan antara PAS dan Umno akan memberikan impak berganda jika hasrat untuk untuk menyelaraskan perjuangan Islam dilaksanakan, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata demikian membalas cadangan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan supaya PAS dibubarkan kerana berpandangan Umno turut membawa wadah perjuangan Islam selepas meminda perlembagaan parti pada 2019.

“Bukankah elok PAS yang sudah lama bawa wadah perjuangan Islam dan kini Umno pun sama mahu perjuangkan Islam jika selaraskan? Itu lebih beri impak dan kesan berganda,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata Amzad, pendekatan Umno mahukan PAS dibubar untuk meperjuangkan islam agak janggal.

“Jika UMNO tiba tiba kata hendak memperjuangkan Islam pula, belum apa-apa sudah mahu minta PAS bubar, macam tidak berapa kena dan pelik pendekatan baru Umno yang kata mahu perjuangkan Islam? Islam minta kita satukan ummah, jangan sokong perkara yang salah,” jelasnya.

Pada Rabu, Ahmad Maslan dalam sebuah program yang disiarkan melalui Facebook Live mencadangkan PAS perlu dibubarkan kerana Umno turut membawa wadah perjuangan Islam.

Katanya, Umno sudah menjadi parti politik yang turut membawa wadah perjuangan Islam dan sudah meminda perlembagaan parti pada 2019 dengan meletakkan agenda mempertahan dan mendokong cita-cita agama Islam sebagai asas dan tujuan utama, berbanding hanya mendokong perjuangan kebangsaan Melayu.

Tambahnya, Fasal 3.3 Perlembagaan Umno sebelum ini, iaitu menegak dan mempertahan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan, kini sudah diletakkan menjadi Fasal 3.1.

Tambah Ahmad, jika sebelum ini Umno merupakan sebuah parti politik yang mendokong perjuangan kebangsaan Melayu, kini Umno adalah sebuah parti politik yang mendokong cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, Bumiputera, anak negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Melayu dan kemakmuran serta kestabilan negara berdasarkan Fasal yang dipinda pada 2019. – HARAKAHDAILY 13/5/2022

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails