Sunday, May 15, 2022

Panas sangat, burung-burung di India pun jatuh..

 


KL/IH: India sedang dilanda gelombang panas. Bukan manusia sahaja kepanasan, burung pun jatuh kerananya.

Beribu-ribu burung jatuh dari langit ketika beberapa bahagian di India dilanda gelombang panas. Suhu udara gila, mencecah 46 darjah celsius. Gelombang haba di India bukan sahaja menjejaskan aktiviti rakyat, antaranya, murid sekolah perlu memulakan kelas awal bagi mengelak panas pada waktu tengah hari.

Penyelamat haiwan di Gujerat berkata beribu-ribu burung juga telah mati akibat gelombang panas itu. Burung-burung itu jatuh dari langit semasa gelombang panas yang terik. Doktor di hospital veterinar di bandar Ahmedabad tiba-tiba mempunyai pesakit baru, berpuluh-puluh ekor burung.

Doktor dan jururawat memberi tablet multivitamin dan menyuntik air ke dalam mulut untuk mengelakkan dehidrasi.

Demikian bukti kekuasan Allah SWT.

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails