Tuesday, May 17, 2022

Rakyat sokong raja Perlis mengenai rasuah.. & PN, letrik. Al-hamdulillah!

 


1. Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa

ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah kemajuan tidak dapat dicapai sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan seharian masyarakat.

Baginda bertitah perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara.

“Amalan rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial dan seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-79 di Istana Arau, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan barisan exco kerajaan negeri.

Seramai 325 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda berkenan menganugerahkan darjah-darjah kebesaran itu kepada 22 orang penerima hari ini, manakala 303 orang lagi akan menerima anugerah mereka dalam majlis pada hari lain. – BERNAMA

2. PN hormati pendirian PAS pertahan MN 

KUALA LUMPUR: Pimpinan utama Perikatan Nasional (PN) sentiasa menghormati usaha-usaha parti komponen untuk kekal bersama dengan gabungan itu.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komitmen itu dinyatakan pada pertemuan pada hari raya dengan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Tetapi apa PAS nak buat, kita nak buat, ada usaha tertentu. Tak mengapalah. Akhirnya kita akan duduk semeja berbincang apa yang terbaik.

“Apa yang lebih penting untuk negara, itu yang saya fikir kita perlu berikan perhatian,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MKN) di Putrajaya, hari ini.

Menurut laman berita Malaysia Now, Muhyiddin berkata, PN tidak akan menghalang PAS terus berusaha mempertahankan kerjasama dengan Umno dan Muafakat Nasional (MN).

Kata beliau, PN tidak mengambil sebarang tindakan kerana PAS sentiasa berpegang kepada prinsip penyatuan ummah.

“Bagaimanapun berdasar kenyataan Umno termasuk presidennya mengatakan sudah sampai masanya tak ada lagi MN,” katanya.

Sebelum ini pemimpin PAS menegaskan parti itu berusaha mempertahankan MN bagi memperkukuhkan kekuatan ummah, di samping memperkasakan hubungan PN.

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah minggu lepas pada kenyataan memberitahu kerjasama PAS, Umno dan Bersatu penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. – HARAKAHDAILY 17/5/2022

3. Kadar tarif elektrik Malaysia antara terendah di ASEAN 

KUALA LUMPUR: Penularan pandemik COVID-19 yang disusuli konflik Rusia-Ukraine mengakibatkan industri elektrik global terus berdepan krisis harga berikutan peningkatan mendadak harga bahan api fosil iaitu arang batu, gas asli dan petroleum.

Harga arang batu misalnya, kini mencecah lebih US$200 setan sementara harga minyak mentah dunia pula sudah melebihi paras US$113 setong – suatu keadaan yang akan terus mendorong kenaikan harga arang batu dunia berikutan peningkatan permintaan. 

Lonjakan harga bahan api fosil, khususnya arang batu, menyebabkan industri elektrik negara menerima tempias dengan kos penjanaan elektrik kini meningkat 4.5 kali ganda. Ini kerana arang batu dan gas asli digunakan untuk menjana hampir 93 peratus bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia, dan kos penjanaan termasuk bahan api pula membentuk lebih 65 peratus daripada tarif asas elektrik.

Tekanan terhadap kos penjanaan disebabkan kenaikan harga bahan api ini dapat diuruskan secara lebih teratur dengan sistem tarif yang telus menerusi pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang membolehkan kos-kos berkenaan dikaji setiap enam bulan.

Menerusi ICPT,  kerajaan menetapkan jika berlaku penurunan harga bahan api dan kos penjanaan secara global, penjimatan akan dikembalikan kepada rakyat sebagai rebat ICPT. Namun jika berlaku kenaikan harga bahan api dan kos penjanaan, lebihan kos akan disalurkan kepada rakyat sebagai surcaj ICPT.

Pelarasan ICPT terkini untuk tempoh 1 Februari hingga 30 Jun 2022 membolehkan pengguna domestik di Semenanjung menikmati rebat dua sen bagi setiap kilowatt per jam (kWj) manakala surcaj minimum 3.70 sen/kWj dikenakan terhadap pengguna industri dan komersial.

Untuk memastikan pengguna domestik terus menikmati  rebat dua sen bagi setiap kWj tersebut, kerajaan memanfaatkan dana berjumlah RM715 juta yang disediakan menerusi Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Selain itu, pengguna domestik juga menerima subsidi lintang daripada sektor perindustrian serta komersial, menjadikan Malaysia antara negara ASEAN yang melaksanakan kaedah ini dalam usaha mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyatnya.

(Subsidi lintang dalam konteks ini merujuk kepada kadar tarif pengguna yang lebih tinggi dibayar oleh sektor bukan domestik bagi menampung kos elektrik pengguna domestik di bawah 300 kWj untuk keseimbangan ekuiti)

Kadar tarif terendah

Menurut Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST), antara faktor kadar tarif elektrik yang rendah di Malaysia ialah penggunaan campuran penjanaan dalam penghasilan tenaga elektrik.

Mengambil contoh Singapura, campuran penjanaan negara itu kebanyakannya melibatkan gas asli yang perlu diimport, manakala di Malaysia menyaksikan campuran penjanaan terdiri daripada pelbagai sumber bahan api seperti arang batu, gas asli, tenaga solar dan lain-lain. 

“Kepelbagaian dalam campuran penjanaan ini menyebabkan kos penjanaan elektrik di Malaysia lebih stabil dan seterusnya menjadikan kadar tarif elektrik di Malaysia munasabah serta berpatutan.

“Tambahan pula kadar tarif elektrik di Malaysia menggunakan elemen subsidi bersilang daripada pengguna-pengguna kategori komersial dan industri kepada pengguna domestik bagi tujuan keseimbangan ekuiti.

“Ini menyebabkan kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik lebih rendah jika dibandingkan dengan pengguna domestik di negara ASEAN yang lain seperti Singapura, yang mana kadar tarif elektrik di negara itu direka berdasarkan kos sebenar atau kos reflektif pembekalan elektrik,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, ST berkata ia mengawal selia sistem pengurusan elektrik di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

(IBR merupakan sebahagian daripada pemodenan industri bekalan elektrik yang telah diperkenalkan bagi penetapan tarif elektrik ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada awal  2014, NUR Power (pembekal elektrik Taman Teknologi Tinggi Kulim) pada awal 2017, dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada awal 2022)

“Objektif utama mekanisme IBR adalah untuk melindungi pengguna dengan memastikan harga tarif yang munasabah kepada pengguna akhir. Ini membolehkan syarikat utiliti memperoleh pulangan yang berpatutan daripada pelaburan dalam menyediakan infrastruktur bekalan elektrik mengikut tempoh IBR yang sama.

“Pulangan tersebut juga dilaburkan semula bagi menambah baik dan meningkatkan lagi sistem pembekalan elektrik di negara ini,” jelas suruhanjaya itu. 

Dalam pada itu, rangka kerja IBR  membolehkan penetapan tarif secara berstruktur, telus dan efektif dengan  mengambil kira keperluan perbelanjaan pembangunan dan operasi yang efisien oleh pihak utiliti dalam menyediakan perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna yang tertakluk kepada peraturan dan proses kawal selia yang sangat ketat oleh ST.

Mekanisme ICPT

Pelarasan tarif elektrik di Malaysia turut ditentukan oleh mekanisme ICPT yang merupakan antara cabang utama rangka kerja IBR.

Mekanisme ini diguna pakai bagi membolehkan syarikat utiliti seperti TNB, NUR Power dan SESB selaku penjana dan pembekal elektrik, menentukan tahap pelarasan (peningkatan atau pengurangan) terhadap kos bahan api yang tidak terkawal dalam sistem penjanaan elektrik menerusi pelarasan tarif bagi tempoh setiap enam bulan.  

“Kaedah ini  mempunyai kelebihan dari segi menyeimbangkan keperluan sistem utiliti elektrik dan pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia. Pelarasan ICPT adalah berdasarkan konsep kos sebenar bahan api dan penjanaan elektrik sekiranya harga bahan api menyusut berbanding harga bahan api yang telah diunjurkan pada tempoh kawal selia. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pengguna dengan menikmati rebat atau kadar elektrik yang lebih rendah.

“Sekiranya berlaku pengurangan dalam kos bahan api, pihak utiliti perlu memindahkan pengurangan itu kepada akaun pengguna melalui rebat, dan sekiranya berlaku pertambahan dalam kos bahan api, maka pihak utiliti perlu memindahkan pertambahan tersebut kepada akaun pengguna melalui surcaj tarif elektrik,” jelas ST.

Berhubung isu Malaysia sebagai antara negara ASEAN yang paling kurang mengalami kejadian gangguan bekalan elektrik (blackout), iaitu purata hanya 45.25 minit pada  2021 mengikut System Average Interruption Duration Index (SAIDI), ST berkata situasi itu disumbangkan oleh margin rizab penjanaan yang  tinggi dan sistem grid yang berdaya harap. 

Selain itu, pengukuhan jaringan talian penghantaran 500 kV dan 275 kV telah meningkatkan daya harap sistem bekalan elektrik negara. Jaringan talian penghantaran ini juga membolehkan tenaga dibekalkan ke semua pusat beban (load centre) dengan lancar dan seterusnya mengurangkan risiko  kejadian blackout.

“Antara teknologi lain yang diguna pakai bagi mengurangkan gangguan bekalan elektrik ialah pemasangan SCADA (Distribution Automation), iaitu pengendalian operasi secara jarak jauh (remote) dari pusat kawalan yang mampu mempercepat pemulihan bekalan apabila berlaku kerosakan pada sistem TNB.

“Kaedah pemantauan talian bekalan TNB dengan menggunakan dron yang dilengkapi Infrared Detector serta Ultrasonic Detector juga diguna pakai bagi mengesan potensi-potensi kerosakan yang boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik,” tambah suruhanjaya itu. – HARAKAHDAILY 17/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Al-hamdulillah, rakyat sokong raja Perlis mengenai rasuah.. Weblog ini juga menyokongnya..

(ii) Juga, weblog ini mengucapkan terima kasih kepada PN, yang menghormati pendirian PAS pertahan MN. 

(iii). Juga terima kasih kepada pimpinan di Malaysia yang tetap mempertahankan kadar tarif elektrik Malaysia antara terendah di ASEAN, mengalahkan Singapura. Bukti hebatnya kuasa prihatin rakyat di Malaysia yang tinggi.

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

Sultan Ibrahim kesal seolah olah negeri Johor tidak bermaruah dibawah kuasa Tun

Awas..!!

Pemimpin Acah acah power Melayu Islamik bergema kembali..

Alasan kononnya tak sempat nak tolong orang Melayu masa PH berkuasa.

Sultan Ibrahim sangat kesal mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting dengan menyerahkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan PH dikuasai Tun Mahathir pada waktu itu?"

Sempat pula beri Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew dengan senyum bodoh tak tau malu jadi barua DAP@LeeKwanYee.

Jho Low yg lesap tepuk tangan sambil ketawa bersama kaum Lee Kwan Yew di Singapura dan Malaysia saksikan barua acah acah Melayu islamik mereka bercakaran sesama kaum Melayu. Sambil tepuk tangan melihat betapa mudah nya pemimpin ini dibatu api kan dan bodoh bangang oleh sekor Jho Low..!!

Kalau Putin berkuasa di Malaysia dah lama Singapura bertukar menjadi lautan luas..!!

Boleh pulak potong segala bantuan pada peneroka, penoreh dan petani. Boleh pulak pujuk jangan iri hati pada orang kaya dan orang miskin kena ikat perut.

Apabila Mahathir berkuasa tiada agenda Melayu atau rakyat , melainkan agenda mahu alih projek, aset , tender , bailout kepada kroni, itu sahaja.

Kekalahan teruk jenama Mahathir di Tanjung Piai di mana dia tewas kepada komponen Barisan nasional dengan majoriti hampir 15,000.

Maka , elok sangat Mahathir muhasabah diri, dan tumpu kepada parti sendiri yang syok sendiri dengan slogan anti rasuah palsu nya , PEJUANG sebagai konon anti rasuah dan mahu benteras rasuah tidak buat desakan Zeti Akhtar dan Nazlan didakwa kerana terima sogok kan.

PRN Johor parti PEJUANG Mahathir telah kehilangan deposit 100% pada semua empat puluh kerusi DUN yang ditandingi nya.

Kebencian rakyat bukan sekadar retorik atau bualan kosong, ia telah diterjemahkan secara zahir pada tujuh PRK terakhir yang diadakan dan tiga PRN terkini.

Itu lah yang sepatut Mahathir tumpukan dan bukan menyibuk hal ehwal kehendak jutaan ahli UMNO akar umbi.

Elok Tun jaga boboi ketat ketat... usaha melingkupkan Boboi bukan acah acah nak geli geli kali ini. Ini kalilah kasi legacy haramjadah ini di lenyap kan selama lama dari politik negara.

Malah melingkupkan Boboi dan Marina Gereja sekaligus jadi agenda dan keutamaan rakyat buat masa ini. Mahathir sebalik nya perlu risau kenapa dirinya sangat dibenci oleh rakyat.

Lepas ini mana mana pemimpin yang mesra Singapura@LeeKwanYew wajib dicurigai dan diawasi potensi jadi barua DAP@ LeeKwan Yew melalui proksi atau bangsa Lee Kwan Yew di negara ini.

Pada Tun rakyat sudah sangat meluat...

Anonymous said...

Rasuah ni bukan dilarang dalam Islam sahaja, tetapi sejagat larangannya. Buruk perangai penerima rasuah, bukan setakat gadai maruah diri. Malah boleh gadai negara. Contohnya atok.

Kelompok atok yg pernah keliling atok atau masih bersama atok, kebanyakkannya adalah pengamal rasuah. Ajib, wak, sekadar beberapa nama, adalah tokoh besar yang terkait rasuah.

Sudah tibanya masanya rakyat yang waras berusaha untuk pastikan kelompok ini tidak berada dalam saf kepimpinan. Bukan individu itu saja, tapi termasuk parti. Kerana kejahatan yang sama pasti berulang. Semangat kejahatan itu menular di kalangan pimpinan lapis kedua, ketiga dan seterusnya.

Tentunya juga kelompok legasi komunis bukan pilihan. Banyak skandal jahat yang berlegar dalam legasi itu dan dalam parti liberal dan parti kuali. Ada isu semburit. Ada isu syiah. Ada isu ayuh malaysia. Ada isu arak. Ada isu kasut hitam. Ada isu jual harta milik tabung haji. Kelompok ini mempromosi dunia gelap. Bertuhankan ideologi dan falsafah liberal dan komunis.

Bakrul said...

Kos elekrik Masih murah tapi barang2 lain Makin meningkat, minyak masak botol 5kg dah Naik hampir sekali ganda berbanding Hari terakhir PH dgn kini, ikan sekarang, ayam semua Naik mencanak..hakikatnya kuasa beli Makin jatuh maknanya rakyat Makin miskin tapi pemimpin Duit Makin banyak.. bossku Masih berusàha menegak benang basah

Anonymous said...

Dulu nasi lemak 5 sen sebungkus. Kerang 10 sen se kilo. Bahaya liberal bila sekongkol dengan legasi komunis. Faham moa tze tong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails