Friday, May 20, 2022

Masalah Perlis, MAIPs bantah Loh.. Ini jalan selesai..

 

Perlis, MAIPs bantah Loh cabar pengislaman anak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan dua lagi, hari ini membantah saman difailkan ibu tunggal, Loh Siew Hong bagi mencabar pengislaman tiga anaknya oleh bekas suami tanpa keizinan wanita itu.

Peguam A. Srimurugan yang mewakili Loh berkata keempat-empat responden itu mengemukakan bantahan atas alasan anak guamnya, Loh telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman melebihi tempoh masa ditetapkan.

“Responden membantah atas alasan pemohon (Loh) sepatutnya memfailkan permohonan itu dalam masa 90 hari selepas ketiga-tiga anaknya memeluk agama Islam pada 7 Julai 2020.

“Pihak kami juga telah memasukkan relif untuk mendapatkan lanjutan masa sekiranya terlewat memfailkan permohan itu dan ia juga dibantah oleh responden,” katanya ketika dihubungi, selepas pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh secara dalam talian.

Menurut Srimurugan, tiada kelewatan dalam pemfailkan permohonan itu kerana Loh hanya mengetahui anak-anaknya telah memeluk agama Islam pada 10 Mac lepas dan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan pada 25 Mac.

Peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk keputusan permohonan berkenaan.

Prosiding itu turut disertai peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mewakili MAIPs dan Peguam Kanan Persekutuan Ainul Wardah Shahidan mewakili tiga responden iaitu Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Kerajaan Negeri Perlis.

Loh, 34, memfailkan permohonan tersebut pada 25 Mac lepas antaranya memohon deklarasi bahawa ketiga-tiga anaknya adalah penganut agama Hindu dan bekas suaminya, M. Nagahswaran tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa keizinannya.

Wanita itu juga menuntut deklarasi bahawa ketiga-tiga anaknya, sebagai kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk memeluk agama Islam, tanpa keizinannya.

Beliau memohon perintah certiorari untuk membatalkan Akuan-Akuan Memeluk Agama Islam bertarikh 7 Julai 2020 yang dikeluarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis atas nama ketiga-tiga anaknya. 

Loh juga memohon perintah mandamus untuk mengarahkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis memadam atau membatalkan nama dan nama Islam anak-anaknya dalam Daftar Mualaf Negeri Perlis dan perintah larangan untuk menghalang Mohd Asri, melalui pegawai atau Jabatan Mufti Negeri Perlis membuat apa-apa kenyataan yang membawa maksud anak-anaknya mualaf atau beragama Islam.

Pemohon juga menuntut deklarasi bahawa Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006,  yang memberi kuasa kepada Pendaftar Mualaf Negeri Perlis untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak sebagai mualaf hanya dengan keizinan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut, walaupun kedua-dua mereka masih hidup, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Pada 21 Februari lepas, anak kembar perempuan Loh berumur 14 tahun dan anak lelaki berumur 10 tahun yang berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan dengan serta-merta kepada Loh, selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Perlis, MAIPs bantah Loh cabar pengislaman anak.' Itulah nasib sistem perundangan syariat Islam di negara umat Islam yang Islam menjadi Agama bagi Persekutuan ini. 

Cara penyelesaiannya, ialah dengan mengundi Parti Islam (PAS) dan kumpulannya dalam PRU 15 ini. 

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

6 comments:

Anonymous said...

Semenjak kedatangan orang cina terutamanya dan india, orang melayu hilang keselesaan hidup. Mereka cuba terapkan budaya cina di sini. Sedangkan penduduk asal negara ini ada budaya sendiri yang sudah bertunjang ratusan tahun. Kerajaan kena tegas tentang agama dan budaya orang melayu.

Anonymous said...

Apabila parti pemerintah sekular memerintah negara, mereka tidak peduli tentang pindaan RUU355 yang boleh memartabatkan dan memperkasakan mahjamah syariah dan undang-undang syariah.

Akibatnya puak kafir boleh campurtangan dan mencabar tindakan jabatan agama Islam dan keputusan mahkamah syariah di mahkamah sivil. Sepatutnya mahkamah sivil tidak boleh campurtangan dalam hal ehwal Islam.

Oleh sebab itu marilah semua umat Islam bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU15 supaya PAS boleh menegakkan Islam dan membela hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak kafir harbi.

Anonymous said...

Abam bukan ulamak. Atok bukan ulamak. Wak bukan ulamak. Se simple itu. Ni jenis tunggang agama. Buat agama tunggang langgang. Contoh abam. Lgbt boleh, semburit boleh. Contoh atok, kaut harta boleh. Contoh wak, yayasan akal untuk aktiviti wang haram.

Anonymous said...

Ulama pun klu x tahu perintah negara. Lebih baik tumpu tarbiah parti perasuah dan penipu rakyat lebih 60 tahun

Anonymous said...

Parti Al Juboori lansung tak bunyi bunyi...



kikikiki

Anonymous said...

Abam, atok, wak tak sepandai mana perintah negara. Makin lingkop. Fulus bocor masuk poket. Macam ni ker yang dikata pandai perintah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails