Saturday, May 21, 2022

Prihatin Rakyat. MB Johor menyamar, MB Kedah lulus tanah.

 

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/FB MB

1. MB Johor menyamar naik bas ke Singapura. 
 

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini.

Menerusi muat naik di akaun Facebooknya, Onn Hafiz berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua agensi berkaitan esok bagi memperbaiki sistem keluar masuk di sempadan negara.

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz

"Alhamdulillah, saya telah selamat pergi dan selamat kembali ke Johor. Saya lalui proses yang lazim dilalui semua.

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz terutama ketika waktu puncak. 

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz 
(BH)

2. 2 tahun kerajaan PN Kedah lulus ribuan permohonan tanah

ALOR SETAR: Sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui Kedah ribuan permohonan tanah oleh rakyat dilulus kerajaan negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan bermula pada Jun ini yang melibatkan Pejabat Tanah Daerah seluruh Kedah.

Katanya beberapa perkara baharu ditetapkan bagi memastikan kerajaan negeri bertindak pantas menangani masalah permohonan tanah yang berlarutan sejak 20 tahun.

“Kita menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) baharu khususnya di pejabat tanah di mana setiap Penolong Pegawai Tanah mesti menyiapkan 10 fail sebulan berkaitan urusan tanah.

“Selain itu lima fail lain yang tidak bersangkutan dengan tanah,” kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Sanusi juga berkata, KPI itu berbeza dengan pencapaian sebelum ini yang mana
Penolong Pegawai Tanah hanya menyiapkan dua fail sebulan atau 10 fail setahun.

Oleh itu beliau berharap ketetapan baharu tersebut urusan berkaitan isu-isu permohonan tanah dapat dilaksanakan lebih cepat dan pantas.

Menurutnya juga jawatankuasa tanah perlu mengadakan mesyuarat dua minggu sekali sebelum mengemukan kertas kerja kepada mesyuarat Exco yang diadakan setiap minggu.

“Sekiranya kertas kerja yang dikemukakan tidak lengkap, ia akan dikembalikan ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk diserahkan kembali kepada Pejabat Tanah Daerah untuk diperbetul dan dikemaskini semula,” katanya.

Beliau juga berkata, perubahan tersebut diharap dapat menyelesaikan segera masalah pertindihan permohonan tanah oleh rakyat. – HARAKAHDAILY 19/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Prihatin rakyat. MB Johor menyamar naik bas ke Singapura, MB Kedah lulus tanah kepada rakyat, mana lebih afdhal?

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

6 comments:

Anonymous said...

Di mana ada Zety disitu akan ada rompakan berlaku sambil kerja kerja fitnah jijik dilakukan..

Kerja Tun dan kartel mafia ialah ' Bailout dan Rompak' maka diulang 'Bailout dan Rompak lagi' dan begitulah seterusnya.!!

Isu ‘bailout’ yang terbangkit berkenaan Sapura Energy misal nya. , sebaik sahaja selepas berdebat, baru lah rakyat menyedari bahawa kerajaan pimpinan Mahathir yang mengalihkan wang rakyat di PNB kepada Sapura Energy melalui barua Tun iaitu Zety Aziz sebagai Pengerusi PNB ketika itu.

Kisah wang PNB milik pelabur diletak kan kepada syarikat anak Mahathir di Sapura Energy , dan setelah di labur wang itu, anak Mahathir mencampak kan saham Sapura Energy.

Maka , “pattern” dimana ada Zeti , di situ lah wang rompakan dan bailout akan beralih keluar. Pattern seterusnya 'bailout dan rompak' dan 'bailout dan rompak lagi'..!!

Zeti pula kebetulan sentiasa ada -pada setiap skandal membabitkan kerajaan Tun Mahathir

Anonymous said...

Majlis Peguam digesa supaya Rujuk Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan

Bekas Ketua Hakim Negara turut menggesa pihak Majlis Peguam untuk merujuk Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan yang dipetik mereka dengan mendakwa siasatan SPRM tidak mengikut perlembagaan.

Artikel berkenaan berbunyi : Hakim itu “patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya,..”

Dimulakan dengan DAP dan kini pelbagai pihak lain, usaha yang giat digerakkan kumpulan tertentu untuk cuba menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya berhenti menyiasat dakwaan berkaitan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

DAP bersuara melalui Pengerusinya Lim Guan Eng yang menyifatkan siasatan berkenaan sebagai palsu dan berunsurkan politik.

Selepas Guan Eng, Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham juga mempersoal tindakan SPRM yang melakukan siasatan.

Barua DAP@LeeKwanYew iaitu Pemuda Amanah pula mengutuk SPRM yang telah membuka kertas siasatan ke atas Mohd Nazlan. Melalui Exco Pemudanya, Fadhli Umar Aminolhuda, beliau berkata siasatan itu perlu dihentikan.

Demikian tulisan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dalam satu artikel hari ini berkaitan siasatan terhadap Mohd Nazlan.

Tuntutan Majlis Peguam untuk satu siasatan menyeluruh dibuat ke atas laporan polis yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terhadap blogger Raja Petra Kamarudin tetapi menghalang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Mohd Nazlan menunjukkan badan itu mengamalkan ‘double standard’.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kemudian menyebut sumpah laknat menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak meminta dan tidak merancang atau ditawarkan wang berjumlan RM42 juta berkenaan.

Sebagai orang Islam, Wallahi Wabillahi Watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah, saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu. Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” itulah lafaz sumpah Najib.

Anonymous said...

Bila orang bodoh merasa diri dah trrlampau bijak

(BN) menyenaraikan 18 “kebodohan” menteri Pakatan Harapan (PH) bagi menjawab dakwaan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua bahawa Malaysia tidak mempunyai “menteri bijak” atas dasar yang dibuat oleh menteri PH ketika gabungan itu mentadbir negara selama 22 bulan.

Dari 18 perkara, termasuk gesaan bekas menteri industri utama Teresa Kok supaya rakyat minum satu sudu minyak sawit sehari untuk awet muda,

Bantuan RM30 yang diumumkan oleh bekas menteri kewangan Lim Guan Eng

Pengenalan kereta terbang oleh Menteri pH

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik yang mengubah penggunaan kasut sekolah berwarna putih kepada hitam

“Manifesto bukan kitab suci” oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad

Kekaguman bekas menteri wilayah Kalit Samat persekutuan PH terhadap operasi Transit Aliran Massa (MRT) yang tidak memerlukan pemandu.

Cakap bergegau ekor bergelumang taik...

haahh tepokkk..!!

Anonymous said...

Parti kris pun tak sekuat mana. Bacul dan tiada pendirian. Mudah tunduk pada legasi komunis mca. Di tempat majoriti cina, yg bertanding mca. Di tempat majoriti melayu, mca juga yg bertanding. Yg menang di tempat majoriti legasi komunis, dah tentulah legasi komunis samada mca atau dapig. Tiada keraguan.

Yang di tempat majoriti melayu pun, legasi komunis mca berpotensi menang. Jadi dua tempat legasi komunis boleh tambah kerusi. Yang jadi masalah ialah legasi komunis mca tidak sentiasa bersama parti kris.

Bila ada bab jawi, mca bersama dap. Bila ada bab Islam, mca bersama dap. Bila ada bab bumiputera, mca bersama dap. Kuat tikam belakang mca ni. Sama macam dap tikam pas bila bawa isu ruu355 atau hukum syariah.

Adakah parti kris tiada telur bila berhadapan dgn mca. Atau ada fulus masuk dari mca supaya kerusi itu diberikan kepada legasi komunis untuk bertanding.

Anonymous said...

parti pejwang ngan pkr PAN bapak bacul bapak gadai isle baru 22 bulan dah gadai pulau...

Anonymous said...

Ingat kris, ingat rasuah. Ingat rasuah, ingat kris. Berpisah tiada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails