Friday, April 08, 2022

Tangani lompat parti dengan bai’ah. X bai'ah yang X takut Allah!

 

PAS tangani lompat parti dengan bai’ah

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Hadi Awang berkata, PAS menghadapi masalah lompat parti sejak tahun 1959 di Kelantan, Terengganu dan kerajaannya pernah dijatuhkan kerana tindakan itu pada tahun 1960-an.

Katanya, isu lompat parti bukan baharu dan PAS menangani masalah itu dengan bai’ah atau dalam pengertiannya berjanji memberi ketaatan.

Justeru, Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan, mana-mana wakil rakyat PAS yang melompat parti wajib meletak jawatan.

“Kita menghadapi masalah ini sejak tahun 1959. Mereka ini baru lagi dalam politik. PAS menghadapi lompat parti ini tahun 1959 lagi, di Kelantan, Terengganu.

“Bahkan, tahun 1960 kerajaan kita jatuh kerana lompat parti. Kita bukan baru dan kita tangani masalah ini sudah lama, dengan sebab itu PAS sebut dalam sumpah ‘bai’ah’ dia.

“Mana-mana wakil rakyat yang lompat parti, wajib dia letak jawatan. Kalau tak letak jawatan akan dilaknat oleh Allah, laknat oleh semua yang melaknat.

“Itu ada dalam bai’ah, kita sebut, kita sudah ikat, kita sudah lama dalam masalah ini,” ujarnya kepada media selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi PAS, Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti memerlukan penelitian serta tidak perlu tergopoh dalam pelaksanaan.

“Memang undang-undang ini perlu kepada penelitian, tak perlu gopoh dan kita tidak gopoh dalam masalah ini. 

“Kita kena sedar bahawa lompat parti ini ada sebab-sebab. Kalau sebab-sebab itu betul, kita tidak boleh tolak. Kalau sebab-sebab itu salah baru kita tolak.

“Ini perlu kepada penafsiran, kerana perjuangan kita untuk selamatkan rakyat bukan selamatkan diri.

“Jika parti itu tidak betul, takkan dia nak ikut parti itu lagi termasuklah parti PAS pun. Kalau parti PAS ubah dasar dia, orang PAS tak boleh ikut. Dengan sebab itu kena adalah huraian-huraian dia, tak boleh buat mudah-mudah sahaja,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Bai’ah ialah perjanjian untuk memberi ketaatan.

Orang yang berbai’ah ialah seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum muslimin kepada khalifah.

Ia tidak akan melanggar kepada janji-setianya terhadap khalifah dalam urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.

Bai’ah adalah akad antara umat dan calon khalifah untuk menjadi khalifah atas dasar reda dan pilihan, tanpa ugutan dan paksaan.

Allah melalui Nabi Muhammad telah menggariskan bahawa akad tersebut adalah bai’ah. HARAKAHDAILY 8/4/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS tangani lompat parti dengan bai’ah. Bai'ah itu perlu kepada 'takut dan beriman kepada Allah'. Itu sebab dalam PAS itu boleh wujud perbuatan '0 rasuah', kerana ia ada kaitan dengan 'takut kepada Allah'. Bukan takut kepada peraturan manusia itu sahaja.

Tetapi kalau parti dan pemimpin-pemimpinnya itu sendiri tidak 'takut pada Allah', bagamana akan wujud manusia yang taat kepada peraturan Allah atau Khalifah? Bagaimana akan wujud '0 rasuah' dalam kerajaannya? Bagaimana akan wujud '0 lompat parti' di dalamnya? Kepada Allah pun dia tidak takut, apa lagi kepada peraturan manusia?

Oleh itu dalam parti yang tidak takut kepada Allah SWT, bai'ah atau sumpah laknat itu, hanya omong-kosong saja.

Lihat komen politik pula..

4 comments:

Anonymous said...

Teringat pula. Yg start anjur lompat parti ialah presiden parti liberal. Waktu tu presiden parti liberal kata dia sudah ada ANGKA untuk rampas kerusi pm dari ajib. Angka yg presiden itu maksudkan ialah angka mp kris yg bersedia untuk lompat dan tumbangkan ajib.

Hari ini, presiden yg sama beria-ia mahukan ruu lompat parti dibentangkan dan luluskan. Ini munafiq tahap apa agaknya.

Anonymous said...

Alhamdu lillah. Masih bersih dari rasuah dan salah guna kuasa. Tak ambil lompat parti macam yg presiden liberal punya vision. Langkah kajang langkah port dickson, last last salah langkah. Kuat berpersepsi. Vision liberalisme. Bahaya buat aqidah umat Islam.

Anonymous said...

Presiden parti liberal banyak menyumbang. Antaranya sumbang mahram. Dengan pekerja sendiri. Ikut back door. Menanah teruk aqidahnya.

Anonymous said...

Tahniah kelantan trengganu dan kedah. Semoga maju jaya. Say no to judi and arak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails