Saturday, April 02, 2022

Rasuah: Pihak berkuasa Saudi tahan 127 orang sepanjang Mac

 

RIYADH: Pihak Berkuasa Pengawasan dan Pencegahan Rasuah Arab Saudi yang dikenali sebagai Nazaha telah menangkap seramai 127 individu sepanjang Mac tahun ini atas kesalahan jenayah rasuah.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (1 April), Nazaha berkata bahawa tangkapa itu adalah hasil daripada sebanyak 5,279 lawatan pemantauan dan soal siasat terhadap  258 suspek antara 4 Mac dan akhir bulan ini.

“Individu yang disoal siasat termasuk kakitangan kementerian pertahanan, dalam negeri, pengawal negara, kesihatan, keadilan, pendidikan, hal ehwal perbandaran dan luar bandar, dan perumahan, dan pekerja dari Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam,” ujar kenyataan itu..

“Berdasarkan hasil siasatan, seramai 127 orang ditangkap atas dakwaan rasuah, salah guna jawatan, pengubahan wang haram dan pemalsuan. 

“Ada yang dibebaskan dengan ikat jamin manakala prosedur undang-undang dijalankan sebagai persediaan untuk dirujuk kepada badan kehakiman,” ujar kenyataan itu. – Arab News

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails