Saturday, January 22, 2022

Malaysia kecam serangan terhadap Abu Dhabi

 

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Houthi dari Yaman yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata serangan itu adalah satu bentuk ancaman, dan mereka yang melancarkan serangan harus bertanggungjawab.

“Malaysia menzahirkan simpati dan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan itu. Malaysia menolak segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.

“Permusuhan dan keganasan akan memudaratkan kestabilan dan keamanan di rantau ini. Malaysia akan terus menyokong usaha mencari jalan penyelesaian secara aman dan damai terhadap konflik di Yaman,” tambah kenyataan itu.

Kumpulan pemberontak Houthi Yaman pada Isnin mengaku bertanggungjawab terhadap “operasi ketenteraan kualitatif” di UAE sebagai sebahagian daripada gabungan ketenteraan pimpinan Arab Saudi di Yaman.

Houthi mengeluarkan pengakuan itu sejurus selepas tiga lori tangki petroleum meletup dalam kebakaran berhampiran bangunan penyimpanan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) di daerah perindustrian Musaffah, ibu negara UAE, lapor agensi berita rasmi WAM, memetik pengumuman polis Abu Dhabi.

Kebakaran kecil turut berlaku di kawasan pembinaan baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Siasatan awal mendapati kebakaran dan letupan mungkin berpunca daripada dron yang tidak dikenalpasti di kawasan itu, kata WAM. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

DAP Apek Tua sangat takut kes Torwong Tokong Lim Guan Eng sehingga sanggup membaruakan ahli PAN untuk berdemo alihkan isu kepada saham bernilai RM700,000 milik adik beradik Azam Baki...AMIN

Soalan ini sangat memukul jiwa dan minda pencinta kebenaran yang sejati dan bukan pencinta kes selektif.AMIN

Kenapa, mengapa, sebab apa kes RM700 juta bukan kes dan kenapa kain di beri kepada Imam , van untuk sebuah surau boleh di rampas dan di sita sebab apa wang 1MDB..AMIN

Keturunan pencuri Zety sakau RM700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun bekas Gabenor tidak di sentuh langsung?..AMIN

Pulau Batu Putih dng selamber bodoh Tun sambil gentel dan garu telo labuh nya beri percuma pada anak Lee Kwan Yew..sangat memalukan negara

KHALAS...


kah kah kah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails