Tuesday, January 18, 2022

Pengganas politik: Bila ada pemimpinnya 'tertuduh' sebagai perasuah, perogol & pendadah.

 

Dadah musuh negara, jauhi tempat maksiat

RAMAI yang bertanya kepada saya apakah pendirian PAS terhadap isu ADUN DAP yang ditangkap dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang dan juga didapati positif dadah baru-baru ini?

Pendirian saya dan PAS terhadap isu tangkapan ini adalah konsisten. Terus berpegang kepada prinsip seseorang itu adalah tidak bersalah selagi mana tidak disabitkan kesalahan secara sah bersama bukti yang sahih.

PAS mendukung prinsip ‘rule of law’ yang mana setiap daripada rakyat Malaysia ini diberikan hak untuk dibicarakan di mahkamah secara adil dan berpeluang membela diri. Inilah yang dipanggil sebagai keadilan Islam.

Saya sendiri secara peribadi agak terkejut dengan tangkapan terhadap ADUN DAP tersebut yang juga didapati positif dadah sintetik. Bagi saya, seorang pemimpin politik mestilah bersih dan bebas bukan sahaja daripada rasuah tetapi juga dadah! 

Dadah adalah musuh nombor satu negara dan pihak berwajib terus memeranginya setiap hari. Bagaimana kita mahu rakyat memerangi dadah sedangkan wakil rakyat sendiri terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

Saya juga lihat tidak ada banyak komen daripada pimpinan PH terhadap isu ini. Walau apa pun alasan mereka terhadap isu tangkapan ini, PAS yakin tindakan PDRM adalah berasas. ADUN DAP ini juga haruslah diberikan peluang membersihkan namanya jika benar ada orang yang ingin ‘mengkhianatinya’.

Pesanan saya, jauhilah tempat maksiat kerana di situlah bermulanya masalah sosial yang akan meruntuhkan institusi keluarga dan negara. Pemimpin yang menjadi wakil rakyat harus bersih bukan sahaja daripada rasuah tetapi juga bersih daripada salah laku yang memberikan imej buruk kepada ahli politik.

Ingat! Undi generasi muda atau Undi18 menilai semua ini dan mereka tidak teragak-agak menghukum pemimpin yang mereka rasakan tidak sesuai untuk masa depan negara. Semoga Allah terus memelihara Malaysia.

YB SENATOR IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 17/1/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100044592812267/posts/471139134382510/  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita bersetuju dengan kenyataan, 'seorang pemimpin politik mestilah bersih dan bebas bukan sahaja daripada rasuah tetapi juga dadah!'

Pandangan begini yang membuat pemimpin DAP/PH jadi bisu dan pekak sekarang, tidak mampu berhujah lagi. Mungkin bertambah cukup syaratnya sebagai 'pengganas politik' apabila ada yang 'tertuduh' sebagai perasuah, perogol dan pendadah di kalangan pemimpinnya..

1 comment:

Anonymous said...

Pengikut dari bangsa legasi komunis, tak berbaloi. Liberal hari ini dah sambut hari agama sedunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails