Wednesday, January 19, 2022

Sikap ekstrem tolak tulisan Jawi: DAP anti Melayu-Islam

 


“DAP memang sebuah parti yang anti kepada Melayu dan apa-apa sahaja yang melibatkan tulisan Jawi.

“Mereka mengganggap tulisan Jawi sebagai satu ancaman yang memberi impak negatif kepada pegangan agama mereka, sedangkan tulisan Jawi tidak bersangkut paut dengan agama,” 

KUALA LUMPUR: Sikap ekstrem dalam kalangan parti dan pertubuhan rasis di negara ini terhadap penolakan tulisan Jawi bukanlah perkara baharu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, berkata pelbagai polemik cuba dicetuskan DAP berkaitan isu tulisan Jawi, yang dilihat sebagai ‘ancaman’ melampau sehingga segala usaha memperkasakannya terbantut ekoran sikap keterlaluan mereka.

Katanya, tindakan parti itu disifatkan semakin melampau dan menyerlahkan sikap anti-Melayu serta anti-Islam mereka.

“DAP memang sebuah parti yang anti kepada Melayu dan apa-apa sahaja yang melibatkan tulisan Jawi.

“Mereka mengganggap tulisan Jawi sebagai satu ancaman yang memberi impak negatif kepada pegangan agama mereka, sedangkan tulisan Jawi tidak bersangkut paut dengan agama,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menyentuh mengenai kegusaran yang ada dalam diri pemimpin-pemimpin DAP ini berkaitan tulisan Jawi, Khairil tidak menolak sebarang kemungkinan tebalnya kebencian dan rasis sebahagian puak itu untuk mendoktrinkan pemikiran puak mereka agar membenci Islam dan Melayu.

Kata beliau, semua pihak tidak mengira latar belakang seharusnya berganding bahu memperkasakan tulisan Jawi yang kini telah menjadi tulisan rasmi dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara dibangkitkan Ahli Parlimen Kampar, Su Keong Siong mengenai rasional pihak berkuasa mengeluarkan arahan untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan iklan dan papan tanda di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah, Perak.

Keong Siong mendakwa pengumuman itu melanggar hak peniaga tempatan untuk membuat pilihan serta beralasan kawasan berkenaan mempunyai penduduk bukan Islam lebih 80 peratus.

Sebelum ini, Majlis Daerah Batu Gajah, Perak mengeluarkan arahan terbaru untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda bukanlah perintah wajib, tetapi dasar untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi di kawasan pentadbiran mereka.

Bagaimanapun, kata notis itu, bermula 1 Januari 2022, semua urusan berkaitan permohonan baru dan pembaharuan Lesen Premis Perniagaan dan iklan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah dikehendaki mematuhi peraturan berkenaan penggunaan tulisan Jawi bagi keterangan aktiviti perniagaan pada visual papan iklan atau papan tanda premis perniagaan masing-masing.

Hal yang demikian mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk MCA Batu Gajah yang menggesa majlis daerah menarik balik pengumuman itu dan menghormati hak peniaga tempatan untuk membuat pilihan. – HARAKAHDAILY 18/1/2022

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails