Tuesday, January 18, 2022

Skuad hoki wanita M'sia tiba di Oman. Ikut Syariatkah?

 

Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan tiba di Muscat, Oman bagi memulakan cabaran hoki Piala Asia Wanita 2022. - Foto ihsan Facebook Malaysian Hockey Confederation

SUKAN

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berharap pasukannya dapat beraksi satu perlawanan pemanas badan sebelum saingan Piala Asia Wanita di Muscat, Oman membuka tirainya pada Jumaat ini.

Pasukan kebangsaan wanita selamat tiba di Muscat hari ini dan Nasihin memberi bayangan akan cuba mendapatkan China sebagai lawan mereka dalam satu perlawanan persahabatan selepas perancangan bertemu Korea sebelum tirai dibuka, tidak kesampaian.

"Sebenarnya pada awalnya, perancangan adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Korea, namun mereka mempunyai perancangan lain. Kita akan cuba dapatkan pasukan negara lain untuk memberikan jawapan secepat mungkin nanti.

"Kita akan bertemu pengurus pasukan ataupun jurulatih pasukan yang kita nak lawan. Saya betul-betul mengharapkan yang kita ada perlawanan pemanas badan sebelum kejohanan bermula.

"(Pasukan perlawanan persahabatan) China kerana dalam jadual, kita ada latihan pada waktu petang dan sebelum ini pasukan China berlatih. Saya harap mereka sudi berlawan dengan kita," kata Nasihin.

Seramai 20 pemain menyertai skuad kendalian Nasihin di Muscat yang juga tugasan antarabangsa pertama mereka bagi tahun 2022 dengan rata-ratanya berada di bawah usia 23 tahun.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama India, Jepun dan Singapura manakala Kumpulan B menampilkan China, Korea, Thailand dan Indonesia.

Kejohanan ini juga menjadi pusingan kelayakan ke Piala Dunia Wanita 2022 di Sepanyol dan Belanda pada Julai, ini.

Untuk rekod, Malaysia pernah meraih pingat gangsa dalam edisi sulung kejohanan yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada 1985 dan ia adalah pencapaian terbaik pasukan setakat ini.

Malaysia yang diletakkan di dalam Kumpulan A bersama India, Jepun dan Singapura pernah merangkul gangsa dalam edisi sulung pada 1985 di Seoul, Korea Selatan, yang juga pencapaian terbaik mereka setakat ini. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails