Kisah ‘Pulau Babi' di Mersing.
Di Mersing juga ada Pulau Besar seperti di Melaka, pulau yang terkenal dengan kisah-kisah keramatnya. Pulau Besar di Mersing, mungkin ramai orang luar tidak tahu, pulau ini lebih dikenali dengan nama Pulau Babi oleh masyarakat setempat. Disebut juga Pulau Babi Besar. Ini kisahnya..
Diceritakan pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri, nelayan tinggal di situ. Si isteri yang sarat mengandung teringin hendak makan rumpai laut. Namun, setelah memakan rumpai itu, si isteri bertukar menjadi seekor ikan duyung. Disebabkan terlalu marah isterinya bertukar rupa, si suami telah melepaskan kemarahannya dengan memaki hamun pulau tersebut dengan panggilan ‘babi’ berulang kali.
Maka, lekatlah nama ‘Pulau Babi’, sehingga ke hari ini. Pulau Babi Besar ini dikelilingi beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Tinggi dan Pulau Mensirip. Terdapat beberapa buah perkampungan kecil di pulau ini dan penduduknya mencari rezeki sebagai nelayan. Dikatakan suatu ketika dahulu terdapat banyak babi liar di kawasan pulau ini..
Terdapat beberapa resort di pulau ini untuk pelancong. Pulau ini agak kecil. Lebarnya lebih kurang satu kilometer dengan panjang empat kilometer. Bahagian tengah pulau pula adalah kawasan berbukit dan boleh dilakukan aktiviti mendaki.
Pulau Babi banyak babi berenang.
Menurut sumber dari Wikipedia, terdapat kira-kira 20 ekor babi yang mampu berenang di pulau ini, bersama-sama beberapa ekor kambing dan kucing liar turut dijumpai (tak tahu pula jika kambing dan kucing tersebut juga boleh berenang).
Asal wujud babi liar.
Mengikut beberapa sumber, babi-babi tersebut hidup di pulau tak berpenghuni ini disebabkan mereka diletakkan di situ oleh sekumpulan pelayar yang berhasrat untuk balik semula dan menjadikannya sebagai makanan. Pelayar-pelayar tersebut tidak pulang-pulang dan kawanan babi tersebut hidup dengan memakan lebihan makanan yang dibuang kapal yang berlalu.
Ada juga cerita mengatakan kawanan babi itu datang dari kapal yang karam dan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, dan ada juga berpendapat mereka datang dari pulau-pulau yang berdekatan.
(Sumber dari Tree Hugger dll)
Mengapa perlu 'apa kata DAP?'
(i) DAP dan perjuangan mempertahan babi-babi seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Apakah ini termasuk perjuangan pecacai-pecacai Melayu dalam DAP?
(ii) Kegagalan DAP mentadbir babi-babi di Pulau Pinang sehingga disebut negeri 'busuk tahi babi' di negara ini tetap dipertahankan DAP..
(iii) Tidak inginkah DAP wujudkan pusat perlancungan terbesar babi sedunia seperti model Pulau Babi di Mersing, tetapi bertaraf dunia?
(iv) Apa kata DAP atau balaci (barua)nya??
No comments:
Post a Comment