Monday, January 17, 2022

Burung yang paling laju terbang di dunia? ini..

 

Kecoh Burung Terbang Dalam Kabin Pesawat 8 Jam Sepanjang Penerbangan (video)

SEEKOR burung ‘merentasi’ Lautan Atlantik selepas secara tidak sengaja ‘menaiki’ sebuah pesawat. Seorang penumpang, Brooke Frazier yang menaiki penerbangan selama lapan jam dari Brussels, Belgium, menyaksikan burung kecil terbang di dalam kabin.

Dia merakam insiden pelik itu menggunakan telefonnya.

"Burung kecil naik di Belgium, turun di AS (Amerika Syarikat). 

“Ia akan menjadi sangat keliru,” katanya.

Dilaporkan, burung kecil itu dilihat terbang sehingga ke hujung kabin sebelum membuat pusingan pantas dan menuju ke belakang pesawat. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen.

“Harapnya ia (burung) dah sedia dengan visa.”

“Ia merupakan burung yang paling laju terbang di dunia, selama beberapa jam,” ujar seorang lagi secara berseloroh. – Daily Star

VIDEO DIBAWAH:-

Video Player
00:00
00:21

“Burung kecil naik di Belgium, turun di AS (Amerika Syarikat).

1 comment:

Anonymous said...

Burung terbang laju tak berdosa pun. Tapi presiden parti liberal nak kembang faham liberal pun tak berdosa. Tak caya tanya presiden parti legasi komunis dan presiden parti kuali. Jangan tanya presiden parti Islamik. Nanti dituduh berpolitik. Sebab pihak liberal jahil, katanya politik dan ibadat tak sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails