Sunday, October 17, 2021

Hentikan segera Jualan Arak Timah, CAP &KDN perlu tegas

 

1. Kesal dengan jabatan yang benarkan penjualan arak Timah di pasaran tempatan

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya segera mengharamkan penjualan jenama arak Timah keluaran Malaysia di pasaran negara ini.

Malah, iklan dan promosi arak berkenaan dianggap biadap berikutan penampilan imej lelaki berkopiah dengan janggut panjang, seolah-olah memaparkan individu berimej agama.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata CAP kesal mengenai jabatan yang memberi kebenaran penjualan arak berkenaan di pasaran tempatan.

"Selain kandungan alkohol, CAP tidak faham bagaimana pihak kementerian boleh memberi kebenaran menggunakan nama dan gambar yang boleh mencetuskan kemarahan.

"Nama Timah itu bagai satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan berkait dengan nama Melayu dan Islam iaitu Timah yang disingkatkan daripada Fatimah.

"Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap sebagai hasil usaha berterusan dalam sejarah Tanah Melayu membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Subbarow berkata, arak berkenaan dijual pada harga RM190 sebotol dengan kandungan alkohol sebanyak 40 peratus.

Katanya, jumlah itu menunjukkan kandungan alkohol adalah tinggi, sekali gus menimbulkan masalah sosial dalam kalangan peminumnya.

"Ia menggunakan label, gambar dan perkataan tidak masuk akal. Justeru, CAP mendesak kerajaan menjelaskan pendirian terhadap isu ini," katanya.

2. Pemuda PAS desak henti operasi arak Timah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan kekesalan dan kekecewaan atas kewujudan arak buatan Malaysia yang baru sahaja memenangi anugerah antarabangsa baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Nazir Helmi berkata itu bukanlah suatu kebanggaan tetapi sebaliknya suatu malapetaka dan hinaan buat negara.

Menurutnya, berdasarkan carian, arak jenama Timah bukanlah baru sahaja wujud seperti yang digembar-gemburkan cybertrooper Pembangkang tetapi ia telah wujud sejak bertahun lamanya.

“Pemuda PAS melahirkan persoalan bagaimana pengusaha arak ini beroperasi sejak sekian lama, tetapi digembar-gemburkan seolah ianya baru wujud setahun dua ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

 Walaupun begitu, katanya Pemuda PAS tetap konsisten menentang kewujudan perusahaan arak itu.

Beliau berkata,  Pemuda PAS memahami bahawa hanya agama Islam yang melarang penganutnya meminum arak.

Namun, ujar beliau arak bukan sahaja merosakkan umat Islam sahaja, malah kesannya turut dirasai semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Berapa ramai rakyat Malaysia yang telah mati akibat kesan arak, sama ada asbab kemalangan jalanraya mahupun ketagihan arak?

“Berapa banyak institusi kekeluargaan yang runtuh akibat arak?” ujarnya.

Kata beliau, kesannya merosakkan seluruh institusi masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, Pemuda PAS mendesak supaya kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengambil tindakan menutup perusahaan arak itu daripada terus beroperasi.

Tambahnya, kewujudan kilang arak itu, yang turut giat mengeksport produk mereka tidak mendatangkan sebarang manfaat, malah mendatangkan mudarat yang besar.

Menurutnya lagi, masih banyak lagi sumber pendapatan yang boleh diperolehi oleh negara selain perusahaan najis arak.

“Pemuda PAS juga menasihatkan pihak Pembangkang yang galak bermain isu ini supaya bercakap berdasarkan fakta dan tidak menjadikannya modal sentimen politik murahan.

“Hakikatnya kilang ini turut beroperasi semasa zaman mereka menjadi kerajaan dan mereka sendiri berdiam walaupun mengetahuinya,” ujarnya.

Sebaiknya, kata beliau seluruh umat Islam tanpa mengira agama dan latar belakang politik bersatu padu menggesa supaya perusahaan arak itu dihentikan segera. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

3. PAS gesa KDN tegas tangani isu arak

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak tegas dalam mengawal industri arak.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad, berkata PBT mempunyai tanggungjwab dalam meletakkan syarat yang lebih ketat untuk mengawal pejualan minuman keras itu.

Katanya, PAS konsisten dengan pendirian menolak semua perkara yang bertentangan dengan syariat termasuk minuman keras yang jelas membawa mudarat kepada sistem sosial, kekeluargaan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.

“Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak daripada tahun 2013 lagi.

“Namun, perlu diingat bahawa minuman keras walau apa jenama sekali pun adalah tetap dilarang oleh Islam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Justeru itu kata Kamaruzaman, penjualan minuman keras itu perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan.

Beliau menyarankan kerajaan mengambil negeri Kelantan sebagai model terbaik dalam mengawal industri arak dari sudut jualan dan prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang meminumnya.

“PAS menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha membangunkan sebuah negara baharu yang lebih baik dan bebas daripada kemudaratan kesan daripada minuman arak yang berleluasa,” katanya.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial berhubung isu arak berjenama Timah yang dikatakan produk keluaran tempatan.

Rentetan itu, metizen mempersoalkan pengeluaran wiski berkenaan memandangkan PAS kini menjadi sebahagian daripada parti yang memerintah.

Bagaimanapun semalam, syarikat pengeluar arak tersebut menjelaskan jemana Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

5 comments:

Anonymous said...

Menteri Pengguna buat apa... gaji banyak puluh ribu takkan duduk melancap jer...!?

Anonymous said...

Bagus juga bila pembangkang dedahkan isu ini. Bab2 yg kotor biar pembangkang yg dedahkan. Yg baik biar kerajaan dedahkan. Win win situation.

Anonymous said...

Sekarang main isu gaji buta dan keta besor. Lepas ni isu apa pulak lagi. Dap dah mainkan isu taliban. Sedangkan ramai yg puji kecekapan pas dan kebersihan pas. Kalau pas tak sanggup terima rasuah, mana mungkin pas sanggup makan gaji buta. Jika taliban pertahankan tanah air dari dijajah amerika, begitu juga pas gigih pertahankan hal makruf dan menolak mungkar. Ini yg jadi kemurkaan eng guan, presiden parti liberal dan mat sabu.

avanza5990 said...

udah ketahuan sejak dari dulu lg. partai hancing ni sembang deras kaitkan ayat2 quran. sembang menggila babi tapi apa yg ada kt lebai. nafsu besar tp kote kecik. bab sembang memang wow la bani melayu. bab tindakan memang hampeh. tuan presiden pun mcm sepi jer tak ada idea. nak sembang pasai pandora papers sila2 sembang pasai tisu tuala. kah kah kah

Anonymous said...

Ni contoh walaun dap yg tidak beradab. Sampai bab kote pun jadi bahan. Bab pandora ni biarlah diuruskan oleh presiden parti liberal sebab presiden suka hal yg berkaitan materi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails