Friday, September 10, 2021

Tak lah hebat mana Israel, 6 bolos dari penjara walau dikawal rapi..

 

(Gambar fail) Pihak berkuasa Israel melakukan siasatan di luar Penjara Gilboa selepas enam warga Palestin berjaya melarikan diri dari penjara itu. - FOTO AFP

Israel tubuh suruhanjaya siasatan kes 6 warga Palestin bolos penjara

BAITULMAQDIS: Israel semalam mengumumkan siasatan rasmi dilancarkan berikutan insiden enam warga Palestin bolos dari sebuah penjara dilengkapi keselamatan tinggi, sementara pihak berkuasa rejim itu meneruskan usaha memburu mereka.

Menteri Keselamatan Awam, Omer Bar Lev, dalam satu kenyataan memaklumkan beliau dan Perdana Menteri, Naftali Bennett, bersetuju menubuhkan suruhanjaya siasatan yang diterajui seorang bekas hakim bagi menyiasat kejadian di Penjara Gilboa itu.

Terdahulu ketika melawat penjara lain, semalam, Bar Lev berikrar untuk melakukan siasatan habis-habisan dalam usaha mengenal pasti punca insiden berkenaan.

Bagaimanapun, penubuhan suruhanjaya itu masih perlu diluluskan oleh Kabinet Bennett.

Ketika ini, pihak berkuasa rejim giat memburu enam warga Palestin berkenaan yang dituduh mempunyai kaitan dengan serangan terhadap Israel.

Anggota tentera dikerahkan ke Tebing Barat dengan fokus utama terhadap Jenin yang merupakan kampung halaman kepada seorang individu utama terbabit.

Rakyat Palestin pula menzahirkan sokongan kepada kumpulan terbabit dengan mengadakan perarakan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Malah, warga Palestin yang lain menyalakan api di beberapa penjara dalam beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan Perkhidmatan Penjara Israel menggantung hak lawatan dari 12 hingga 14 Septembr ini.

Satu injunksi Israel dikuatkuasakan bagi melarang penerbitan maklumat terperinci mengenai siasatan terhadap kes bolos berkenaan.

Kumpulan warga Palestin itu dilapor melarikan diri dari Penjara Gilboa, Isnin lalu, melalui sebuah terowong dikorek di bawah singki dalam sebuah sel. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang yang beriman makin bertambah yakin, bahawa Allah lebih berkuasa dari Israel bangsat itu. Allahu akbar!!

2 comments:

Anonymous said...

Keputusan sangat bijak Bossku dilantik Penisehat Ekonomi Negara.

Kembalikan GST maka kroni Tun dan anak anak tun tidak menipu dan mengelak dari membayar cukai.

Bekas perdana menteri Najib Razak bakal dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata sumber-sumber.

Keputusan itu dikatakan dibuat selepas pertemuan kedua-dua pihak Selasa lalu

Sumber-sumber berkata portfolio untuk Najib itu akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Najib tidak menafikan atau mengesahkan spekulasi itu.

Bagaimanapun, di media sosialnya semalam, dia menggariskan beberapa cadangan untuk membendung Covid-19, menaikkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara serta menangani kebajikan rakyat.

Katanya, sesetengah idea itu telah pun dibincangkan dengan Ismail.

Tahniah Bossku..!!

Anonymous said...

Kalau GST masih dikekalkan maka negara akan mendapat lebih perolehan. GST sudah diamalkan oleh 122 negara termasuk Nepal, Indonesia Singapura (naikkan GST) dll. Malah Afganistan pun memgamalkam cukai GST..

Tanpa GST semua tokey judi penyangak penyammun judi online anak cucu dan kroni semua menipu istihat berapa kena bayar cukai...

Link bawah bila si bangang Tun@PH berkata kata pasal GST

https://www.mindarakyat.net/2018/06/dulu-kata-harga-barang-naik-kerana-gst.html?m=1

Sebab jika kerajaan BN masih memerintah, BN tak mansuh GST dan tak bagi 3 bulan tax holiday sebagaimana PH dah buat.

Link bawah bila si tua bangang berkata kata

https://mediaterjah.com/2019/03/tun-m-hairan-harga-barang-tak-turun-walaupun-gst-sudah-dimansuhkan/

BN tak naikkan nisbah hutang negara (yang semakin menurun sebelum PRU14) dari 48.7% kepada 54.4% dalam tempoh 22 bulan kjaan gagalkrasi PH.

https://ttkm.com.my/2018/08/08/sst-harga-barang-lebih-murah-tony-pua-penasihat-khas-menteri-kewangan/amp/

Apa yang rakyat dan negara dapat selain harga barang naik sekali lagi bila sistem cukai ditukar dan jawapan si bangang Guan Eng dalam parlimen bahawa dia tak pernah kata SST ganti GST akan turunkan harga barang?

Bila si bangang dilantik jadi pemimpin maka ini lah jadinya..Fakta link GST harga barang naik..

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/fitnah-gst-punca-kenaikan-harga-barang.html?m=1

PM ke 7 dan PH nak letak muka kat mana skg ini..!?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails